Friday, March 1, 2013

Fatih Seferagic :)

.
 
Assalamualaikum =)
 
 
Jumpa video Fatih ni masa tengah me-youtube surah-surah untuk bagi baby dengar. Jatuh hati sungguh la....syahdu...sedapp sangat bacaan dia. Muda lagi pulak tu tau..
 
 
Fatih Seferagic
 
Aku siap cari facebook Fatih ni..tengok gambar-gambar dia dengan pakaian kasual, memang tak sangka lah sebenarnya dia ni cikgu Qur'an kat Houstan (guru dan belajar jugak kat situ). Umur dia kalau tak silap (google) dalam 17-18 tahun macam tu lah. Orang Bosnia, tapi lahir kat Jerman dan tinggal kat US. Ha gitulah serba sikit latar belakang dia. Orangnya ensem!
 
Oh ha, status terbaru Fatih semalam (28 Feb) katanya nak datang Malaysia bulan June...suka main ice skating dia ni. Ada harapan jumpa kat Sunway Pyramid tak nanti? Agagagaaga~ (tengah pantang masa tu oi!)
 
Fatih ngan ayah dia. Hidup macam budak2 biasa jugak kan.

encem. Hihi :p

masa interview dengan the deen show

Fatih pun nak jadi penguin jugak macam aku? Haha...dia kerja part time kat ice rink!

selain ice skating, Fatih ni suka amik gambar jugak...cantik2 gambar bunga...burung...pi la tengok kat fb dia tu :)
 
 
Ok, ni Fatih dari sisi yang lain :)
 
masa mengimamkan solat tarawikh kat Canada
 
Ok lah...moh layan bacaan Surah Maryam dari Fatih...
 
 


Kat bawah ni, video Fatih tengah mengajar

 
 

Nak buat menantu? Errr...baca2 komen kt fb tu katanya Fatih ni dah bertunang...tapi takde la pengakuan dari Fatih ni..gosip je kot...  ^__^
 
 
*Anakku....semoga kehadiran syg nanti berguna untuk agama...ayah ummi ya....aminnnn
 
 
.

19 comments:

Ujie said...

Tenangnya rasa dgr dia mengalunkan ayat suci..

Syukur ada insan2 gini.

amirah said...

sukaaaaa gak kat fatih mi..: )

Fadilah Aziz said...

Alhamdulillah. ..sejuk perut mak fateh ni:)

Daddy Ziyyad said...

Tak baik tau korang ni, bias!!

hahahaha..

Cuba la si Fatih ni keturunan negro, kulit hitam legam, hidung kembang, rambut kerinting...tak de mananya anak anak dara( dan mak dara jugakkkk) nak fefeling syok....kah kah kah...

apa apa pun, yg baik, mmg wajar kita jadikan tauladan...

ps: Saya salute sikap awak tentang pengalama kerja di jabatan gomen itu...Percayalah, rezeki tuhan bukan hanya di Gomen, dan percayalah, 9/10 sumber rezeki ialah dgn berniaga, bukan makan gaji.

Fiza Rahman said...

Alaaa...tak bley nak view video. Hensemnya dia.

blog-tips-kurus said...

pc ofc ni blocked daaa... tak dapat menghayati entry ni.. :(

faraherda.razalan said...

Peh! mmg tak sangka la....gaya luarannya mcm budak-budak tipikal. Tapi, berisi!!!

aizamia3 said...

pakej yang lengkap..;)

Kakzakie said...

Kalulah ramai anak muda tempat kita macam ini senang nak cari calon menantu...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila dia baca surah Ar Rahman lagi mendayu...

Tihara said...

nama dia nama hebat..fatih :)

** la ni akak dah tak ambik tempahan mun..sorry sesangat..

Nazayiena Ayiena said...

Xleh nak view,tp memang ensemlah dia.

Puan Kutu said...

remaja yg hebat..siap pakej semua..semoga baby muna nti boleh jadi sehebat fatih..:)

dhiera said...

ala.. PC ofis xda speaker. xdapat dengar. balik nanti cari~

Ummiarissa Mahdi said...

ciri-ciri bakal menantu....

Qhaifa Nur said...

alunan ayat al-quran bila kita dengar rasa tenang jiwa...

jeBateja said...

mmg sodap lah sore dia.....cuma dia sket lebih hensem jerk dari den....ahakz

ShuhaidaSaad said...

amin.. :)

Cik Puan Rara said...

hensem,pandai mengaji.Ya Allah.complete

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat