Wednesday, May 30, 2012

WW : Banyak cara

.

Assalamualaikum =)


^__^

.

Mimbar

.

Assalamualaikum =)


Semalam, bos saya tetiba tanya, "Mai, what is mimbar?"
Dalam hati saya, bos aku ni dah dapat hidayah ke? Ahaa!

Saya pun tak berapa reti nak explain..saya jawab la a platform or stage, for imam stand to give speech after prayer. Eh belasah je lah. Why? Saya tanya. Bos dah melopong, muka blur sebab tak faham. 

Dia tunjuk saya satu tender..to construct and build mimbar with bla bla bla...

"You boleh design mimbar?"
"Haaaaaaa??????"

Mampoi. Buat rak kasut boleh la. Hahaha naya nak buat mimbar..ni first time dapat projek buat mimbar masjid. Saya pun laju-laju cari contoh mimbar kat google image, dan print. Bos saya, dan kawan-kawan lain especially Boey, very impressed dengan gambar mimbar tu. Diorang tak sangka ada satu rekaan kayu yang cantik berukir macam tu kat dalam masjid.

Saya suggest kat Boey pergi masjid Putrajaya, sebab masjid tu visitor non muslim kan boleh masuk. Jadi boleh tengok binaan mimbar dengan mata kepala sendiri. Katanya nak pergi hari ni. Semangat!


Yang saya tak sedap hati, macam mana lah projek buat mimbar ni dapat kat company cayanunalif? Kat kilang  bawah tu dah la banyak anjing. Agak-agak bila handover, pihak masjid akan samak dulu tak?


.

Tuesday, May 29, 2012

Dari kecik tak pernah berubah....

.

Assalamualaikum =)


Jangan marah dengan tajuk pasrah tu ye...hahahaha...nak tunjuk gambar kucing ni ha...dari kecil tido peluk bear, dah besar pun nak peluk bear jugak. Comel! :)




Rindu sangat nak bela kucing....apakan daya si dia tu..nampak kucing pun melompat...bukan takut, geli katanya.....yeeeeeelah tu :p

.

Ni lagi satu hal..orang kita ni memang suka menderma!

.

Assalamualaikum =)


Eh, kejapnye dah entry kedua hari ni. Ah gasak lah sementara tengah ada ruang nak memicit lappy (bak kata kak Aizamia) jadi gunakan sebaiknya. Kejap lagi kalau kerja menimbun nak jenguk email pun tak dan.

Yang pasal entri tadi tu, cukuplah sampai situ ye, betul kata kak Zakie, ntah apa sebab musabab kita tak tahu pasal diorang suami isteri kan..cuma apa pun masalah, janganlah buat anak tu macam tu. Kang dah tua, anak buat tak peduli baru la nak sebut syurga neraka, padahal tanggungjawab sendiri dekat anak-anak tak laksanakan...bayangkan la, anak yang umur 3, 6 & 8 tahun tu tak pernah tanya pun, "mana mama?".nak mengungkit pun dah tak guna kan....ingatan untuk saya sendiri jugak...ggrrr...takut takut =.=*


Ok, back to topic pasal menderma ni.

Semalam si Fendy bagitahu, ada la seseorang ni (bajet retis kan nak kena rahsia?haha) dapat info dari mane ntah pasal jualan barang-barang kastam. Jadi kalau jualan kastam ni memang kita sedia maklum la murah kan? Si Fendy tanya, "Ni kalau ada dslr nak tolak RM300 awk nak tak?".  Ate, tak melompat dslr jual 300hengget? Fendy bagitau lagi yang ada barangan samsung, camera, tablet dan macam-macam lagi semua jual dalam 300hengget camtu. Menggedik la saya ni, "Nak nak nak!"

Si Fendy kata tak pasti lagi kesahihannya, pasal ni kawan atas kawan. Nanti la dia confirmkan balik. Saya pun takde la beria berharap sangat nak kat dslr tu sampai guling-guling..sebab petang semalam dok serabut pikir pasal tudung nikah...ahaaa....dan benda tu habis kat situ je lah.


Malam tadi, si Fendy cakap, "Takde la yang, ntah sape-sape salah hantar mesej tu,"

"Mesej apa?"

"mesej pasal barang kastam tu la.."

"Laaa....mesej je ke? Sapa yang mesej? Mesej kat sape? Ingatkan info dari member kerja kastam!"

"Mesej kat isteri teeeetttttt tu la. Ntah sape ntah mesej, yang diorang pun percaya pulak. Kawan-kawan dia pakat la bank in duit nak beli itu ini...bayangkan la kalau sorang 300, berapa ribu dia dapat? Dah sekarang hp tutup, call langsung tak dapat"



Astaghfirullahalazimmmmm.... Geleng kepala saya. Bukan geleng kat si penipu tu, tapi geleng kat si penerima mesej tu. Alahai~

Lagi geleng kepala bila 'orang itu' kata.. ''takpelah, kalau ada rezeki kita, adalah...kalau takda, rezeki dialah...''


Amboi senangnya.


.

Tergamaknya seorang ibu

.

Assalamualaikum :)


Saya tak pernah menyangka perkara macam ni akan berlaku depan mata saya, selalu dengar pun dari berita tv @ baca kat paper. Seorang ibu tinggalkan rumah, tinggalkan suami & anak-anak yang berumur 3 bulan, 3 tahun, 6 tahun & 8 tahun.


Dan budak-budak tu di sekarang bawah jagaan kawan saya, kawan kepada si suami tadi. Si suami dah buntu sebab isterinya suri rumah sepenuh masa, tak bekerja. Cuma duduk kat rumah jaga anak-anak dan sekarang tak ada sape pun nak jenguk anak. Kerja pun tak menentu.


Kawan saya tu mata pun dah lebam, berjaga malam menjaga baby, yang bukan darah daging sendiri. Tapi ni bukan kali pertama, memang dah kerap isteri si suami tadi lari. Sebelum ni baby tu baru umur sebulan, masih dalam pantang. Tapi ditinggalkan macam tu je..kawan saya ni jugak yang jaga...ni buat lagi...kesian tak?


Saya tak tahu nak kata apa. Macam tak percaya, tapi dah jadi depan mata. Orang lain kemain berusaha nak dapatkan anak, kau main sepah-sepah...ingat anak-anak tu bola?


*hidung dok srot srot sroootttttttttt~
.

Monday, May 28, 2012

Demam butjang dah datang...

.

Assalamualaikum =)


Kalau ikutkan malas, hari ni nak amik MC. Mengenangkan ada submission nak kena hantar, gigih jugak datang opis. Setahun sekali mesti demam ni sampai. Demam butjang, sendiri bagi nama. Ingatkan ni penyakit saya sorang je kena, hari tu kak Fara buat entry pasal demam Aydin yang serupa macam saya. Dah ada geng la sekarang...hihi..

Komen keramat =.=*

Bersedia ye Munn? :)


Nak potong sayang, tambah pulak permintaan bakal suami nak tengok si isteri berambut panjang...lagi la sayang nak potong. Tapi selagi tak potong, demam tak surut. Kepala panas dan berpusing-pusing. Sekarang tengah cuba melawan dulu. Harap-harap boleh kebah sebelum majlis walaupun tak potong pendek.


Dah tu je nak cakap. Selamat bekerja di hari Isnin....Hihi  ^__^


.

Thursday, May 24, 2012

Tiada kelija



Assalamualaikum =)


Huwaaarrrrggghhhhh...mengantuknyee petang ni...




Kan best kalau dapat




Takpun..



Tapi,

bos ada pulak...


Jom kita




Tapi

segan...


Jadi...jomlah kita

blogwalking..



Hihi....bosan tahap gaban dah ni.. =.=*

.

Munn Kidal

.

Assalamualaikum =)


Ahaks. Ini bukan Man Kidal, tapi Munn Kidal *koh koh koh*


Saya memang kidal. Rasanya sejak azali dah kidal. Fungsi tangan kanan hanya untuk suap makanan pakai tangan saja. Selebihnya semua guna tangan kiri. Menulis, melukis, pegang gunting, pisau @ ape-ape pun semua tangan kiri. Nasib baik la kereta tu gearnya kat belah kiri. Kalau belah kanan, confirm saya tak boleh drive.

Sepanjang hidup ni saya tak pernah rasa janggal langsung. Walaupun kekadang terasa macam 'didiskriminasikan' melalui alat-alat yang dicipta untuk orang tangan kanan saja. Contoh pisau kupas kulit buah. Contoh lain, gitar. Man Kidal main gitar pun dibuat khas, buat gitar biasa. (eh, dengan gitar pun nak terasa? Cet)


Cuma ada satu hari tu, ada sorang budak perempuan tegur... 


''kakak kenapa makan tangan kiri? Mak kita kata kena makan tangan kanan"


Rasa macam baru kena lempang sedas. Masa tu saya makan bihun sup, pakai sudu. Pakai sudu pun saya tak reti pakai tangan kanan. Sedih! Bukan tak cuba belajar, dah cuba. Tapi percayalah, kalau biasa makan bihun semangkuk 10minit, saya akan amik masa 1jam 30 minit. Sehelai bihun satu suap.


Saya pernah baca, makan tangan kiri amalan setan. Berdosa.

sape kidal cute macam baby ni. Eh eh eh ~

Saya bangga saya kidal. Tapi tang makan ni aduuiiii macam mana lah ni. Bak kata Rafizi, nak seribu daya, taknak seribu dalih kan. Cuba cuba cuba lagi lah nampaknya.  =.=*



.

Wednesday, May 23, 2012

Setem warisan tenunan...siapa yang bertuah memilikinya? Eceh!

.

Assalamualaikum =)


Tadi minta tolong despatch (balik-balik despatch jadi mangsa haha) belikan setem banyak-banyak untuk lekat kat sampul kad jemputan. Berkurun lamanya saya tak pernah pos surat, kali terakhir saya rasa 30sen masih lagi boleh pos surat sampul kecik tu. Sekarang tak boleh dah ek? Saya beli yang 60sen, harap-harap lepas lah.

Nak tunjuk setem tu je sebenarnya. Ahaks. Setem kan biasanya gambar bunga, burung @ bangunan. Yang despatch beli tadi setem warisan tenunan @ Legacy of the Loom. Menarik!




Maaf la ye gambar blur...snap pakai hp je. Dari kiri aci India tu tenun cindai (ohh cindai tu warisan orang india ek???) Yang kedua akak pakai tudung tu tenun songket, yang ketiga orang Iban tenun Pua Kumbu.



Yang ini pulak amoi cina tenun Ci Xiu (apa ntah?) dan last sekali akak Kadazan tenun Rangkit. (malu nak mengaku, saya terpaksa google dulu sebab tak tahu mana satu Iban & Kadazan! Heh malu malu)


Banyak juga nak pos ni...untuk kawan-kawan sekolah menengah, sekolah teknik, cikgu-cikgu, politeknik dan lain-lain. Yang mana dekat boleh bagi by hand je. Tak lupa darlings saya kat blog ni. Sape yang ada kasi alamat tu, insyaAllah dapat setem warisan ni. ^__^

.

WW : Saya gemuk ke?

.

Assalamualaikum =)


Aku gemuk ke?


Perasan! Aku lagi gemuk daa =.=*

.

DIY tag terima kasih :)

.

Assalamualaikum =)

Hari ni buat DIY yang sangat simple, semua orang boleh buat....tinggal rajin dengan malas je lagi. Tag terima kasih @ Tq tag yang saya buat ni pun versi tag orang malas @ tag nak siap cepat @ tag jimat kos. Haa banyak versi tu..hahaha...nasib la...ana pengantin bajet :p


Sama macam kad kahwin saya DIY pakai Autocad, tq tag pun saya pakai Autocad



Geleng kepala tengok design pun ala-ala kanak-kanak ribena. Polka dot tu tak tahan tu. :p




Print atas kertas A4 biasa tu jek, A4 color biru minta tolong despatch pergi beli kan...jadilah, benda yang kita tau end up nya dibuang tak payah la perabih mahai-mahai. Ahaks

Hujung tu nanti tebuk ngan penebuk lubang @ puncher, ikat sekali dengan gift pakai riben lebihan buat bunga telur itu hari. Jimat lagi heh!


Ok, dah siap. Malam ni nak hand over kat kakak ipar, minta tolong potong sebab saya dah tak menang tangan...hahaha...ikat sekali dengan gift sebab gift semua kakak ipar yang tolong orderkan. (biasalah kalau beli atas nama sekolah mesti le dapat murah berbanding orang 'biasa-biasa' aje macam saya ni beli...nasib badan....kuang kuang kuang)


Sekian entry DIY tag terima kasih. Ehhee ^__^

.

Tuesday, May 22, 2012

Sebak bila tengok video kahwin orang =.=*

.

Assalamualaikum =)


Dalam entry mentarang bakar saya dah letak gambar kahwin kakak angkat saya ni kan, entry ni nak letak videonya pulak...pantas betul la videographer diorang ni buat kerja, kenduri hari Ahad, hari ni dah ada kat Youtube. Syabas bete! :)



Update : Maaf video dah removed. Videographer letak sekejap untuk dapatkan respon pengantin dulu...nanti dah ada yang terbaru saya letak semula.


Sweet sangat, saya tengok berulang-ulang walaupun bayang-bayang saya tak ada pun dalam video tu...hahaha...ntah kenapa la rasa sebak semacam....saat selesai akad tu yang bikin merembes tu..aduii harap-harap turn saya nanti takdelah air mata menderu nak keluar...rosak mekap mak...:kikiki::

Hopefully videographer kami nanti menghasilkan video yang cantik macam ni...sangat menyentuh perasaan...tapi macam biasa atas 'kecerewetan' diri ini tak kan ada la 'scene' yang tak diperlukan...hihi :)


Satu lagi video yang buat saya ikut sebak, video Malek Noor kahwin...selalu isteri yang nanges, ini suami...huhuhuuuuu ssOOooo touching T.T





.

Selamat Pengantin Baru in advance :)

.

Assalamualaikum =)




Terima kasih banyak-banyak CADLYNN...sangat-sangat hargai pemberian kamu ni. Tersenyum megah la 'bakal' peti ais kami nanti...hahahahahaha :)

Tq again Lin! Muaaaahhhhhhhh  ^__^

.

Mentarang Bakar Din Sungai Besar

.

Assalamualaikum =)


Hari Ahad lepas, saya dan Fendy pergi ke majlis kahwin kawan sekolah teknik dulu kat Sungai Besar, Selangor. Dalam perjalanan tu berderet la gerai-gerai jual mentarang bakar. Apa tu mentarang? Saya pun tak tahu asalnya benda apa tu mentarang. So niat dalam hati lepas kenduri nanti nak singgah.


Mula-mula tepek gambar pengantin dulu :)


color baju pengantin emerald green macam scha & awal :)

Ok, moh kenal dengan mentarang bakar..eceh




Gerai pakcik Din ni pilihan kitorang sebab nampak luas sikit dari gerai-gerai lain walaupun dah nampak senget-senget...ehee...Masa mula sampai cuma ada 2 orang pelanggan je, tak ramai. Tapi bila kitorang tengah makan baru la sikit-sikit orang datang, sampai dah penuh semua meja. Luckily kitorang cepat :)


mentarang fresh baru angkat dari kolam air masin

mentarang dah siap bakar...buah tu sebagai pencuci mulut memang tuan kedai sediakan...free! :)



saya makan memang tak pandang isi mentarang ni, takut tak tertelan! hahahaha

kena pulak dengan air asam yummmeeeehhhhh


Tuan kedainye pakcik Din tu pun ramah..dok bercerita macam-macam pasal mentarang. Katanya Eman Manan pun pernah datang makan kat situ. Eceh. Si Fendy dengan beberapa customer lain yang melayan, saya   fokus melayan mentarang..haha


tengah 'melawat kawasan' kolam mentarang 




Akhirnya setel sekilo mentarang kami berdua kerjakan..rasanya macam isi lala jugak, masin2 air laut sikit...saya je pun banyak makan, sebab si Fendy tu 'tekak KL'.. Sekilo mentarang ni RM15, upah bakar RM4. Ok ke mahal? Pekena pulak air kelapa fresh....fuiyyoohhh memang perut buncit seinci...hihi :p


Ok, pernah tengok belangkas? Pernah makan belangkas?




Macam predator vs alien...hak3...belangkas bakar pun ada kat sini...lupa pulak nak tanya harga berapa sekor..

Pakcik Din tu kata belangkas ni elok untuk orang perempuan untuk mencegah kanser payudara....(sambil tengok saya....hisy.. idak le teman nak makan haha)



Ok, sekian entri mentarang bakar. Kalau rasa nak pekena pi la ke sana, nak senang call je pakcik din tu nombor telefon kat gambar first tadi..pakcik din kata FB pun dia ada....hahahaha..dasatttttttt, gerai 'kreok-kreok" pun ada FB tau  =D



.

Monday, May 21, 2012

Cuti kahwin yang menyedihkan :(

.

Assalamualaikum =)


Petang tadi discuss kali kedua dengan bos pasal cuti kawen. Ye, kali kedua sebab 1st dulu rejected! Huwaaaaaaaa.....bak kata Lady Ayu hentak kaki nangesss..sob sob sob :(

Eleh, yang rejected tu bukan saya minta 30hari pong....14hari jek! 14hari! Tu pong tak nak kasi. Bos kata nanti sapa mau buat drawing? Sini mana ada olang lain pandai buat drawing? (ggrrr...)


So berapa hari dapat?


yang color hijau tu SAHAJA :( (16hb dengan 23hb tu halfday)



Company ni memang takde wedding leave. Anak bos kawen hari tu pun amik cuti 4 hari je. Saya pulak minta 6 hari baru dapat, lawan tokey...hahaha...sedih giler beb. Nak buat camana, saya je pong melayu sini, diorang paham ape pasal kita punya wedding kan?


So, confirm lah cuti saya 6 hari saja! :(


*Menyampahnye membayangkan idung orang tu kembang kempis bila hantar saya ke muka pintu nak g kerja..sebab cuti dia berlambak! Ggrrr tension!


.

Selamat datang Bulan Rejab :)

.

Assalamualaikum :)




Hari Selasa ini bermula 1 Rejab, jadi malam ini (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...

Jadi, malam ini, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..



AMALAN BULAN REJAB (sumber FB)


1) Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu seperti Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.

2) Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.


Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
1) di ampunkan dosanya yang lalu.
2) di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat. :)


Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.


Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.


KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHFAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.


Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.


Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.



Paling tidak pun membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau apa-apa surah dari Al-Quran..jom jom jom!  :)


.

DIY Kad kahwin Munn&Fendy

.

Assalamualaikum =)


Tiba masa nak cerita pasal kad kahwin pulak ye. Excited bangat nak cerita nih pasalnye kad tu saya design sendiri...dan 100% designed by myself! Saya tak buat kad yang berlipat-lipat @ banyak helai, saya buat cuma sekeping saja. Nak jimat kos kheeennnnnn~

Doodle untuk kad, saya lukis pakai Autocad 2010, doodle yang sama saya pakai untuk header blog ni. Doodle Fendy saya sengaja buat dengan gitar tu, simbolik pada hadiah hantaran masa bertunang dulu :)


ehee kenangan masa bertunang :)

Sama tak? Rambut Fendy dulu panjang, sekarang dah pendek  :)
    
in progress :)

Saya memang sangat jatuh cinta dengan kad ni, even nampak 'childish' dan simple. Saya tanya mak cantik tak? Mak kata ," errrmmm, padan la dengan tuan dia"... kihkihkih..tengkiu mak sebab tak banyak songeh dan tak kisah dengan pilihan anak mak sorang ni... =D


Lepas dah puas hati semua, saya hantar print kat kedai buat kad, yang saya rasa 'hampeh' sebab saya tersilap pergi hantar kat kedai kad tu, sebab kedai tu pun pi hantar print kat kilang! Kira macam dah pakai orang tengah la kan. So sape-sape yang buat design sendiri tu better pergi cari sendiri kilang cetak kad, confirm lagi murah. Yang saya dapat harga RM370 untuk 1000pcs.


Hasilnya..




Bila dah print baru perasan tulisan walimatul urus tu besar gedabak tak macam yang mula-mula saya hantar sample..hurrrrmmmmmmm...tak pelah dah print pun kan..nak buat cemana lagi..so far ok la,  kalau tak puas hati pun kena 'puas hati' jugak lah :p


ehee kena letak jugak si kecik ni, pembantu tok dia masukkan kad dalam sampul :)


Err...sekian entry DIY kad kahwin. DIY untuk lebih kepuasan :) 


.

Friday, May 18, 2012

Kereta Fendy dah dijumpai...

.

Assalamualaikum =)


Kawan-kawan sekalian~
Terima kasih atas doa & sokongan semua lepas kereta Fendy hilang hari tu :)

Baru kejap tadi Fendy SMS bagitahu polis call kata kereta dah jumpa kat Port Klang (seperti yang Lubly bagitau kat komen entry) dan seperti yang dijangka keadaan kereta memang amat menyanyat hati. Seat semua dah tak ada, tayar 2 biji takda, enjin dan macam-macam lagi lah.


Gambar tak ada lagi...nanti bila my hero dah pergi menemui baby kesayangan dia tu saya suruh snap gambar banyak-banyak....tu pun kalau dia sanggup...  :)

.

Tuhan kecil di sekeliling kita :(

.

Assalamualaikum =)


Pagi nak ke office, macam biasa saya akan layan HotFM...suka dengar Fara, AG dengan FBI..tapi pagi Sabtu ada Ikhwan dengan Suraya. Lemah saya kalau dengar suara si Ikhwan tu..ntah la, lawak yang dibuat-buat. Terus tukar radio lain. Frekuensi 91.5 kot.


Sempat dengar, ada ustaz tu bercerita semula apa yang di katakan oleh Prof Dr Yusof Al Qardhawi tentang tuhan kecil di sekeliling kita..yang mana bila apa je kita buat, kita 'terpaksa' fikirkan apa yang orang lain fikir kat kita. 

Nak buat apa pun, takut orang itu mengata, takut orang kata kita menunjuk, takut orang kata kita riak, takut orang kata kita tunjuk baik dan macam-macam lagi. Sudahnya kita tak jadi buat apa yang kita niatkan nak buat, walaupun kita tak berniat jahat sebenarnya.


Kita kena pegang satu perkara ni. Apa pun yang kita buat, niat mesti kerana Allah SWT.


Ustaz tu kata, kalau kita buat sebab orang lain contohnya, tu dah dikategorikan sebagai syirik kecil kepada Allah SWT sebab kita berniat bukan sebab Allah SWT tapi sebab orang, sebab manusia..


Jadi kita kena ingat benda ni....apa pun yang kita buat, biarlah perbuatan kita tu memberi saham akhirat kepada kita dan orang lain, biaq pi lah orang nak kata apa pun..batu pun boleh lekuk sebab titisan air...ini kan pulak manusia..lambat laun mereka akan terima perlahan-lahan. Hari ni diorang kata kita riak, mana tau esok lusa terbuka hati nak ikut buat apa yang kita buat. Tapi yang baik-baik je lah ekkkkkk =)


Renung-renungkan dan selamat beramallll~

.

Thursday, May 17, 2012

Hey Poland! Hey US! Hey UK! Hey hey wassap wassap!

.

Assalamualaikum =)


Selamat pagi! Tadi merajin tengok kat Nuffnang stat, makin hari bilangan UV makin meningkat. Tapi takmo cerita pasal UV, nak cerita pasal trafik yang datang ntah dari celah mana jumpa blog ni saya pun tak tau?



Malaysia tu wajib lah.
Indonesia tu tak heran sangat.
Jordan tu memang ada kawan belajar kat Muktah University yang tahu blog ni.
Yang lain-lain tu,
Poland? 
US?
UK?
Netherland?
Aussie?

Errr...what are you looking, babe? =.=*


.

Wednesday, May 16, 2012

Baby michelin lagi :)

Assalamualaikum =)




Sedapnya kalau dapat gomol! heh =D

.

WW: Lemaih perut

.

Assalamualaikum =)



1 month!

Arrrrrrrgggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

.

WW: Milik siapakah rumah ini~

.

Assalamualaikum =)



Lokasi: Taman Tasik Ampang Hilir




Pssstt: Pernah baca kat FB, ni rumah orang kenamaan yang semua orang kenal..tapi lupa sape =.=*


.

Bunga manggar Power Rangers!

.

Assalamualaikum =)


Hari ni nak cerita pasal idea bunga manggar yang agak kreatif dan comel. Ahad lepas saya follow Fendy pergi wedding sepupu dia dekat Taman Tasik Ampang Hilir, yang sekelilingnya penuh dengan rumah-rumah agam yang bapak mewah! Menganga je lalu kat depan rumah-rumah tu semua. Macam istana pun ada. Takpalah, rezeki diorang duduk rumah besar macam tu kan. Syurga dunia. Hihi :)

Majlisnya meriah macam majlis perkahwinan yang lain jugak, cuma saya sangat-sangat tertarik dengan bunga manggar yang mengiringi pengantin tu. Bukan bunga manggar yang biasa-biasa lilit pakai kertas crepe @ kertas 'merelik' ada bulan bintang tu, bukan.

Yang ini boleh jugak panggil,
Bunga manggar coklat @
Bunga manggar gula-gula
Bunga manggar patung teddy bear @
Bunga manggar patung power rangers!

Ha, pilih je nak namakan ape. Moh tengok gambarnya. Tapi sorilah snap pakai hp je, kabur sangat.


Mula-mula tengok pengantin dulu =)

Nampak tak, belah kiri tu power rangers, kanan tu teddy bear!

acara merebut bunga manggar (mak bapak budak yang merebutnye pun)

rebut makcik, rebut! tarik tarik! =D

Oyeah! Adli Zafran berjaya dapat satu power rangers!


Cara buatnya tu pun senang je. Diorang tak pakai lidi kelapa tu, kalau tak silap pakai wire kot, yang tebal sikit. Ikat power rangers @ teddy bear kat hujung wire, kemudian lilitkan coklat @ gula-gula dengan pelilit bunga telur sampai ke bawah...siap!


Ada ke yang nak tiru idea ni? DIY sendiri pun boleh.  ^__^


Acara merebut ni boleh buat majlis jadi havoc dan meriah, tapi hati-hati kang tercucuk mata kang, sesia jek. Kalau kat kampung saya biasa buat rebut gula-gula, rebut bunga manggar tak ada, 'cilok' bunga manggar, ada! 

.

Sunday, May 13, 2012

Trolakjaya Homestay untuk family Fendy :)


Assalamualaikum =)


Memandangkan majlis kahwin saya di Trolak akan buat 2 hari (majlis nikah 16hb & kenduri 17hb), jadi rumah tumpangan mesti kena ada untuk family besar si Fendy. Rumah pulak tak cukup satu, mesti kena lebih sebab sedara mara dia memang ramai dan semua sporting belaka. Lagi best sepupu dua pupu tiga pupu pun sama-sama baya n rapat. Semua pun nak ikut!

Jadi, kami pilih Trolakjaya Homestay kat Trolakjaya bersebelahan dengan MRSM Felda..nak masuk ke rumah saya dalam 20 minit macam tu.  Kira ok la, at least bila malam yang bujang-bujang takde la bosan memerap mengadap pokok kelapa sawit kan.......

CT Homestay

Rumah kat sini besar dah kira macam banglo...ada 4 bilik, 2 hall dan kawasan yang luas untuk parking. Paling best sebab full furniture, semua perabot katil almari ada, dan perkakas dapur periuk kuali pun ada, mesin basuh pun ada. ASTRO pun ada. Ha, macam-macam ada~

Jadi, sesiapa yang ada plan nak pergi mandi kat Hot Spring Sungai Klah pun boleh sewa homestay kat sini.


Paksu si Fendy dah booked satu CT Homestay (gambar kat atas tu) dengan harga RM350 semalam (boleh masuk 15 orang, nak sewa sebilik je pun boleh...harga refer blog) dan 2 buah homestay lagi saya uruskan. 

Bila saya anak jati Trolak yang uruskan confirm la dapat harga sepesel kan...hihihi...yang satu rumah tu saya dapat RM300 semalam (mungkin lepas mention nama cikgu saya, jiran rumah tu haha) dan sebuah lagi laaaaagi murah! Kira ikut kepala. Jadi kalau masuk 15 orang cuma bayar RM150 saje. Yang ini pulak rumah kawan mak...untung tak saye? Ahaks :)


Tapi dua rumah yang murah ni tak ada blog nak di link kan...nombor telefon nanti dah setel semua saya kasi boleh? Ada sebab dan musababnya... :)


Moh layan gambar sekitar homestay. (kredit to CT Homestay)








Yang bawah ni rumah cikgu saya...sempat bawak Fendy berkenalan dengan cikgu masa survey rumah hari tu...Ahha lupa nak oyak, cikgu saya ambil tempahan makanan...sesiapa yang malas nak masak ke penat ke boleh order, contact cikgu saya ni Salbiah bt.Ismail (019-3024690) .untuk menu boleh tengok kat blog cikgu Teratak Kasih Hasanah . Cikgu memang terer masak ok  :)




Alhamdulillah, satu hal dah setel. ^___^

.

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat