Monday, April 30, 2012

Abang kawasan mai dah...

Assalamualaikum =)




Gila kental semangat kucing ni.

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup


Assalamualaikum =)


Memandangkan petang ni tak ada ape sangat nak buat, saya nak join segmen Cik Buaya ni. Nak join? Jom klik banner buaya temok bawah ni =)



Kalau bertuah dapat la topup seploh hengget..jom join!  ^____^


Ahad yang padat!


Assalamualaikum =)


Dalam jam 11 pagi saya dan Fendy dah gerak dari PJ ke Jenjarom untuk majlis akikah anak kawan dia, dah setel semua, kitorang gerak pulak ke GM Klang. Cadangnya nak cari doorgift untuk wedding nanti, tapi pusing punya pusing tak jumpa jugak...yang ada pun jual dengan harga biasa, bukan dengan harga borong seperti yang diharapkan....frust rasanya..mana la nak cari tempat yang jual betul-betul harga borong?? Barang dari China, tapi maheinyeee ya amat...

Akhirnya keluar jugak dari GM dengan sekotak kerongsang untuk projek ini...jadi tak jadi belakang cerita..hihi...paling puas hati saya dapat beli beading cystal dengan harga murah sangat! Agak puas hati la berbanding beli kat kedai kraftangan biasa tu kan.

Dah setel kat GM, cari pulak kedai tayar...orang lelaki ni kalau dah pasal kereta, kita tak payah la nak berbalah...ikutkan aje lah...katanya harga rim kat Klang jauh lagi murah kat tempat lain..sepupu dia dari Penang pun gigih datang Klang nak tukar rim..murah la kot kan?




Dah berejam menunggu, turn saya pulak mencari kain kat Jakel...kali ni shoot ke Jakel Shah Alam,..dekat Uitm. Dah pusing-pusing, dapat la 14meter kain untuk katil antik mak saya tu..rasa macam terlebih banyak, hurm belasah je beli...kang kalau terlebih pandai-pandai la mak buat langsir tingkap ke ape ke kan...hihi...




Jakel tengah sale sekarang ni untuk hari pekerja..sampai bila tak tau..pi la google. Langsir yang saya beli tu harga asal rm48 semeter, untuk sale jadi rm25 semeter...kalau ikut harga asal memang baling syiling la saya nak beli ke tak...tak mampu den..

Masuk Jakel cerah, keluar Jakel dah gelap gelita...haha..tak sedar masa berlalu. Orang punya ramai jangan cerita la..nak jalan pun berlaga punggung dengan orang.....sale..sale..sale katakan..

Balik rumah, mandi terus terbongkang tidur..tak sempat dah nak cek balik berapa hengget terbang..penat...lepas ni, malam2 terisi dengan aktiviti DIY INI sebab fabriknya dah beli...wish me luck key =)


Endoi berendoi~

Assalamualaikum =)





Comel kan? Semalam sempat pergi majlis cukur jambul anak kawan Fendy kat Jenjarom, Banting...ingatkan Banting ni penuh dengan ngomong Jowo, sekali semua family dia cakap Sabah bah...haha...rasa macam ada kat Sabah pulak, tambah lagi semua makanan yang dijamu semua masakan Sabah...saya makan sikit je, takut tak biasa dengan tekak. Tapi ok la, boleh makan tanpa segan silu..hihi..

Suka tengok buaian si kecik ni..rasa nak join masuk sekali =P

Saturday, April 28, 2012

Semangat kuning di mana-mana.....

Assalamualaikum =)


Mereka jauh di perantauan. Tapi hati dan semangat tetap untuk tanah air. Ni yang saya nampak...selebihnya nilai la sendiri . =)

BERSIH 3.0 di Mekah
BERSIH 3.0 di Australia

BERSIH 3.0 di Dublin

BERSIH 3.0 di Auckland

BERSIH 3.0 di Acheh

BERSIH 3.0 di Melbourne

BERSIH 3.0 di Yemen

BERSIH 3.0 di Beijing


Ups! Ni dalam Malaysia je =) Gunung Kinabalu

BERSIH 3.0 di Madinah
Ahhhaaa...ini dia BERSIH 3.0 di kaki GUNUNG EVEREST! 

Tak sejuk ke bang oi~


Apa pandangan Ustaz Azhar Idrus tentang DUDUK BANTAH hari ni?





Dengarnya.... Ustaz juga akan turun ke dataran...petang ni saya pun nak pergi bersih...bersihkan maroon yang dah 2 bulan tak mandi....wuhuuuuu  =D

saat ini...










auntie Aisyah. hihi

ehhh....terselit lak..  =)


*Tiada paksaan @ halangan untuk komen ape pun pendapat anda...saya menyuarakan sokongan dan anda berhak menyuarakan bantahan. Kita mungkin melihat dari sudut berbeza. Tq =)



mungkin kembar lain mak lain ayah kot..

'Mereka' sendiri pun mengaku...


Friday, April 27, 2012

Suami isteri paling kaya

Assalamualaikum =)


Heh. Dah macam Forbes pulak nak senaraikan orang paling kaya..tak tak tak...ni kaya lain...kekayaan yang belum tentu orang kaya harta boleh dapat.




Kaya dengan kebahagiaan.

Semoga kita semua mampu mengecapi kekayaan yang ini. =)

Hari terakhir ibu ayah....biarlah kita yang sempurnakan..


Assalamualaikum =)



Pesan kat adik beradik, kalau mak ayah kita meninggal, jangan biarkan orang lain yg urus jenazah mak ayah kita..biar adik beradik kita sendri yg uruskan..bukan kita tak pandai, tapi kita malas nak belajar..solat jenazah kalau belajar 5 minit pun tak sampai.. tapi kalau diploma, 3 tahun belajar boleh pulak..

Kita tak malu ke kalau orang2 lain tahu aib mak ayah kita masa mandi??
cuba bayangkan..kita anggap benda ni benda kecik, sebab tu kita tak ambik berat..
cuba tanya mak ayah, kalau boleh sape nak uruskan kalau mak ayah meninggal??
mesti diorang jawab, "anak2"...

Bila mak ayah meninggal, mula la kite telefon pihak masjid, panggil org kampung nak suruh urus jenazah..padahal benda tu kite pun boleh buat..sia2 je kalau belajar sampai dapat PHD tapi org lain yg mandikan jenazah mak ayah kite, sia2 je ada ijazah, tapi org lain kafankan jenazah mak ayah kite..sia2 je blajar sampai UK, tapi org lain yg imamkan jenazah mak ayah kite..

Renung2kan..inilah kali terakhir kita bertanggungjawab utk mak ayah kita...

*aku pun masih jahil mengenai ini.. :'(


Copy dari FB. Kat bawah ni ada video Ustaz Azhar dan Ustaz Don, juga mengatakan benda yang sama....mak ayah kita, biarlah kita yang uruskan...uhuk cedih cedih T.T




Jauh panggang dari api

Assalamualaikum =)


Saja nak share gambar imam muda Asyraf & Hizbur dengan isteri masing-masing...





"Kalau saya berdiri tengah-tengah...alahai segannya rasa...jauh panggang dari api.... =.=*

*Hari ni tetiba jadi pencinta Bahasa Melayu, dua-dua tajuk entri pakai peribahasa...hihihi


Lain padang lain belalang hokey?


Assalamualaikum =)


Hari bila ntah saya berborak dengan sorang kawan ni. Cerita pasal kisah-kisah lama masa belajar. Keluar lah cerita pasal saya punya wedding preparation

Dia tanya warna tema untuk nikah. Saya jawab ,"gold hitam"

"Haaaa? kenapa tak pakai putih?? Kan orang nikah biasa pakai putih??? Peliknya gold"

Saya senyum je. Saya cakap itu orang...


Dia tanya lagi, "hantaran semua dah buat? Deko hantaran kena buat awal-awal tu yang leceh"

Saya jawab, "Kitorang takde bagi hantaran dah, sebab dah complete bagi masa bertunang hari tu. Memang masa dah bertunang dah deal macam ni. Senang kerja, jimat & takde kelam kabut buat banyak hal"

"Laaaaa....peliknya...tak best la takde hantaran..macam tak lengkap je.."

Saya senyum lagi, saya cakap ni style orang kampung saya. Dan pihak lelaki pun setuju untuk ikut.


Dia tanya lagi, "ko amik complete package ke?"

Saya jawab, "Basic je...baju...mekap...pelamin..."

"Baju berapa pasang?"

"Satu je la..." Muka dia berkerut plak dah.

"Tukar-tukar?"

Haha. Terus saya tergelak. 

"Takde tukar-tukar. Selai tu je sampai petang. Nape, ko nak tengok aku jadi puteri minangkabau ke?"


Kami sama-sama gelak. Lepas tu terus bukak cerita lain.



Hurm..tu la. Kan saya dah kata. Bila benda tu jadi kebiasaan, bila kita taknak buat, kita pulak yang jadi bahan 'pelik'. Orang yang buat 'pelik-pelik' tu tak pulak dinampaknya 'pelik'! Haih. Pelik, pelik.


Thursday, April 26, 2012

Senja dari tingkap dapur....

Assalamualaikum =)





Tengah berfikir....

Gembira ke dapat buat orang sakit hati?
Syok sangat ke mendengki?
Puas sangat ke kalau tengok riak muka orang sedih & marah sebab tindakan kita?

Bunga tangan idaman =)


Assalamualaikum =)


Tengah mencari-cari idea untuk handbouquet majlis nikah nanti. Untuk resepsi dah serahkan 100% kat bridal...mungkin pakai fresh flower kot. Bunga apa tak pasti lagi. Jadi untuk nikah kena pandai-pandai la. Nak beli ke, nak sewa ke @ DIY ? Hah. DIY handbouquet sendiri? Hisy, boleh ke?

Persoalan yang diri sendiri belum boleh jawab lagi. hihi  ^_^'


Cari punya cari, saya suka fabric flower. Handbouquet dari fabric flower. Contoh,


sumber http://www.etsy.com/

Fuh. Comel kan. Nampak sweetttttt sangat. Kalau nak DIY fabric handbouquet ni, Intan Norazam ada tunjukkan Tutorial Fabric Flower HB. Ohho rasanya kalau nak buat senang je kot. Tapi masa tu ada ke? Heh.


Cari punya cari lagi, terjatuh cinta pulak dengan Brooch Handbouquet! erk.



Cantik kan? Nampak classy, elegan dan pastinya nampak mahal! Brooch tu sebijik saja pong berapa hengget dah...beli kat pasar malam pun belasah je lah kan...hahaha... ni pun ada Tutorial DIY Brooch HB. Mampu ke? Mampu ke nak buat ni? heh.


Tapi, suka dua-dua. Camana?

Agak-agak kalau saya gabungkan dua-dua cantik tak? Fabric flower + brooch. Ce bayangkan ^_^'


*ada yang nak sponsor? :kikiki:::


Kisah mayat di atas Masjid Nabawi rupanya bida'ah


Assalamualaikum =)


Saya tahu mesti ramai yang pernah terbaca mengenai kisah kubur di atas bumbung Masjid Nabawi kan? Kisah yang mana seorang yang berniat jahat ke atas jasad Rasulullah SAW memanjat bumbung masjid dan dipanah petir.




Pendapat Imam Az-Zabidi menganggapnya bida'ah dholalah, adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah 

Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. 


Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. 

Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.



Goodluck tunangku....


Assalamualaikum =)


Dah 2 minggu Fendy menggalas tugas baru, dan hari ni mungkin langkah pertama untuk uji keupayaan dia. Audit dengan pihak auditor dari Jerman. Hopefully dia dapat buat dengan baik. 

Tadi dia sms, katanya ketar lutut. huhu ciannye  + _ +


Doa untuk hilangkan rasa takut @ gemuruh 

1) Salawat 3 kali
2) Bismillah
3) Laa takof walaa tahzan, innaAllah ha makna.  Maknanya. Jangan takut, jangan bersedih... ingat Aku yakni (Allah) bersamamu


Doa Nabi Musa AS



قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي



Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )



*Heh. Saya pulak kecut perut.

Wednesday, April 25, 2012

Biodata Ustaz Don Daniyal =)





Assalamualaikum =)






Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir



Muda lagi, bujang lagi.
Sesiapa yang 'kosong' lagi pergi la pinang....tak rugi dunia akhirat.
InsyaAllah...aminnnn

 Hihi ^_^


Update!

Baru daku tahu beliau dah bertunang. Hisy ketinggalan keretapi betul la.
Ni cilok kat google, gambar tunang ustaz Don. =)





GA Duet : Anis Alya & Ana


Assalamualaikum =)


Haa kelas gitu GA pun boleh berduet tau. Hihi..memandangkan petang ni memang free sesangat, saya nak join segala segmen n ga yang ada...boleh gitu? Hakhakhak...tamakkkksss =P

Jom ramai-ramai join! Syaratnya boleh tengok kat blog penganjur..klik banner ni yep!




WW: Sketching......

Assalamualaikum =)


Segmen Serious Follow back!


Assalamualaikum =)


Kena tag pulak dengan my sister Shahzee untuk join segmen Amer Corner. Segmen follow-follow macam biasa tu la. Syarat-syarat pun macam biasa jugak, nak tengok lanjut klik banner penganjur kat bawah ni ek.




Saya excited nak join bukan pasal nak tambah follower sangat pongg...tapi TOP REFERRAL ke blog amer akan dapat LOMO AQUAPIC! Heh! Kemainnn...masyuk Nuffnang kot??? Hihihi...


Sapa-sapa nak tambah follower ka @ hati gedik nak LOMO tu cepat-cepat jom kita join ramai-ramai! Yippie!

Tag:


Baju nikah dah siap! Lalala~


Assalamualaikum =)


Hari Ahad lepas, saya pergi Selayang nak amik baju nikah saya yang dah siap dijahit ZackHussin Collection. Excited nak pergi amik, excited sangat nak sarung baju nikah sendiri! Perasaan tu sangat tak boleh blah...hahaha... yang pasti si Fendy dah jelezzz gila pasal baju dia belum hantar tailor lagi, tapi baju saya dah siap! Yey!

So far, saya suka baju tu. =)
Fendy pun kata cantik dengan hasil gold + hitam.

Zack jahit macam mana design yang saya bagi kat dia hari tu. (inspirasi baju nikah)

Cuma kepala otak saya ni mula la mengada nak menambah sikit kat situ dan situ. Tambah apa? Ha, ada la...nanti saya tunjuk. Sekarang tak mo show off lagi baju tu, dah siap nanti kita kasi tengok yeeeee... =D


Nak tengok gak ke?

Nah la sikit. Blur. Hahaha!




Baju saya simple je. Simple sangat. Takde beading & full lace. Ada patching sikit je kat bawah dada dan hujung lengan. Memang tak berapa berkenan baju sarat barat, lagipun baju ni tentu-tentu 'tak segan' nak pakai pergi ofis @ wedding orang lain khennnnn...zack kata dah mengandung pun boleh pakai...pelaburan masa depan... ::kikiki::


Eh, lupe nak oyak, saya jumpa Cik Susu! Rupanya Cik Susu pun buat baju nikah dengan Zack jugak. Hai lepas ni famous la abe Zack di kalangan blogger B2B eh? Hakhakhak...aminnn... Sempat jugak la bertot tet tot tet pasal preparation wedding masing-masing, ramah jugak Cik Susu ni ye...ganu mali.. hihi.. Syu, insyaAllah nanti kita jumpa lagi okeh =)

comel kan Syu? =)

*Kalau berminat nak tempah baju kat Zack boleh direct call ke nombor 012-9876986 Tak dapat bagi link FB ZackHussin Collection sebab FB blocked....Mayzura pernah buat entry pasal Zack, KAT SINI.


Tuesday, April 24, 2012

Kucing sapa ni? Harimau sapa ni???

Assalamualaikum =)




Aduhai comel nyeee lah...teringat kat Oyen dulu...

nak..nak....nak........


ko duduk depan aku cenggitu memang aku penyek-penyek ko....grrrrrr.....


Cerita handbag di Petronas


Assalamualaikum =)



Pada suatu hari… (eh?macam karangan sekolah daa) saya dan Fendy berhenti isi minyak kat Petronas sekitar  rumah  sewa saya. Saya pergi kaunter bayar duit minyak, beli top-up, dan keperluan lelaki yang saya cukup menyampah (semua tau ape kan?). Lepas bayar, Fendy sms minta tolong belikan air. Saya amik minutepulpy dan pergi semula ke kaunter untuk bayar.

Tangan saya menggagau-gagau dalam handbag nak cari duit syiling yang bersepah kat celah-celah zip. Tetiba adik comel kat kaunter tu tegur,

“Handbag akak ni mesti mahal kan?”

Terkedu saya. Saya angkat kepala, tengok muka dia, senyum. “Eh, takde lah….”

Dalam hati mungkin dia sekadar nak berbasi-basi, saya senyum dan terus capat duit seringgit dua keping dan hulur. Mata adik tu masih lagi di handbag saya.

“Mesti seratus lebih kan kak?” Saya tengok muka adik ni nampak berminat. Wajah adik tu nampak naive. Naif.

“Eh, tak…” ringkas saya jawab.

“Berapa ye?” -->  memang dia bersungguh. Saya serba salah nak cakap, serius.

“tiga lebih…”

“oh….”

Kali ni adik tu pulak yang terkedu. Jelas sangat riak muka dia yang berubah.  Senyuman yang tadinya manis dan comel bertukar jadi tawar dan payau.

Saya ambil belen, cakap terima kasih dan terus jalan laju-laju ke kereta. Saya cerita kat Fendy, rupanya dia pun faham apa saya rasa.

Betul, saya rasa serba salah sangat.  Saya pakai handbag tu bukan niat nak menunjuk, nak riak ke apa. Memang tak ada langsung. Cuma saya memang betul-betul suka dan jatuh cinta dengan beg tu. Alah sebenanya beg tu biasa-biasa je pong, bukannya ribu riban Burbery @ Luois Vuitton. Cuma itulah beg paling ‘bernilai’  yang saya ada sepanjang saya hidup ni. Itu pun hadiah dari Fendy, bukan beli sendiri =.=*

Tapi saya terlupa, apa lah agaknya pandangan mereka yang mungkin teringin tapi tak mampu? Tak ke saya buat diorang rasa sedih dan menelan liur? Tambahan pulak saya menyewa bilik di kawasan kelas rendah..memang saya perasan tiap kali turun lift, berjalan ke kereta memang ada mata yang memerhati. 

Perati kasut, perati handbag, perati beg laptop, perati baju. Padahal saya rasa dressing saya ke office biasa sangat! Dalam hati saya ni,’macam tak pernah tengok orang’(teruk kan saya?) saya tak pernah fikir jauh, sebenarnya apa yang mereka pandang? Apa yang mereka rasa?

Saya sebenarnya pernah melalui ‘rasa-rasa’ tu masa kecik dulu sebab saya membesar pun bukannya senang…sepatutnya saya lebih faham.. T.T




*Ada ke patut Fendy cakap kalau dia jadi saya dia kata nak kasi handbag tu kat adik tu…uwaahh sayang banget tau! Saya tak sekuat tu…tak sanggup T.T


Giveaway Herba Tihara =)


Assalamualaikum =)


Hari ni tengok ramai kawan-kawan buat GA, jom join untuk support diorang! First, nak join GA Kak Tihara =)



Nak join? Klik banner gedabak atas ni. 

CLOSING DATE: 24 APRIL 2012 (SELASA)

Hari ni! Cepat cepat buat entry  =D


Monday, April 23, 2012

I can't believe you did this...im sorry~

Assalamualaikum =)




It's really happen to us....tapi bukan bermakna nak jadi queen control tau....cuma, dia memang tak suka panjang-panjangkan hal kecik...saya je kekadang suka meleret-leret...kihkihkih...nak memanja lebih la konon..harap bersabar je la ngan kerenah saya ni sampai bila-bila....saya memang kepala batu.. :p

hopefully dia tak baca entry ni..pengakuan berani mati..hahaha ampunnn b =D

*jangan reject saya tau...tinggal 53 hari je lagi ni.... ^_^

Macam mana boleh tak perasan ni??????


Assalamualaikum!


Woha! Lama tak jenguk Nuffnang, update pun jarang-jarang dek koje nan berlambak. Ntah macam mana boleh terdetik hati nak tengok Nuffnang tadi, sekali ada BE da!

tak kose daku nak blur RM, singgit je pong wahahaha


Jangan marah naa, dah masuk April 2012, blog nih tak pernah melekat BE lagi. Huuhhu hopefully lekat lama sikit, boleh buat belanja honeymoon...wakakaka =D sape nak belanja honeymoon saya sila rajin-rajin datang sini yea~


BE tahu lepas paling tinggi satu kempen RM15, hopefully yang ni lekat lama-lama ye Nuffnang sayang~ eceh


Selamat pengantin baru May =)


Assalamualaikum =)


Entry ringkas special untuk blogger Mayzura, selamat pengantin baru..semoga ikatan yang dibina bersama suami berkekalan hingga ke hujung nyawa...tahniah tahniah tahniah dari Munn@Fendy =)




*Cilok gambar kat FB May...lepas ni nak suh May buat review banyak-banyak...suka pelamin tu...cun!

Friday, April 20, 2012

Urusan JAIS dah selesai~


Assalamualaikum =)

Ni cerita 2 minggu lepas, tapi nak update jugak sebagai kenangan untuk anak cucu nanti. ::kikiki::: anak cucu  gitewww....tak menahan =P

Saya temankan Fendy pergi submit dokumen pihak lelaki kat JAIS. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, senang sebab kitorang dah 'clear' dengan prosedur JAIS , sebelum ni Fendy pun temankan kawan dia setelkan dokumen kahwin jugak. 

Diorang ni haru biru tau, dua2 bestfriend dari sekolah, boleh pulak nikah pilih tarikh yang sama dan dua2 tak tahu! Konon nak suprise..sekali hambik korang...bukan setakat nikah, majlis dua2 pihak pun tarikh yang sama...so dua-dua tak datang majlis masing-masing....boleh gitu  =D


Ok balik pada cite dokumen kahwin tadi.

Sekarang ni senang, banyak dah jabatan agama negeri yang boleh isi borang kahwin secara online. Setakat ni yang saya tahu negeri Selangor, Pahang dan Perak dah boleh isi melalui online. Negeri lain tak pasti. Pandai-pandai la cek sendiri kan...hihihi...

Untuk negeri Selangor, boleh isi kat Sistem Nikah Cerai Rujuk JAIS , daftar dulu no kad pengenalan dan password, log in dan pilih la borang lelaki @ perempuan. Sebelum isi tu standby siap-siap details SAKSI (untuk lelaki - perempuan saya tak tahu, mungkin perlu details kariah jugak). Details tu termasuk nama penuh, no i/c, alamat pejabat & no telefon, alamat rumah. Tapi ni bukan saksi masa akad tu, ni saksi yang lelaki tu pemastautin. Tak payah dah buat surat pemastautin tu semua sebab Fendy ni memang anak jati Selangor....celik mata je kat assunta sampai ke tua ni, setia betul kat Selangor =P

Hopefully ada la B2B Selangor yang baca ni. Bukan ape, kesian haritu ada la 2,3 orang yang tak tahu datang berlenggang je. Ada pulak yang terpaksa turun naik pergi jumpa orang tu orang ni, mungkin sebab tak lengkap @ tak tahu langsung. Kalau boleh berurusan hari Sabtu Ahad takpe la kan...ni nak kena amik cuti pulak...kan rugi sehari cuti kawin...hihi....

Dah siap isi semua, print 2 salinan dan dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah kariah...macam Fendy ni gi mintak kat abang sepupu dia, kalau tak silap saya abang sepupu dia kadi juga kot...sahkan sekali dengan  dokumen lain, dah siap bawak pergi JAIS....setel.....dokumen lain yang perlu bawa tengok kat SINI (lelaki je).


Sekarang, sesi  gambar kandid papa/ayah/abah/daddy/walid ye anak-anak =D

mula2, pakcik ni cek dulu dokumen lengkap @ tak....

amik nombor dan tunggu...macam biasa le...

dah sampai turn =)

kemain senyum lebar urusan dia dah srtel...saje letak gambar cinonet...haha


Hujung April ni balik Trolak pulak untuk urusan pihak perempuan...semoga dipermudahkan lagi urusan kami... =)


*Kitorang pergi hari Jumaat, tu yang pakai baju melayu siap kopiah tu....kang ade yang kate tunang saya ni pak ustat....hahahaha...


..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat