Assalamualaikum =)
Saya tak pasti entry ni masih 'sempat' atau tak sebab hari ini dah Sabtu, esok Ahad. Ahad hari terakhir...tapi kalau nak seribu daya kan? Sesiapa yang belum tu cepat-cepat pergi pejabat pos sekarang...ada sesetengah tempat pejabat pos buka hari Sabtu. Ada yang buka sampai petang, ada yang buka separuh hari.
Err...
Sempat apa ni? =.=*
Hee...teruk kan mukadimah entry ni? =D
Saya menulis tentang tanggungjawab kita kepada negara. Tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan halatuju dan kepimpinan negara. Tanggungjawab dalam turut sama menentukan pembentukan corak kepimpinan yang terbaik di masa akan datang. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kita, untuk tanah kelahiran yang tercinta.
Ha sungguh patriotik tuan tanah ni menulis.
Korang dah daftar sebagai pengundi ke belum? Hari Ahad ini adalah hari terakhir untuk mendaftar, untuk mengundi pada PRU 13 yang rasanya dalam bulan Jun nanti. (hopefully bukan tarikh nikah saya huhu)
Saya percaya kakak2 semua mesti la dah daftar kan...cuma nak ingatkan pada yang baya-baya saya yang baru je layak mengundi untuk tahun ni...pleaseeeee lah daftar...dan pleaseeeeee sangat-sangat pergi la mengundi.
Tak kira la korang nak pangkah yang mana pun as long as kita mengundi.
Saya dulu pun macam korang jugak...muak bercakap pasal politik kat Malaysia ni yang makin lama makin hamis baunya...tapi kita tak mau cakap pasal bau apa, warna apa, lambang apa. Kita nak cakap pasal tanggungjawab kita dalam memilih pemimpin.
Bagi sesiapa yang tak keluar mengundi dikira tidak menunaikan kewajipan dalam pilihanraya, perkara ni jugak dah disebut dalam Surah Al-Baqarah (ayat 282), sebahagiannya bermaksud
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."
"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)
Ni saya copy dari Halaqahdotnet (kewajipan mengundi mengikut hukum syarak klik untuk baca penuh)
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.
*Sekian entri sayangkan negara. Jangan lupa daftar tau! =)











































