Assalamualaikum =)
Semalam dah selamat membazirkan AL sehari untuk setelkan surat beranak dan sijil kursus kahwin yang hilang hari tu. Sampai hati korang menyorok taknak kuar dah :(
Kalau hilang surat beranak....macam ni ye..
1) Pergi ke JPN kat Presint 2, Putrajaya (mana2 PJN pun boleh). Cari eskalator dan naik sampai ke aras 3, ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat.
2) Pergi ke kaunter dan dia akan bagi borang permohonan carian/cabutan daftar kelahiran. Isi borang tu dan ai kepilkan sekali dengan salinan i/c..tapi masa tu dia tak mintak pun...
 |
| sila ingat tarikh lahir tu ye...hihi |
3) Amik nombor dan tunggu la kat kaunter..sila bawak bahan bacaan supaya tak bosan sebab lama jugak ai tunggu orang ramai gilerrr...
*Surat beranak baru tak boleh dapat on the spot, mungkin sebab negeri kelahiran ai Perak, kalau anak jati Selangor @ KL mungkin boleh dapat hari tu jugak. Yang ni tak pasti.
*JPN Putrajaya buka setiap hari, Sabtu dan Ahad buka sampai jam 2 petang. Senang tak payah apply AL...huwaaa....membazir sungguh cuti den...
Kalau hilang sijil kursus kahwin macam ni pulak ye...(JAWI)
1) Dapatkan surat pengesahan dari tempat kursus korang amik dulu. Ingat bila hari dan tarikh. Nak lagi yakin mintak sekali senarai nama kehadiran masa tu.
2) Buat surat sumpah kat Suruhanjaya Sumpah. Kalau kat KL, pergi kat bangunan KWSP kat Jalan Raja Laut, naik eskalator ke Tingkat 1. Kat sini dijaga oleh pasangan suami isteri yang saaaangat baik dan tak banyak songeh. Kelakar pulak tu :) Bayaran RM15 untuk hilang sijil kursus kahwin.
3) Pergi JAWI kat Jalan Perdana, Kompleks Pusat Islam berdekatan dengan Masjid Negara. Naik kat pintu masuk yang ada TV Al Hijrah besar2 tu,
4) Naik tangga sampai atas, tengok kat direktori, tempatnya yang color merah tu
5) Menapak la ko lagi sampai ke atas ye, dah jumpa pintu masuk naik lagi ke Tingkat 3 dan amik nombor. Dah kat kaunter diorang kasi borang pengesahan hilang sijil, isi dan attach sekali dengan surat pengesahan dari tempat kursus dengan surat sumpah.
6) Bayar RM5. Sijil dapat hari tu jugak.
*'Terima kasih' banyak-banyak kat orang JAWI yang jawab call ai hari tu, dia kata tak payah buat surat sumpah, ai pun tak buat lah. Dah sampai sana, isi borang, dah tercangak tunggu dekat 40minit, keluar sorang encik ni kasitau yang diorang nak surat sumpah.
*40minit ko, masa yang diorang amik untuk kasitau ai nak surat sumpah. Dah satu hal terpaksa berkejar pulak ke bangunan KWSP sebab masa tu dah pukul 3.
*dah siap surat sumpah, berkejar ke JAWI semula then terpaksa berlari2 naik tangga kat JAWI sebab masa tu hujan dah mula turun. Tak ada laluan pejalan kaki berbumbung. Heh. Akibatnya kaki sengal gila....
*sumpah tak mau hilang lagi sijil kursus kahwin. Azab nau nak dapat yang baru :(
 |
| makcik ni tak berani dah simpan sijil, sekarang tunang dia yang pegang.....har3 |