Tuesday, January 31, 2012

Semasam strawberi coklat

Assalamualaikum =)

Dari petang semalam, sampai ke pagi ni....ai tak ada mood nak bercakap. Diam je....sampai naik kejang rahang ni. Hee..melampau...sedih la! Sedih sedih sedih! Masuk ofis pun dah tak bersemangat macam selalu...bibir pun berat rasanya nak senyum..

Nak sibukkan diri...kerja tak ada pulak......hurm...mungkin dah tiba masanya untuk ai pertimbangkan nasihat tunang ai dari dulu lagi......pasal hal semalam tu...

Orang kata, buat entry biar ada gambar. Nah, ai letak gambar strawberi coklat sebagai penyeri entry yang suram ni....indah dipandang, bila digigit...rasanya masam...macam kena je dengan mood hari ni.... T.T



Monday, January 30, 2012

Menjeruk rasa...tabahlah wahai hati :(

Assalamualaikum...

Baru kejap tadi ai dapat tahu, my besfren kat opis Titty dah hantar resign letter kat bos, dengan notis 2 minggu. Terkejut, rasa nak nangis. Lepas ni confirm kesunyian. Ai dah la sorang je Melayu kat sini...perempuan pun ada 3 orang je...dah sorang ni berenti, tinggal berdua. Yang lagi sorang tu tak berapa nak ngam sangat. Lain semua lelaki. Confirm lah lepas ni ai jadi senyap sesenyap senyapnya.

Titty kerja kat sini dah 8 tahun, berhenti sebab tak tahan dengan perangai sorang commercial manager kat sini yang kuat kipas bos besar dan cucuk belakang. Kat depan kita baik, manis muka tapi belakang kita? Tak terjangkau dek akal betapa busuknya hati dia. Kawan ai ni memang dah makan hati bertahun-tahun dengan c.m ni  tapi bersabar je..tapi kesabaran setiap manusia tu ada hadnya kan?

Bos besar ni pun ala-ala sengal jugak. Dengar sangat fitnah orang lain, padahal dia sendiri pun tak amik tahu perkembangan ofis. Yang banyak jaga hal company bos kecik yang baik hati tu. Tapi semua benda bos besar yang sign, so bos kecik tak boleh nak buat apa. Bayangkan, kawan ai dah kerja 8 tahun, minggu lepas dia boleh tanya, 'u kerja pakai ini meh? u buat apa?' sambil tunjal jari kat laptop si Titty.

Nape ai sedih? Sebab ai rasa lepas ni ai akan jadi target seterusnya si c.m tu. Instict ai kuat mengatakan macam tu. Buktinya? Bonus mereka yang lain paling kurang sebulan gaji, ada yang 2,3 bulan gaji. Tapi ai dan Titty? Suku bulan pun tak sampai. Nak buat taik gigi pun tak boleh. Nak bagi apa kat mak? Nak hulur berapa? Bayangkan, anak si c.m yang baru masuk kerja tak sampai 6 bulan boleh dapat lagi banyak dari kitorang. Patut ka?

Mr.accountant terkejut, sangat terkejut. Kenapa ai dapat macam tu. Apa salah ai? Ai sikit pun tak pernah tinggi suara pada dia, melenting, melawan, langsung tak pernah. Semua kerja ai setelkan on time malah lagi cepat dari dateline. Sampai kekadang bos kecik pelik macam mana ai buat drawing cepat sangat. Dan ai bukan setakat setelkan design & drawing, kerja yang bukan sepatutnya kerja ai pun ai buat. 

Bukan nak hadap sangat bonus dari company, kalau dapat tu memang rezeki. Tapi kenapa dianaktirikan? Kenapa dibeza-bezakan? Mulanya ai ingat sebab profit merudum dan semua dapat lebih kurang....tapi bila ai tahu kebenarannya...terasa macam mata pedang tusuk ke jantung!

Ai tahu...ini bukan pasal racist..tapi sebab sikap PHD sekor kuman yang jenis tak puas kalau tak menyakitkan orang lain.


Mood bercampur baur sekarang.

Gadis Cuci

Assalamualaikum =)

Wuhuuuu!!! Hari ni hari pertama masuk ofis. Selalunya Isnin lemau je nak kerja tapi hari ni hati berbunga-bunga  walaupun mengantuk gile layan game Arsenal malam tadi. Berbaloi jugak bersengkang mata, Arsenal menang 3-2! Ai hepi jugak sebab dapat bermesra-mesra dengan uolls...rindu sangat dah ni..hihi... Jap lagi ai jalan gi blog korang ye! Lagi sekali hepi sebab masuk opis ada ang pow berderet atas meja! Yeay!

Hari ni ai nak cerita pasal pe'el anak buah ai sorang kat kampung, ai buat entry ni masa kat kampung tapi tak sempat nak publish. Paham je la internet cap siput sedut kan. 

Masa ai baru je sampai kampung, orang pertama yang tegur keadaan kereta adalah dia si kecik yang umur 2 tahun tu. (ai tau tokwan dia yang ajar sebenarnya)

"eta ashuu otoq! Jom ashuh eta?" ---> "kereta acu kotor! Jom basuh kereta?"

ya2 acu baru balik dari bendang =.=*

Budak-budak kalau tak excited jumpa air ape lah maknanya jadi budak-budak kan? Sama la macam die ni.

hoho berkilat kau! =D

dan esoknya,


basuh keta ibu pulak!

Dan ganjarannya.....

ashuuu...nak ain enggi birds?? Hola.....

Budak-budak sekarang.........

Friday, January 27, 2012

Kembar 5

Assalamualaikum =)

Selamat hari Jumaat semua. Hari ni pagi-pagi mak dah menjerit-jerit kat belakang rumah. Ai pasang telinga je, beratnya badan nak bangun...suhu pagi kat kampung ni sejuknya semacam..menusuk sampai ke tulang. Dengar ayah pergi belakang tengok mak. Sok sek sok sek tak tentu butir yang disebut. Rasa macam tak ada ape yang tak kena, ai ambung tido balik. Hehe ^_^

Dah bangun ni baru la tahu..rupanya mak menyambut cucu! Kembar 5 you!



Ce teka ce teka anak apa ni? =P

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Ni la ibu gigih beranak 5...first time jadi ibu. Beranak pun anak bersepah-sepah tu yang mak menjerit. Nak kata teruja dah banyak dah dapat cucu arnab =P


Thursday, January 26, 2012

Rindu kamu kamu :(

Assalamualaikum =)

Selamat bekerja kepada yang dah mula bekerja. Ai kat kampung lagi ni...cuti panjang sampai hari Isnin sempena CNY...sesekali melepak kat kampung lama sikit, memang heaven...ohoi indahnya =P

Yang kurengnya internet agak lembab kat sini. Siput pun laju lagi. Pakai streamyx...bukannya broadband...akak ai cakap dia pun dah naik malas nak call orang streamyx, masalah yang sama dok berulang walaupun bayar mahal. Kejap-kejap putus. Kalau dapat update kejap pun dah rasa lega sikit. Minta maaf sesangat nak blogwalking memang terhad... T.T

p/s: Entry kosong ni cuma nak bagitahu...ai rindu nak menyibuk kat blog kamu kamu....ye kamu....

Tuesday, January 24, 2012

Tempat jatuh lagi kan dikenang =)

Assalamualaikum =)

Wuhuuuuu terasa lama nau tak mengapdate, last entry pun hari Jumaat sebelum gerak balik kampung. Dah duduk kat kampung ni faham-faham je la..memang tak sempat nak mengadap lappy yang satu ni. Terima kasih kat korang semua yang sempat lagi jenguk kat sini. =)

Aktiviti pertama kat kampung? Mewarna. Oyeah! Mewarna uollllsss.....hakhak! Akak ai yang kedua tu, cikgu sekolah kat kampung ai ni, minta tolong kitorang adik beradik mewarna mural kat dinding sekolah. Kalau korang nak tahu, ini sekolah rendah kitorang masa kecik-kecik dulu. Yang untungnye akak ai sorang tu, dulu cikgu kat sini mengajar dia...sekarang dah jadi kawan sekerja. Best la kan? Hihi

Tengok sketches kat dinding tu penuh, banyak yang nak di color...alih-alih akak cari tangga tak jumpa, so tak dapek la nak mewarna sampai habis especially yang tinggi-tinggi tu..ada tulisan, lukisan pelangi, awan dll. Jadi kitorang color bahagian bawah je, deretan bunga-bunga yang ceria tu. Moh layan gambar jom =)

baru nak warm up skill masing2 =P

hoyeaahhhh dats me! Ahaks =P

ok, ini hampir siap...bunga2 je =)

si kecik ni pun nak tolong.......

Hi! Saye Tina!
Semalam ai borak-borak dengan si kecik ni, nak tahu dia tanya ape?

"ashuu..anti ashu akai aju antin ngan ashu endi ye?"
(Acu...nanti acu pakai baju pengantin dengan acu Fendy ye?)

Haha! Blushing kejap =D

Friday, January 20, 2012

Tempahan Pomander Ball pertama =)

Assalamualaikum =)

Selamat hari Jumaat semua. Hari ni ai happy sikit sebab hari ni last kerja! Yela, korang biasa la last hari Jumaat kan, ai Sabtu pun still kerja lagi...apo nak buek....so excited lebih la. Hihi.. :p

Hari tu ai ada buat pomander ball pakai bunga tisu, saja je suka-suka. Buat untuk letak dalam kereta ai dan kereta tunang. Nak tengok macam mana rupanya ada kat entry DIY Pomander Ball ni tau. 

Sejak letak menda alah ni dalam kereta, ramai jugak yang menegur, 'beli kat mana?' 'berapa harga?' 'rajinnya mengait' dan macam-macam lagi la. Mungkin sebab warna yang terang, jadi dia 'mencolok' mata sikit especially budak-budak. (errr mak bapak budak pun =P)

Dan ehem ^_^ ...ini tempahan pertama Pomander Ball by Munnafendy.com. Eceh! Ditempah oleh kawan sekerja enche Fendy nama Toriq (encem tau, single lagi...hihi..). Lama dah dia tempah, tapi masa nak membuatnya tu tak berapa nak banyak, proses tu jadi lambat.sikit. 



Toriq nak pomander color maroon. Gigih jugak ai mencari highlighter color maroon, biasanya merah dan pink je. So ai beli pen marker color merah, nampak la rupa maroon sikit kot =.=*



Sedia digantung. =)

Thursday, January 19, 2012

Spontan Khamis - Rezeki bawah bumi

Assalamualaikum =)

Suka sangat dengan status FB Gh Syukri (owner PakarHowTo)


  • Rezeki atas dunia Allah dah janjikan @ uruskan untuk kita, tapi rezeki bawah bumi (alam barzakh) kita yang kena usahakan @ uruskan sendiri (melalui aqidah,iman,amal,ibadah...). So, jangan risau sangat pasal rezeki atas dunia ni. Sebaliknya fikir dan risaukan bekalan yang akan kita bawa ke bawah bumi sana...
    Dok pikir bos ni taknak kasi bonus ke? Angpow ke? Terkedu lepas baca status ni. Tima kasih sebab mengingatkan. =)

Tragis sebiji bola. Oh I like!

Assalamualaikum =)

Ingat lagi tak kat entry bengang, ai cerita pasal bebudak kat area rumah ai yang degil kepala dongga pecahkan tingkap bilik dan cabut lari macam pelesit? Cerita tu kat entry 'tension la macam ni'

Dalam 3 ke 4 hari ni diorang dah tak ada, tak main dah kat depan rumah. Ai punya room mate jadi hairan. Apa dah jadi kat diorang? Dah dapat 'nur' ke? Syukur sesangat, boleh la kitorang tido dengan lena, takda nak risau lagi kalau kaca bersepai kena kat muka kan.

Pagi ni semua dah terjawab, sementara tunggu enjin kereta warm up kejap, ai perati sekeliling dah ternampak satu objek kat tengah jalan yang agak tragis dilenyek kereta. Ingatkan burung ke, kucing ke. Pergi dekat sikit. 




Tengok betul-betul, kalau kereta lenyek tak kan bola boleh terbelah dua kan? Ai agak,mungkin bebudak ni ada pecahkan tingkap dan buat bising kat rumah orang lain, dan orang itu sangat 'rare' amik bola diorang, potong dan campak ke bawah. Maka bersepai la kat atas jalan. 

Kesian. Tapi ai suka. Haha!

Wednesday, January 18, 2012

WW: Hadiah kah?


Tak sebanyak tahun lepas, jadilah dari takda langsung kan.


*ai nyibuk je hehe =P

WW: Bank baru


Bank Barisan Nasional? Oh, dah ada ya? =.=*

Tuesday, January 17, 2012

Ehh..mana tahu ni?

Assalamualaikum =)

Tadi ai jalan-jalan kat FB tengok status Oh Media, lebih kurang macam ni

  • Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

    1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
    --> BETUL!

    2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.  --> BETUL! 

    3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.  --> BETUL! 

    4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.  --> err...tak tak...=.=*

    5. Lukis burung guna huruf 'v'.  --> BETUL! 

    6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.  
    --> BETUL! 

    7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥    
    --> BETUL! 

    8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 
    --> BETUL! 

    Betul tak? Betul tak? :P


    Arrrgghhhhhh mencik!  Blushing tau  ^_^




    *korang sengih-sengih sebab korang pun sama kan? =P

Monday, January 16, 2012

Siapa makan chili's dia terasa kenyangnya

Assalamualaikum =)

Entry jakun sikit =P

"Syg dah makan? B anta makanan kat syg nak?"
"Dah, makan roti potato je beli kat Giant petang tadi.....b nak beli apa?"


"Mana boleh bagitau...suprise.."
"Laa makan pun nak suprise?"


"Yela...chili's..."
"Cili apa? Cili api? Cili boh? Cili benggala? Cili kering?" <-- purak2 taktahu


Nah, Chili's burger rupanya.

Bulat mata kata kau tengok polistrin tu..ingatkan burger sebesar-besar bekas tu. Rupanya diorang asingkan salad, daging dan cheese.1st time  makan burger 'self-service' haha.... =D



Alahai buruknya rupa....tapi tetap membangkitkan selera..kan kan kan...tengok la daging dia tebal..jenuh nak ngabihkan ni..memang kenyang sekenyang-kenyangnya kata kau!

Sunday, January 15, 2012

Cara buat bunga tisu macam seni qanasuri?

Assalamualaikum =)

Selamat bersantai di hari Ahad ya. Hari ni ai rajin sikit membelek stats kat Nuffnang Alhamdulillah makin hari makin ramai yang datang melawat kat blog ni. Terima kasih kat korang semua tau. Ye, korang yang tengah baca ni. =)

Sebelum tu, semalam ai ada mention nak pergi Nilai kan. Betul cakap kak Queen, pergi Nilai 3 sekarang dah tak berbaloi rasanya. Harga sama je mahal dengan kedai-kedai kat sini (PJ), pilihan pun tak ada la banyak sangat. Frust sebab apa yang dicari tak ada. Keseronokan bershopping kat Nilai dah tak sama macam shopping untuk wedding abang ai dulu. (lama dah, dia pun dah anak 3). Kesimpulannya, rugi duit minyak & tol je. =D 

Ok berbalik kat pasal stats Nuffnang tadi, ai bulat masa kejap tengok keyword yang masuk,



Ai perasan sekarang memang ramai yang berminat dengan bunga telur pakai bunga tisu @ crepe paper macam kat entry bunga telur tisu. Mungkin sebab comel dan cantik, mungkin jugak sebab tengah 'in' kan. Ai ada try buat juga hari tu, tapi hasilnya takda la secantik dan segebu bunga hasil tangan Seni Qanasuri. Apalah sangat nak dibandingkan dengan Seni Qanasuri kan...Tapi rupa tu ada la sikit...hihihi

Jom cuci mata kejap tengok cara buat bunga tisu crepe paper ni ya. Bunga je tau, cara buat bunga telur complete dengan lidi dan riben lain kali k.


1) Ambil kertas crepe paper, bentangkan dan lipat ikut step dalam gambar kat atas. Senang je tu. Main lipat dua lipat dua je dan gunting. Last sekali lapiskan 4 helai yang dah siap gunting.


2) Lipat agak-agak dalam 1/2 inci @ 1 inci, lipat kat depan dan pusing, lipat pulak ke belakang. Lipat sampai habis buat macam bentuk kipas. 
3) Ikat dawai lembut kat tengah-tengah
4) Gunting hujung kertas jadi bentuk separuh bulat..dan kembangkan,
5) Tarik slow-slow sehelai demi sehelai macam gambar kat bawah ni
dah jadi separuh, tarik pulak lagi separuh.


Siap!

Kalau ikut ukuran yang macam ai buat kat atas ni, sehelai crepe paper dapat 4 kuntum bunga. 

Kiraan sehelai harga crepe paper RM0.50 / 4 = RM0.125 sen sekuntum.

Berbaloi-baloi kalau buat sendiri. Tapi kalau nak tempah tu tak dapek la harga macam ni...'kesabaran' dan 'ketekunan' pun ada harganya kan. =)

Sikit tips:
1) Lagi banyak lapisan lagi cantik bunga (kat atas ni ai guna 4 lapisan)
2) Sebelum melipat, make sure kertas crepe paper berbentuk segi empat tepat, bukan segi empat sama. Kalau segi empat sama bunga tak jadi @ tak cantik.


Ni ai buat size kecik sikit, pakai 5 lapisan.


Ok, selamat mencuba!

*Alahai comotnya tutorial hari ni... =.=*

Saturday, January 14, 2012

Doodle diri sendiri =)

Assalamualaikum =)

Hari ni ai tepek gambar doodle diri sendiri, pakai baju bertunang itu hari...tapi posing lain la...heee...sama tak? sama tak?? =P



Sekarang tengah gigih buat doodle enche Fendy...cadangnya nak pakai doodle ni je untuk kad kahwin..ok tak? Tu yang letak watermark besau-besau tu. Jangan songlap naa kena babap karang =P

Kejap lagi nak pergi Nilai. Buat apa? Paham-paham je la eh...kikiki...caucincau!


Friday, January 13, 2012

Kesian kat ayah kita tau.... T.T

Assalamualaikum =)

Salam Jumaat semua ya. Hari ni ai nak share keratan Metro hari ini dan juga satu video yang ringkas tetapi besar maknanya kepada kita. Maksud ai, BESAR maknanya bila kita MEMAHAMI dan BERFIKIR sejenak. Buang ego tu kejap, renung dalam-dalam. Back to basic, untuk apa kita dijadikan & diciptakan Allah SWT? Entry ni untuk peringatan diri sendiri dan juga untuk semua adik-adik, kakak-kakak, abang-abang.


Lepas ni nak cek balik gambar-gambar kat FB, Myspace, Friendster, Bearshare, YM, Google+, ohhhoooo banyaknya! Takut ada yang tersesat, setiap hari masuk 'saham' free. Takut!




Adakah kita termasuk dalam golongan yang 'bodo' tu, iaitu orang yang tiada bekal? T.T

*Kesian kat ayah kita kalau kita yang muda remaja keluar rumah tidak menutup aurat, ayah  akan menanggung dosa....bila kita dah kahwin, suami pula take over...kesiannya... T.T

Thursday, January 12, 2012

Spontan Khamis - Pak Mat oo Pak Mat

Ada yang tahu nyanyi lagu ni?

Dimulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahimmm...

Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pi pi

Topinya koyak yak yak
Pak Mat jual tempoyak yak yak

Tempoyaknya basi si si 
Pak Mat jual roti ti ti

Rotinya hapak pak pak
Pak Mat jual kapak pak pak

Kapaknya patah tah tah
Pak Mat jual getah tah tah

Getahnya putus tus tus
Pak Mat jual tikus kus kus

Tikusnya mati ti ti
Pak Mat..........(tak ingat dah sambungan..sori =P)


*Lagu ni ai suka nyanyi masa zaman budak-budak dulu. Huu rindu!

Moral of story
1) Jangan mudah putus asa. =)

Wednesday, January 11, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012


Hee..join segmen Ben Ashaari lagi..nak join klik banner ye =)

Ada sesiapa yang berminat untuk letakkan blog Munnafendy di bloglist korang? Komen kat sini dan sama-sama tukar bloglist ya...yang sedia ada tu dont worry, masih kekal. 

*Bloglist tempat pertama ai terjah bila blogwalking. Lepas ni makin kerap la ai singgah blog korang k. Tak rugi tukar bloglist ni. Win win situation gitu =P


WW: Dimana MYVI?


Pandulah dengan berhati-hati. Ya?

WW: Guna jari pun boleh!

Monday, January 9, 2012

Kalau tak cuak memang kebal la kan?

Assalamualaikum =)

Sebelum nak cerita panjang, nak cakap tq kat Kak Mas, Kak Sha, Fiza dan Kak Irfa sebab sudi berkenalan dengan ai kat entry nak berkenalan je walaupun entry tu hari Sabtu lepas. Ha, tak lupa kat si May, kang tak sebut mau die backhand ai pulak...kehkehkeh...si May ni ai dah pernah jumpa masa photoshoot dulu, kira boleh la kalau nak berkenalan lagi sekali kan.. =)

Ni ha, dalam entry hadiah kahwin pertama kenapa pelik ai kata cuak nak kahwin lagi 5 bulan? Aduduiiii...banyak lagi tak prepare ni tau....dah rasa kepala otak tunggang langgang dah ni. Balik kampung pun ayah dok sebut pasal borang itu borang ini..mak dah tanya nanti gift nak bagi ape..lagi dahsyat kakak-kakak ai dah beli baju yang diorang nak pakai masa wedding ai nanti! Heyyyy..... =.=*

Tapi ai geram tengok mamat tuh...buat muka selamba derkkk je. Macam takda pape berlaku. Taknak kawin ke? Ke lelaki memang macam ni???

Ai makin cuak sebab hari ni dah 9hb tapi GAJI BULAN DISEMBER 2011 TAK DAPAT LAGI!!!!! Hambik ko sebesar-besar font ai bagi. Geram.

Maka terpaksalah......



Hahahaha...tipu! Camanalah nak kawin kalau sampai terpaksa korek tabung ye dak? Tabung ai dah penuh lah, nak masuk akaun ni....si froggy tu kira muat la dalam RM150 camtu..


Ada pulak sesat 500 Rupiah?

Moral of story (ceh ada gak tu)
1) Rajin-rajin menabung, sangat berguna bila 'sosak' =P
2) Nak buat apa-apa kena prepare awal-awal, baru la tak kelam kabut!
3) Nak selesaikan masalah ape pun rilek2 aje la macam mamat tu..cuak camana pun kena hadap gak kan?

=D

Hadiah kahwin pertama kami!

Assalamualaikum =)

Terima kasihhhh banyak-banyak kat korang semua yang komen kat entry nak berkenalan je. Hopefully kita semua akan kekal kawan okeh? Ai dah tahu dah nak panggil  ape kat Lin, Kak Tihara, Mak, Kak Dinas, TT, Mama, Rara, Azam, Nis, Sally, Jijah, DZ, PakLan, PakJoe, Janna, Kak Muni, Kak Diana, CikBintang, Arisha, Kak Rasp, Shera, Kak Ina, Kak Zura, Lyndawawa, Aimie, Msred, Kak Queen, Kak Ida, TH, Fierul, Atok, Kak Bui & Rai! Hoh gigih letak link satu-satu. Yang lain lain kali ai letak link ye, ponek! Sayang semua tau =D

Okeh, berbalik kepada tajuk entry ni. Semalam ai bawak ayah dan mak balik kampung kat Selama, Perak. Ada hal orang tua, ai jadi driver je. Kitorang stay satu malam kat rumah adik ayah. Makcik ai yang sorang ni memang ai rapat sangat, dan ai pun panggil 'ma' bukan makcik macam kakak-kakak ai panggil. Kira ai ni special case la..hehe

Tak lain topic utama pasal wedding. Ma punya la excited lebih, tak sabar nak tunggu wedding lagi 5 bulan, dia awal-awal dah kasi hadiah kahwin ai! Ternganga tau. Ai hape benda pun belum prepare, alih-alih dapat hadiah dulu....ma kasi comforter bunga-bunga purple. 



Bila renung comforter tu, ai jadi cuak. Gila cuak.

Ya Allah, ini bukan lagi masa untuk berangan!

Saturday, January 7, 2012

Bukan nak ape pun...nak berkenalan je.... =)

Assalamualaikum =)

Hari ni, ai nak mintak tolong korang sikit..bukan tolong banyak pun..sikit je. Ai suka sangat berkawan dengan korang-korang semua. Sejak akhir-akhir ni blog dah makin meriah je rasa. Heee...ke perasan sendiri? =P

Tapi kekadang confuse dengan status, ada yang terpanggil adik rupanya lebih tua. Ada yang panggil kakak rupanya muda belia. Dan ada yang mungkin baya-baya dengan mak..ai cuma takut tersalah 'cakap', iyelah cara kita bercakap dengan kengkawan sebaya tak boleh la nak samakan dengan yang lebih tua kan? 

Dan lagi confuse kalau isi entry 'selambe' dan happy2 macam baya-baya je..ai pun belasah la komen bahasakan diri 'aku' bila dah belek betul-betul, rupanya ai dah boleh panggil mak, dah boleh panggil ayah.. Minta maaf sangat, terasa diri ni kurang diajar...=.=*

Jadi, nak minta tolong kawan semua komen dan bagitau status masing-masing...boleh?

Contoh, 3 perkara ni


Friday, January 6, 2012

Alaa...tension la macam ni!

Assalamualaikum..

Tiap hari bila ai balik kerja je mesti hati ni rasa tak tenang. Kalau rasa berdebar-debar tu confirm ai mesti akan 'naik minyak' kejap lagi. Nah, tup-tup memang betul! 

Tingkap bilik ai pecah buat kali ke-4! 

Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Sabar sabar sabar!! Luar rumah memang sunyi sepi dah, ai tahu bebudak tu semua dah cabut lari, takut kena maki agaknya.

Apa nak buat ni? Budak-budak kat flat ni masyaAllah punyalah degil, tak faham bahasa...biadap pulak tu. Diorang suka sangat main bola kat depan lift kat rumah ai, dan rumah memang betul-betul bertentangan dengan lift. Boleh bayangkan tak?


Thursday, January 5, 2012

Cuba dan mencuba!

Assalamualaikum =)

Dalam hidup kita, mesti ada seseorang yang yakin dan percaya kat kita 100% kan? Paling tidak pun ibu kita sendiri. Ai teringat nak buat entry ni sebab ada geram sikit dengan orang sekeliling yang tak percaya dengan pe ai cakap, ape ai pilih, dan seolah-olah tak yakin dengan keputusan yang ai buat. 

"Eh, boleh ke? Jadi bentuk apa la nanti.."
"Ada masa ke nak buat.....beli je lah...."
"Sempat ke nak buat...balik dah lewat...blablabla..."

Bila ai tanya mak, mak bagi jawapan yang sangat menyejukkan hati,


Langkawi Trip Part 4 (ok janji ini last! :p)

Assalamualaikum =)

Sambungan dari


Maaf beribu maaf, terlupa cerita pasal Langkawi ni belum ada ending. Dok bersambung bersambung sampai bila ntah? Haha...ai tak tau la ada yang tunggu ke tak tapi tetap nak habiskan cerita jugak. Sikit je lagi pun. =P

Mungkin sebab diorang 'lemas' kitorang lagi banyak bunyi, malam tu senyap-senyap diorang datang pasang roadtax yang betul kat wira parkinson tu. Senyap-senyap, chori chori chupke chupke (tetiba) sebab diorang tak call langsung nak bagitau ke apa. Sedar-sedar pagi tu dah terlekat roadtax baru.

Jadi, ai nasihatkan sesiapa yang sewa kereta kat Langkawi ni make sure tiap kali korang balik hotel jangan tinggal apa-apa barang korang dalam kereta tu. Elak sebelum kehilangan apa-apa k. Diorang memang ada kunci pendua pentiga ka apa. Soooo tak da sivik punya orang. At least mention la ye dak?

Nak dijadikan cerita lagi, pagi tu kitorang gerak untuk Island Hoping. Dari jauh nampak nun JPJ buat roadblock. See??? Jadi, beringat sebelum kena. Kalau kena tahan tak ke panjang cerita nanti.\

Wednesday, January 4, 2012

WW: Kesan Wireless

Assalamualaikum =)


Hilang sudah tempat melepak...kehkehkeh =D

WW: Berkongsi kasih

Assalamualaikum =)


Update:

Pakai google translate, rasanya anak ayam tu cakap,
"ni mak aku ke mak dia?"
=P

Tuesday, January 3, 2012

Corat coret awal tahun 2012

Assalamualaikum =)

Dah hari ketiga, baru terhegeh-hegeh nak buat entry pertama 2012. Hee...selamat tahun baru ya semua. 


*31 Disember 2011 perancangan awal memang tak ke mana-mana. Last minute enche Fendy ajak pergi Shah Alam, sama ada ke dataran Shah Alam dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus atau ke iCity tengok bunga api? Disebabkan jalan jem teramat, sudahnya dua-dua tak pergi. Kami parking tepi jalan je tengok bunga api dari jauh. Jadilah.

*1 Januari 2012 join aktiviti keluarga tunang pergi berkelah kat Hutan Lipur Kanching. Seronok! Ada 7 tingkat tapi kami naik sampai tingkat 3 je...penat. Puas berendam sampai kecut kaki. Otw balik, tekak dahaga  pekena ni kat ABC Station OUG, masih terbayang kesejukan dan kemanisannya....yummmeh!


..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat