Saturday, July 14, 2012

Lokas Makana, Puchong

.

Assalamualaikum =)


Sambungan dari entry Selebreting with lasagne

Lepas belasah lasagne dll kat SR kitorang gerak ke lokasi seterusnya yang tak dirancang. Kononnya sebab masih awal nak balik rumah, jadi cari port nak melepak. Fendy bawak saya pergi ke Lokas Makana kat Puchong Utama.

Kretif orang yang letak nama ni kan? Macam typo tapi memang tu lah namanya dari Lokasi Makanan ke Lokas Makana. Pandai!

Sebelum tu mintak ampun mahap atas kualiti gambar cap ayam patah taji. :(

ada banyak gerai, playground pun ada tapi xsure malam bukak ke tak...

Sebelum mengorder, make sure cari table dulu dan sebut nombor meja yang kita duduk bila order untuk senang diorang hantar. Kita tak payah tunggu kat gerai tu dan orang tu takde la terkial-kial nak cari kita sebab tempat ni besar dan meja banyak.

 
ada screen besar..masa ni tengah pasang betul ke bohong? tak suka pengacara dia kuat bohong. tehehe :p

takoyaki + fries

Oke. Ni je yang kitorang order sebab perut tengah sendat lagi. Fries dan yang bulat-bulat tu makanan Jepun, nama dia takoyaki , si Fendy sukahati kasi nama cokodok Jepun. Bedal lah. Filling dalam dia boleh pilih nak ketam ke, udang ke @ lain-lain. Kitorang amik sotong. Ada macam rasa sushi sikit tapi digoreng. Sedap, tapi saya makan 2 ketul je..muak.

Ada banyak gerai, banyak sangat pilihan makanan. Saya ternampak kacang pool. Lain kali datang nak cuba kacang pool tu, penangan Doc Faiz punya entri la ni!


muka tak sabaq nak terkam takoyaki :p

oke, ni alamatnya. tarikh tu sila ingat sampai bila-bila. Ehheee ^__^

.

19 comments:

suri solehah said...

sedap pulak nampak cekodok jepun tu hehe

MAY said...

cekodok jepun tu goreng2 ek?laki aku pun spesis tak blh mkn byk bnde goreng gitu..muak die kate..

Munnafendy said...

@suri solehah
hihi..rasa mmg sedap,tp sy xleh mkn byk..muak :(

@May
yup goreng..tu la kire kitorang ni 1 spesies la..hihi

Dinas Aldi said...

Akak pun suka takoyaki, kalau beli mesti yg sotong. Betoi tak bleh makan banyak nanti mula la rasa nak terkeluaq balik, heheh.

Khairul Anam said...

pernah pergi sekali.. try tauhu bakar dia ngan bubur campur.... sedappppp =)

ros_reeza said...

selalu beli cekodok jepun tu kat Jusco je.

Cik Eka said...

sedap plak nampak cekodok jepun tu..hihihiihihi

maszull said...

assalamualaikum munna...hehehehe cekodok jepun yer geli hati mama dengar....takoyaki tu sedap tapi memang x boleh makan byk pun muak...:)

Tihara said...

yey jjcm bersama mun dan fendi :)

teratak hati said...

Tk pernah mkn pn..nmpk sedap..

atuk said...

Assalamualaikum Munna

belum pernah rasa lagi

aizamia3 said...

alah.. dulu kat PJ dekatler nak ke Puchong tu tapi dah pindah ni.. berat je kaki nak tekan minyak g kat sane.. ;)

al-lavendari said...

tak tahu pulak uncle ada tempat makan yg gempak kat sini .. nanti boleh ajak anak pergi sebab dia duduk kat Puchong.

Mira Adzlia said...

mcm bestnye lokas makana nih...hihi....

rieda_ffya said...

best ke rase takoyaki tu?

anisalya said...

sedap eh takoyaki ni?

QueeN TerataI said...

tAkoyaki? err x pnh dgrla plak. kihkihkih

SHAHZEE said...

bestnya..bila2 leh bawak aku g sana.menarikk

SHAHZEE said...

bestnya..bila2 leh bawak aku g..menarikk

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat