Friday, May 18, 2012

Tuhan kecil di sekeliling kita :(

.

Assalamualaikum =)


Pagi nak ke office, macam biasa saya akan layan HotFM...suka dengar Fara, AG dengan FBI..tapi pagi Sabtu ada Ikhwan dengan Suraya. Lemah saya kalau dengar suara si Ikhwan tu..ntah la, lawak yang dibuat-buat. Terus tukar radio lain. Frekuensi 91.5 kot.


Sempat dengar, ada ustaz tu bercerita semula apa yang di katakan oleh Prof Dr Yusof Al Qardhawi tentang tuhan kecil di sekeliling kita..yang mana bila apa je kita buat, kita 'terpaksa' fikirkan apa yang orang lain fikir kat kita. 

Nak buat apa pun, takut orang itu mengata, takut orang kata kita menunjuk, takut orang kata kita riak, takut orang kata kita tunjuk baik dan macam-macam lagi. Sudahnya kita tak jadi buat apa yang kita niatkan nak buat, walaupun kita tak berniat jahat sebenarnya.


Kita kena pegang satu perkara ni. Apa pun yang kita buat, niat mesti kerana Allah SWT.


Ustaz tu kata, kalau kita buat sebab orang lain contohnya, tu dah dikategorikan sebagai syirik kecil kepada Allah SWT sebab kita berniat bukan sebab Allah SWT tapi sebab orang, sebab manusia..


Jadi kita kena ingat benda ni....apa pun yang kita buat, biarlah perbuatan kita tu memberi saham akhirat kepada kita dan orang lain, biaq pi lah orang nak kata apa pun..batu pun boleh lekuk sebab titisan air...ini kan pulak manusia..lambat laun mereka akan terima perlahan-lahan. Hari ni diorang kata kita riak, mana tau esok lusa terbuka hati nak ikut buat apa yang kita buat. Tapi yang baik-baik je lah ekkkkkk =)


Renung-renungkan dan selamat beramallll~

.

28 comments:

Ujie said...

perkongsian yg menarik.

tak terfikir pun ia boleh jd syirik kecil!

*tiap kali nak buat apa2, cuma fikir pandangan Allah & lps tu baru fikir pandangan manusia. Nampak mudah, tapi susah bg org biasa mcm akak ni jugak.

Deru Ombak said...

Assalamualsikum Mun..
Jika terus memikirkan apa orang Akan kata, satu benda tak jadi.. Sebagaimana yang ustaz tu kata, setiap perbuatan, niat Dan pekerjaan ialah kerana Allah..

Thank you for sharing. :)

Aishah Jahirah said...

kita tak buat benda xelok bukan sebab manusia tp sepatutnya kerana takut Allah SWT....mesej yg baik..

QueeN TerataI said...

salam munna.. betul tu dik.. kita nak berbuat sesuatu xpyh nk pkkan org sgt.. kalau pkkan org mmg smp bila2 pun x jd.. yg penting keikhlasan kita dan niat kita kerana Allah.. Kalau niatnya kerana Allah insyaAllah semuanya akan baik2 saja.. manusia ni mmg mcm2 dik.. ada yg baik ada yg x berapa nk baik... kalau kena pd yg x berapa nak baik tu lg2 kalau tahap PHDnye tinggi mmg apa pun yg kita buat semuanya x kena di mata diorg.. kita buat baik dikata.. buat jahat pun mmg lg dikata la kan?

Gumiho Princess said...

btul2....kadang2 sy pun ske fkr pe org ckp...

Afasz said...

moga Allah berkati setiap apa yg kite buat dgn niat kerana Allah ...amin

LiNda said...

thankz for sharing..kdg2 linda pun selalu mcm tu, takut nk wat something sbb isaukan org mengata..da jtuh hukum syirik kecil ye..

CaDLyNN said...

bagus peringatan ni..yup..semua benda kite nk buat..kene niat kerana Allah.. :)

Ecah Ecot said...

selamat beramal dan beringat2....:)

Kakzakie said...

Sebab itulah Munn kita dicipta dgn akal. Nawaitu itu penting. Kalau amal kita tidak ada tujuan riak/ujub/takakbbur usah pandang lain, teruskan saja... mana tahu hati mereka terbuka sama kan...

Tihara said...

haah mmg susah pada mulanya..cthnya tentang peranan dakwah, rupanya peranan untuk semua mukmin, bukan ulama shj...sebab tu la benda mcm ni berat bg org yg teragak-agak nak mulakannya...

tp tu la pernah jugak terfikir takut org kata riak n mcm la pandai sangat...tp kuatkan hati buang jauh2 perasaan tu...n niat cuma nak share n sama2 perbaiki..sama2 pesan , kot org ni lupa, org ni pulak bgtau kita nanti...dan selalu cuba susun ayat entry jenis ilmiah ni dengan penuh hati2 sebab bimbang penerimaan org lain cane tp selalu ingat ini hanya kerana Allah...Allah pasti tolong kita semua..misalnya entry munna ni membantu org lain supaya menerima input berguna dalam entry2 ilmiah di blog lain...takde lah asik tertumpu pada gosip artis je..kalo bleh nak elak seme benda2 mcm tu...insya Allah....Alhamdulillah entry ni bagus sgt munna :)

Pok Amai-Amai said...

Betul jugak, kan? Kita asik takut dgn; APA NANTI ORANG KATA?

Mmm...

norhidana said...

benda yg selalu kite bt tp kite tak perasan banda tuh salah

kakcik said...

Tak dinafikan, sebenarnya kita lebih banyak terikat dengan 'apa kata orang....'

:(

rasp said...

thanx for sharing...

memang tak terlintas langsung pasal 'syirik kecil' tu....

tapi betul tu....
apa2 yang dilakukan...
biarlah nawaitu tu betul...

CIK MAY said...

btul tu..

Daddy Ziyyad said...

91.5 FM tu ialah saluran IKIM.FM. dengarlah..Insya Allah byk manfaat. Seawal 6.30am ada slot tafsir Al Quran, 7.30am ada slot motivasi pagi..:)

Saya ada dgr juga pasal 'tuhan kecil ' ni ;)

gadisBunga said...

betulkan niat. insyaAllah.

nampaknya ramai dah yg ber IKIM ni. saya kene try jugak lah. :)

Rafflesia™ said...

betul tu. sekarang kita nak buat apa pun berpikir tentang orang sekeliling.

kita buat baik pun salah, kecoh 1 Malaysia. nak buat jahat lagi lah. last-last apa pun kita tak buat. hukhuk.. @_@

Puan Kutu said...

selalu juga ada perasaan itu.takut org kata riak, nak menunjuk,nak tunjuk pandai..cthnya dlm menulis entri..last2 tak jadi nak buat wpun benda tersebut sebenarnya memberi kebaikan pd org lain..

kena kuat sebenarnya utk betulkan niat..kan?

*akk dh tak renew domain.nie urlnya http://noormurniothman.blogspot.com/

maszull said...

assalamualaikum munna....moga kita sentiasa akan lakukn apa yg betul dan jgn fikirkan apa yg org lain katakan...:)

Syazlina Khairuddin said...

setuju..thanks ats peringatan =)

KhaiRin : anies said...

betul tu..kite tanpa sedar mensyirikkan DIA nauzubillah!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

penat nak jaga hati org sekeliling tapi hati kiter siapa jaga??...so soal apa kiter buat niat ikhlas hanya kiter dan DIA jer tahu...

Dinas Aldi said...

Betul tu, adakala kita terikat dengan perasaan takut dikata orang padahal nak buat benda baik. Peringatan yg baik untuk diri akak.

Nazayiena said...

Niat semua perkara yg kita lakukan kerana,Insya Allah ada keberkatan.

azam said...

Tq sharing

Puan Kutu said...

http://puankutu.blogspot.com/

nie url yg betul.hehe sory ekk..:)

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat