Assalamualaikum =)
Sumber dari FB Fanpage Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)
Inilah 9 orang Cina yang memeluk Islam pada hujung April lalu yang diketuai oleh Bro Alex Chua (dua dari kanan). Bro Alex telah mengkaji agama Buddha secara mendalam selama belasan tahun dan agama lain selama beberapa tahun. Akhirnya beliau mengambil inisiatif untuk berjumpa dgn Bro Lim Jooi Soon dan berbincang dengannya tentang agama.
Perbincangan berlangsung selama 2 jam dan akhirnya beliau akur dan yakin bahawa Islam itu adalah benar. Selepas perbincangan itu, beliau mula mengajak kawannya yang lain untuk memeluk Islam walaupun dirinya masih belum mengucap shahadah dan akhirnya, beliau mengucapkan dua kalimah shahadah bersama isteri dan 2 anak perempuannya beserta dengan 5 rakan yang lain. Salah seorang sedang mengandung dan suami wanita itu akan memeluk Islam juga sekembalinya dari luar negara. InshaAllah 3 lagi akan menyusul utk memeluk Islam.
Bayangkan Bro Alex yang belum memeluk Islam ketika itu telah berdakwah kepada rakannya yang lain dan mereka diberikan hidayah oleh Allah. Bagaimana pula dengan kita yang dah lama Islam? Dah berapa ramai orang bukan Islam yang telah kita kongsikan tentang Islam?
p/s Kesemua mereka yang memeluk Islam adalah Professional dan Businessman jadi mereka memeluk Islam kerana kebenaran agama Islam dan bukan wang ringgit... Allahuakbar
*Alhamdulillah. Selamat datang saudara baru dan tahniah Bro Alex. =)


15 comments:
alhamdulillah :) kian bertambah umat Islam ^_^
@haruno hana
Alhamdulillah...dan kita pun kena tingkatkan lagi kualiti sbg org Islam! =)
Akak ada baca gak psl ni..rasa syukur.
Juga rasa malu sbb ramai yg mmg asal muslim tp mcm blm ada hidayah di hati. Tak terkecuali diri sendiri yg selalu terleka..
alhamdulillah.. semoga kita juga diberi hidayah seperti mereka.. kita umat islam sendiri lalai untuk mengingati allah.. huhu
alhamdulillah..sbb tu sbgai umat islam kita spttnya mainkan peranan dgn mnunjukkan contoh yg baik untk menarik mereka memluk islam..
Alhamdulillah..bertambah lg umat islam..
Salam muna..tergamam baca kisah ni..taktau nak ckp pa..baru ni tgk Safiyya, kisah perkahwinan dua budaya. pun tergamam juga..
Setakat ni, lana tak pernh berdepan lgi dgn mana2 mualaf..kalau berdepan, rasa mcm ada bnyk benda nk tnya..tpi mesti terkelu,huhu.
Hidayah tu..susah nak diungkpkan dgn kata2 kan..hanya mereka yg mlaluinya saja tau.
#muna..ni mesti terserempak lana kt mana2,hehe. tima kasih, dtg jenguk..pusing2 jumpa org yg sma juga kan muna.. :)
@Tinta Lana
dah add dlm bloglist..takmau hilang lagi..haha
Alhamdulillah..bertambah saudara Islam kita
besarnya kuasa Allah tu kan? Dia beri hidayah kepada sesiapa je yang Dia kehendaki.
Alhamdulillah..
Assalamualaikum Munna
Alhamdulillah
Syukur
moga mereka terus menerima hidayah
Alhamdulillah...
Assalamualaikum Munna
moga mereka dlm pemeliharaan Allah senantiasa
terharu jap, semoga mereka semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT
Post a Comment