Thursday, April 5, 2012

Bunga tulip Bukit Larut...harapan tinggal harapan je lah...


Assalamualaikum =)


Dapat info dari page Anak Perak (kalau tak silap) tentang penanaman bunga tulip kat Bukit Larut, Perak. Teruja baca padahal diri sendiri memang anak Perak sejati tapi tak pernah tahu pun ada pokok tulip ni kat sana. Malu  =P


Ni serba sedikit tentang penanaman bunga tulip @ Tulipa (Bahasa Turki bermaksud serban)


Inkubator Bunga Tulip Bukit Larut.

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.



Ni sikit gambar dari miss wiki







Cantik kan? =)


Otak ni dah menggatal...
Hati ni dah berbisik-bisik....


"Kalau buat handbouquet untuk wedding cantik ni...."

=.=*


Jadi, kerahkan jari jemari ni menggeledah google dan terjumpa nombor telefon Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut 05-8077241/243, saya terus call dan,


Dukacita dimaklumkan penanaman bunga tulip kat Bukit Larut dah tak beroperasi. 


Kata orang tu dah berpindah kat Cameron Highland, dan dia kasi nombor telefon syarikat yang usahakan bunga tulip ni, Kamatravel & Tour Sdn Bhd 05-8062777. Saya call yang ini pulak, dan sekali lagi,


Dukacita dimaklumkan bunga tulip memang tak ditanam lagi kat Bukit Larut, dan memang tak ada tanam kat mana-mana lagi. Sebab? Cuaca kat Malaysia yang tak menentu memang tak sesuai untuk penanaman bunga tulip...


Huhu...macam ni jom pi Belanda 'je' lah.... =D


.

30 comments:

shiema sufian said...

Lawaaaa, tapi frust lah Shiema kalau takde dekat malaysia =='

SHAHZEE said...

hahaha beli bunga plastik je la kikiki

ala bunga ros pun cantik gak.xpun buat guna buah cantik pe

wahida said...

alahai...tak ditanam lagi rupanya yer...kesian ko...tak pe la nok...

tapi kan cantik la tulip kaler putih tu...

Kakzakie said...

Kakak lagilah tak tahu kalau diPerak pernah tanam dik... betul kalau ada boleh juga masa naik pelamin dapatlah pegang bunga tulip kan ke cantik. Kakak pun suka tengok bunga tulip...

Tak apa ganti bunga lain yg fresh-fresh masa naik pelamin kelak.:)

Saya Disini said...

wah..cntiknye..tp syg..dah xde plak skrg ni

sudipVSsenduk said...

alahai.. baru berangan nak beli sepokok dua dan simpan dalam peti ais

azam said...

bunga 4 musim ni susah sikit la....

Munnafendy said...

@shiema sufian
akak laaaaagi frust! =(

@shahzee
belum smpt habis mjlis dah togel kena ngap!


@wahida
kan? cantik kan tulip putih...adui cedih sungguh..mmg plan nk beli tulip putih.. =(


@kakzakie
tak tahu pun takpe kak sbb skrg mmg xde dah pun..

ada idea ke nak pakai bunga apa? hihi



@saya disini
=(


@sudipVSsenduk
nasib xde,kalau tak akak buat ulam x?hahahaha

QueeN TerataI said...

aduiii baru berangan-angan gak nak bunga tulip ni... tp mmg lawa kan.. haishhh kenapalah dah x tanam... huhuhu

KhaiRin : anies said...

kalu mcm tu x yah g belanda la

nur anis said...

alaaaaa..baru tetibe tergerak hati nak pergi..rupanya dah tak ada...

Daddy Ziyyad said...

Tak payah jauh jauh pegi belanda, gi australia pun ada tulip. salah satu reason saya suka ke sana masa musim spring ialah dpt tgk bunga tulip, sebab my wife suka bunga ni

gadisBunga said...

wuuu sedih tak sempat tgk tulip live! jom gi ostolia!

maszull said...

assalamualaikum munna...cantiknya bunga tulip tu jom kita pi Belanda nak tengok bunga tulip...:)

Puan Kutu said...

macam ni buat dr bunga tulip palsu sajalah..haha..

❖ Syaa ❖ said...

Cantik lawa cun bunga tulip nie ehehe eyhh tuu laa pasal buat kerosakan kat bumi banyak sangat , cuaca tak mem=nentu lah jadinya ishishish

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

meh terjah nihon la next month mmg mekar dah tulip...info tentang bukit larut tue ai tahu dah lama cuma x terjah sana pun...kwn citer dulu nk terjah kena naik keta theyols sebab tmpt tue tinggi....jln yg sama gi zoo taiping tapi dia sblh kiri if x salah...

Puan Kutu said...

macam ni buat dr bunga tulip palsu sajalah..haha..

Ujie said...

bunga tulip mmg cantik & menawan!

kalau betul ada & dibuka utk awam, nak pegi la yg kat cameron tu. nak ke luar negara blm mampu lagi.

CIK MAY said...

pki bunge tahik ayam suda....


*minggu ni last utk kite bertemu..mgkin aku blk kg terus cuti agung nnt..hoho..

Tihara said...

OOO DAH TAK TANAM LAGI EKS..TP MMG TERINGIN SGT NAK G SINI :)

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Mun...

Mama pun tak tau yang tulip pernah ditanam di bukit larut.
Penyelenggaraan rumah sejuk tinggi kot..itu yang tak ditanam lagi..

Hand bouquet? Roses pun cantik Mun.. Lambang cinta. :)

aizu's life said...

ala..
xde dh ke.. baru nk ajak bakal asben g sane.. hehehe
*xkn nk kne g obersea kot.. banyak beno duitnye.. hahah

rieda_ffya said...

sayangnye da xde kat sini...sy pun ngan tulip..ade meaning dia tersendiri...mmg cun la bunga nih...

Rtp Farra Arisha said...

bunga tulip yang sangat makar segar, dan yang jelas cantik. hehehe

rasp said...

jom jom gi obersea....
kita pi petik ramai2 :D

saffiya_aleesya @ echa said...

sama laa teringin nak pergi bukit larut tu semata2 nak tengok bunga tulip tapi ada gak dapat info kata dah xde dah bunga tulip tu..huhuhu

mas saari said...

sangat cantik.. suka bunga tulip!

Nal Rashid Jaafar said...

adoiiii!!!! baru berangan nk tgk bunga tulip kat bukit larut..

Nal Rashid Jaafar said...

baru berangan nk shoot bunga tulip kat sana..

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat