Fendy call,
"Ni sape yang bagi surat ni, siap bunga-bunga bagai?"
"Hah? Surat apa? Bunga?"
"K...sape K?"
"Hahhh????"
"Dari New Zealand pulak tu!" <--- amboi jauhnya skandal =.=*
Ohhhhhh....dah sampai ke? Yey! (boleh pulak yey orang tu tengah panas haha).
Yang ditunggu sudah tiba! Ni surat dari Kak Mieza (blog Poscode 7647) yang sekarang berada di Cristchurch New Zealand,
Wallawehhhhh....suka sangat kat gambar-gambar tu cantik! Feeling-feeling macam dapat bunga betul je tau. Hihi...terlebih sudah...
Saya pun tak ingat bila kali terakhir dapat surat. Kad kahwin ada la dapat, tu pun ada la sekerat dua. Yang lain main invite kat FB je. Paling kerap dapat, segala jenis bil kat Malaysia ni...haha
Nak tahu kenapa Kak Mieza hantar surat ni? Saya rasa kartun kat bawah ni boleh jelaskan,
![]() |
| kan kan kan??? Betul tak?? |
Dan kartun tu saya la,
![]() |
| gambar ni khas untuk kak Mieza =) |
Dengan surat ni, perspektif tunang saya pun dah berubah. Selama ni dia ingatkan orang yang ada blog ni cuma hidup dengan dunia khayalan...hidup dalam dunia dia je... Rupa-rupanya khayalan pun boleh jadi kenyataan. Ni baru surat, belum lagi kalau saya ajak dia pergi gathering blogger!
Dan, saya tahu korang semua pun ada pendapat macam saya, hanya kita2 je yang faham hubungan sesama blogger ni kan? Paling penting, kita saling ingat mengingati untuk sama-sama menjadi lebih baik tak kira di mana pun tanah yang kita pijak...
=)





25 comments:
haah, dunia blogger ni kecik lg sebenarnya..namun impak dia besar..comeynya gambo2 tu..bertuah :)
Assalamualaikum Munna
saya turut tumpang gembira
lama jugak tak dpt surat2 ni..dulu mase sekolah selalu la..best jugak kan kawan sesama blogger ni..
bestnyaaaa kalau g gathering nak ituttt... tapi kena tunggu balik mesia dulu hehe...
waahhh..untungnye dpt behubung smpai cmtu skali ekk..
Yehhhh dik Munna pun dah dapat!
wah jauhnya..dari new zealand gitu..pasni dpt kiwi pulak sekor dua
cantiknye gambar2 tu...
p/s : salam perkenalan drp ladybird :D
siapa kata dunia blog ni dunia khayalan? hehehe..saya sendiri dah dua kali join gathering blogger...pada saya, blog ialah medium yang best utk kenal ramai kawan dari pelbagai latar belakang..
~nice postcard by the way..:)
assalamualaikum munna...wah bestnya dpt kad dr jauh teman alam maya tu tahniah ye..:)
seronok kalau dapat something dari kawan blogger ni, rasa persahabatan tu rapat sangat..
KAK BUI PUN DH LAMA TAK DPT SURAT..KALAU BIL2 TU SELALU LAH..HIHIHI
orang selalu anggap kite buang asa dgn blog. sobsob
wah bestnya..teringin pulak..hehe
alhamdulillah
tunang cheqna tak de msalah bila cheqna berblog cumanya dia sua kata cheqna wehi koya =)
yup betul tu... kita2 jer yang paham...
Salam Munnafendy,
Wah syoknya dapat kad....jauhnya mai...Cantik pulak tu gambar2 ni Munnafendy....
jauh surat tu terbang hehehe
wah wah wah.. seronoknya dia!
punyalah besar gambo bunga dia kirim..cantik2!
*walau kita ni kwn alam tak nyata..tapi kdg2 mesra mcm penah jumpe pulak kan.
Tak salah rapat ngan blogger, cuma kena berhati-hati sikit, rambut sama hitam hati lain kaler ye dak. hubungan memon ngan blogger biasa-biasa je, memon trauma nak baik sangat ngan blogger lepas terjumpa sekali ngan blogger sengal.
cantik munna secantik bungga dalam gambar tu.
Hehehehe.... Tgk niat. Walaupun x sua muka, kadang2 pendapat kawan2 alam maya ni ikhlas bila kita perlukan. Kawan2 rapat mungkin terlalu menjaga hati.
Bestnya! Jauh dia terbang
wah..jeles la munna dapat kad dari jauh.negara kiwi lagi..
yezza...keep in touch.. =)
sgt setuju muna,kerana melalui dunia blog juga kita boleh bina siraturahim..:)
Post a Comment