Assalamualaikum =)
Antara ciri-ciri lelaki idaman Irma Hasmie 'suatu masa dulu' adalah lelaki yang kelakar. Saya juga suka lelaki yang kelakar. Beruntung saya, bertemu dengan lelaki yang kelakar, suka bergurau. Tapi nak bergurau biar berpada. Bergurau biar bertempat dan tak mengaibkan orang tu depan orang lain. Tu gurau minta penampar namanya.
Bagi saya lelaki yang suka bergurau ni nampak seksi....auwwwwww =P
Hihi gatai.
Nak cerita, hari tu saya tengok TV AlHijrah, rancangan apa tak pasti pulak...seorang ustaz arab bercerita tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang suka bergurau dengan isteri-isteri baginda.
Nak tau tak kisahnya? Mesti ada yang dah tahu kot? Takpa, hari ni kita refresh balik ye.
Satu hari, Rasulullah SAW tengah duduk berbual dengan isterinya Aisyah dan didatangi seorang lagi isteri nabi yang datang melawat iaitu Sawda (Saudah). Aisyah menyambut baik kedatangan Sawda dan mempersilakan Sawda duduk. Rasulullah SAW pula duduk ditengah-tengah antara kedua isterinya dan mula bertanya khabar.
Aisyah menghidangkan Harira (sejenis makanan daripada gandum) dan menjemput Sawda makan tapi Sawda menolak.
"Aku tidak mahu", kata Sawda.
"Makanlah", pujuk Aisyah.
"Aku taknak!" balas Sawda.
Aisyah geram. Dan mula mengugut Sawda.
"Kalau kau taknak makan, aku baling harira ni ke muka kau!" (masa ni Rasulullah SAW cuma memerhati)
"Aku taknak!"
Sawda berkeras jugak taknak makan. Lepas tu boleh bayangkan apa jadi?
Aisyah betul-betul baling harira ke muda Sawda! Habis penuh muka dan kepala Sawda dengan harira.
Agaknya, apa tindakan Rasulullah SAW selepas tu?
Marahkan Aisyah?
Menegur Aisyah?
Memujuk Sawda untuk makan??
Ini yang saya fikirkan.
Tapi rupanya SALAH.
Rasulullah SAW mendekati Sawda, menggenggam sedikit harira dan letakkan atas tapak tangan Sawda, dan berkata,
"Nah, kau baling pulak ke muka dia" sambil tangan menunjuk ke Aisyah!
Kemudian Sawda betul-betul baling ke muka Aisyah!
Rasulullah SAW ketawa dan disambut ketawa kedua-dua isteri baginda.
Aduhai, amannya rumahtangga. Sweet kan? =)
Ustaz arab tu sempat pesan, jangan la kita label orang yang alim ulamak @ yang tinggi ilmu agamanya sebagai orang yang serius dan takut nak dekat. Mereka pun manusia biasa juga.
*Hihi...dah start nak berangan dah ni.... =D


30 comments:
nak berangan jugak. hehe
hehe...linda pun duk pikir yg Rasullullah akn mrah..rupe2nye memang meleset..thanks for sharing..:)
berangan apa salahnya.. kalau dapat jadi realiti lgla bahagiakan? err siapalah xnk lelaki yg boleh buat kelakar kan.. xdelah rumahtangga serius dan kusam aje. Sekali sekala bergurau senda kan bagus.. Ketawa juga merupakan salah satu terapi stresskan.. hehehehe
sweetkan orang yg suke bergurau :)
Rasulullah mmg tak penah marah..bibirnya sntiasa terukir senyuman.
Masa aisyah marah2 sbb cemburu dgn madu lain pun..baginda tangani aisyah dgn sabar & guna kaedah psikologi.
@lya colours
jgn lebih2 lak tau..haha
@Linda
tu la..ingatkan kena marah ke ape..ternganga sy bila ustaz tu cerita!
@queen teratai
ye betul2..contoh la kalau dh kawin..kat opis dh stress dgn kerja, blk rumah mengadap muka suami yg serius memanjang...bertambah2 stress jadinya
hehe.. moon pon berangan gak.. nk suami yg kelakar.. suka wat lawak.. (sbb tu suka berangan suka kat nabil rj lwk..) hehehehhe
kalau kat malaysia sekarang ni dah baling pinggan.... susah nak jumpa zaman rasulullah...
Kakak tahu apa yg Munna angankan nak buat bila suami dah ada kelak haha...
Bergurau suami-isteri lagi seronok tau Munna sebab tak ada org lain nampak....
Tunggu!!... tak lama lagi pun:)
Suka baca kisah Rasulullah ni....tq 4 sharing.
contoh yang sgt baik
@ujie
hebatkan Rasulullah? hopefully bkl suami nnti contohi sikap2 nabi yg lemah lembut dgn isteri =)
@CM adnan
haa tu la lelaki idaman irma hasmie dlu..tp dlu la..dia dh slmt ngan org lain dh pun..hoho
@kazman/sue
kena sediakan pinggan plastik je kat rumah nnti... =P
@kak zakie
akak!! malu la sayeeeeeee =.=*
hahaha!
kalau sekarang, kompom dah senting tangan baju tarik rambut. hahahaha
*xlame la tu angan2 jadi nyata kak munna.. hihihi
husband akak pun kelakar...hehehee
cara yang bijak bg mengharmonikan suasana...tp jaman sekarang hoho..mano ado..
Salam Mun...
Mama harap Mun sudah mengenali bakal suami itu, Dan dialah satu2nya...
Selamat berhujung minggu Mun.. After solat jumaat mama bertolak ke luar bandar lagi...
Jaga diri leklok.. :)
semoga setiap suami dpt mencontohi gurauan Rasulallah..baginda juga romantik..:)
en suami pun suka bergurau.tp kadang2 bergurau setiap masa naik hangin gak satu badan.hangin manja2 gitu.haha..
bahagianya....
jom berangan sama...
jgn berangan main baling dgn madu dah laa... hehehe (tak nak) ;p
apa yang Rasu buat, walaupun bergurau semua untuk kebaikan...kan?
berangan apa plak tu? hhee
Awesomestory. :)
indahnya..gurau2 comel..insyallah nak juga camnie..satu hari nanti..haha
bahagianya hidup baginda dan isteri2nya
bahagia juga irma dpt jodoh
depan kaabah :)
itu namanya manusia agung!
sy pon suka lelaki yg pandai bergurau n tahu batas bergurau
munna, entry munna yg denaihati tu dah beberapa jam kat bloglist saya..tapi bila click takde pun entry tu.
ke saya sorang je prob. gitu?
Sngguh bahagia kan... =)
Hmm tgh brangan jgk ni hehe
sejuk2 begini mmg best berangan heheehe
Suka tengok irma.. lembut & bertuah plak tu.. ;)
xpernah lg baca cerita pasal ni.sweetnye kisah ni..
wah ramai2 nak berangan ni.nak join jugak la...hehee
Post a Comment