Friday, March 23, 2012

Baca Fatihah dalam hati ketika solat - solat tak sah

Assalamualaikum =)

Mula-mula dengar video ni, saya terdiam terus. Saya memang tak tahu, serius saya memang tak tahu. Mungkin pernah belajar dulu tapi tak ingat dan tak amalkan, tentang bacaan Al-Fatihah dalam hati boleh jadi sebab sah dan tak sah solat

Biasanya saya memang baca dalam hati, sama ada solat kat rumah sorang-sorang @ kat masjid. Senyap sunyi sepi, kekadang bunyi-bunyi tu keluar la sikit tapi bukan keseluruhan surah Al Fatihah.

Semoga Allah menerima solat-solat saya yang terdahulu.
Jahil lagi rupanya. T.T




Siapa yang tak boleh view, nah saya salinkan untuk korang.


Soalan:
Boleh dak baca Fatihah dalam hati semasa Solat?

Jawapnya
Fatihah ini adalah rukun. Rukun Kauli. Rukun Kauli ni syaratnya dia mesti berlafaz. Nampak? Nabi kata dalam satu hadis yang kita dengar sokmo, (maksud hadis) tiada sah sembahyang bagi mereka yang tidak membaca, maknanya bacaan yang berbunyi..tiap-tiap kiraan dia berlafaz, tiap-tiap lafaz dia mesti bersuara  Nampak?

Ha sebab tu orang yang tinggal satu saja huruf tidak bersuara masa baca Fatihah, dak sah Fatihah dia. Umpamanya 'be' dia tu tidak berbunyi masa baca bismillah. Wajib kita sebut 156 huruf (huruf ke haraf?) daripada 'ba' sampai 'nun' dalam 'waladdallin'. Dan dengar di telinga kita, melainkan bising, tak dengar maka sah.

Yang buat mimik mulut sahaja, tidak sah. 


*Untuk kali ni, sangat berterima kasih kepada teknologi, Youtube dan FB. 

*Paling penting terima kasih Ustaz Azhar Idrus, semoga dipanjangkan umur supaya kami boleh mencedok lebih banyak lagi ilmu agama.

*err...terima kasih jugak kepada orang yang tanya ni. Soalan macam remeh tapi penting!

*terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang share. 

*terima kasih kepada korang yang baca.


*Berapa banyak terima kasih daa?? =)



34 comments:

Cik TeN10 said...

a`a mmg pn.. bacaan tu biar kita dgar.. bkn la suruh bca kuat2 mcm tok imam bca time solat magrib/isyak tu.. just ckup utk dri sdri dgar je.. =)

KhaiRin : anies said...

mmg pon!

|| NaFiRaa || said...

errkkk.. baru tau jugak.. mekasih munna..:)

~Sweet Honesty~ said...

eyhh...btl kee?? baru tau neyh..aiyorkkk..harap2 solatku diterima..

aizamia3 said...

sharing is caring.. ;)

CIK MAY said...

time kasih kerana memahami org yg mcm aku...tak dpt tgk vid tu dan ko siap buat penerangan lg..terima kasih..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

terima kasih share
moga solat kt diterima..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

alhamdulliah n3 yg bagus untuk rujukan bersama :))

-gedek! said...

tq share!

Ujie said...

a'ah..niat je boleh dlm hati.
bacaan kena lafazkan, tapi sekadar dgr kat telinga sendiri. lebih2..ganggu org lain pulak.

yg dah lepas, sbb tak tau..takpe.

Tihara said...

suka dengar ceramah beliau, banyak ilmu yang kita tak tau walau anggap simple je kan...terima kasih juga kepada yang rajin uplod video UAI nih kan ...

kakcik said...

Soalan yang ditanya kepada UAI ini kadangkala nampak remeh, tapi yang remeh itu sebenarnyalah yang patut kita ketahui.

Terima kasih kerana berkongsi. :)

miloais milo said...

terima kasih sudi share di blog uols ni...

Ayesha Ramlee said...

terima kasih kak... entry rujukan untuk semua..

dan terima kasih kerana sudi menjadi followers blog AR.. salam kenal untuk akak jugak :)

rasp said...

tq for sharing...

norhidana said...

kadang2 akak pun ada yg baca dlm hati... semoga diampunkan dan diterima solat2 akak...
thanks sbb share yek

Deru Ombak said...

Salam anaknda..

Puluhan tahun dulu bila abah ajar solat, di suruh membaca
Fatihah setakat telinga sendiri mendengar, bila di Tanya kenapa, abah ckp, Tuhan nak dengar..

Astagfirullah... Terima kasih Mun..

munna said...

thanks sharing ..... kak munna pun baru je tahu

Cik Ina Do Do Cheng said...

oo ye ke cik ina memang suka baca sampai terdengar telinga, cara cam tu baru cik ina rasa khusyuk. berkongsi ilmu tu banyak kebaikannya.

M@W@R Q@SeH said...

terima kasih di atas perkongsian ini...sgt bermanfaat...

Irfa said...

pun baru tahu..
moga solat sy yg terdahulu diterima

❖ FS ❖ said...

Info berguna lagi bermanfaat . thanks for sharing . Now dah tau ! :D

cheqna said...

kbanyakan soaan yg ditanya nampak cam remeh tapi sangat bermakna...
cheqna suka baca buku UAI dan juga layan cideo ceramah dia...senang...=)

teratak hati said...

tak tau pun,tapi mmg bace dengan mulut cuma tak sampai dengar kat telinga,thanks for sharing..

mzhany said...

terima kasih jugak buat ustaz azhar. munna, nk share, lagi satu kebykan hany tgk org solat, lepas rukuk tu kan,kan kena brdiri toma'ninah kan, slalu org terus sambung dgn turun sujud. cuba search video ustaz don, kena berhenti sekejap, sbb toma'ninah kan. cuba try search. sekadar share...

Puan Kutu said...

mmg pun.kena sebut sekadar telinga sendiri mendengar..:)

purplekyu^_^ said...

thanks untuk info ni, thanks sebab share :D

anisalya said...

sharing is caring. memang banak ceramah ustaz azhar idrus ni yg kita blh ambil manfaatnya.

hani@debumelukut said...

sebarkan ...ramai yg tak tau ni.

QueeN TerataI said...

Alhamdulillah Queen mmg tahu akan perkara ini.... :) btw thanx 4 sharing again.

biela bell said...

perkongsian yg bermanfaat..
tak ramai yg tahu pasal nie..:)

mas saari said...

akak memang baca bagi dengar..
tapi bagus munna berkongsi ni, at least yang tak tahu akan tahu!

Nurul Akmal said...

Ye ker, baru tahu.. Time kasih share.. :-)

SHAHZEE said...

ye makcik..baca hanya utk diri sendiri dengar dengan jelas.bila baca dalam hati sebutan x betul2 terzahir macam kita lafaz sebutan tu.
contoh kalau baca walad dholin,kalau dalam hati just walad dholin tp kalau lafaz lidah n bibir akan main peranan.betoi x?ce try test..
anyway bagus share utk pengetahuan org lain sama.pahala berterusan...

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat