Tuesday, February 21, 2012

Tips majlis bertunang nampak grand dengan bajet ciput =)

Assalamualaikum =)


Ada sorang kawan ni, mintak copy saya punya checklist bertunang dan checklist kahwin untuk rujukan wedding dia (lama dah...kawan ni selamat kahwin dah pun). Dia kata majlis saya nampak grand.

Terus terang rahsia majlis yang konon 'grand' tu sebenarnya ai cuma keluarkan dalam RM1500 (tak termasuk barang hantaran lah, ini ikut suka la nak beli barang selori pun). Cincin pun tak termasuk, tak kan saya nak beli sendiri lak kan =D


1) Make up - free. 3 pasang tangan yang tolong siapkan saya. My lovely sisters. Bukan pro tapi buat-buat pro. Tak salah kalau nak mintak tolong kawan2 @ sedara mara kan? Yang penting jimat. Lagi jimat buat macam May, make up sendiri =)

orang kuat disebalik tabir semua muka lain-lain kan =)

2) Baju RM130 (kain bersulam), design sendiri. Mintak tolong akak ai jahitkan. Kalau tempah kat kedai ada sampai RM50? baju kurung moden je, tak rumit pun.


3) Tudung & veil RM150 @ RM200 (lupe) Ok, ini saya rahsiakan harga dari mak sebab tak nak mak bising.  Yelah, sah-sah pakai sekali je tapi harga beratus..Ok, yang ni tak jimat. Tudung saya tempah dengan Koleksi Vispera. Tengs kak awe :)


4) Pelamin mini. Percaya tak saya call butik pengantin tu 2 hari sebelum majlis? Sebenarnya tak plan nak pakai pelamin tapi disebabkan rumah tu macam gelanggang badminton, luas & kosong tak ada port yang cantik nak amik gambar. Tanya mak, baru call butik tu, dan PERCAYA lah ai sewa RM100 je! Hureyyy! Esok dia terus datang pasang. Sepatutnya ada stage tinggi tapi ai cabut stage tu sebab tak selesa bila bakal mak mertua duduk kat bawah dan ai kat atas. Stage tu muat2 sorang duduk je.

Rupa keseluruhan pelamin seratus hengget dengan model kecik tu 


5) Hand bouquet. Bouquet la sangat =D. Sebenarnya bunga rose yang saya pegang tu lebihan bunga untuk mak  hias kat sirih junjung. Idea last minute. Masa orang tua tengah berbincang tarikh segala kat luar ai dok menggigil neves dalam bilik (masa ni menyumpah kat akak2 sebab tinggalkan saya sorang2) ternampak bunga2 tu bersepah, terus capai gunting & riben! Tara! 4x jimat!

Aiyo daun2 yg buruk pun ada..hentam saja la


6) Hiasan hantaran dalam RM300 untuk kos bahan. Bunga, dulang & riben segala. Akak saya, Shahzee yang hiaskan. Dan kos ini untuk semua 33 dulang. Jangan terbeliak mata, ni semua jiran2 yang bagiGambar hantaran kat sini. Jadi kalau kebiasaan bagi 7 @ 9 dulang, kos patut lebih murah, yang penting buat sendiri. Kalau tempah harga sedulang dalam RM50 lebih kurang. Mahal.


7) Kos kenduri, saya kasi RM600 kat ayah untuk beli barang-barang masak. Dan biasa kalau kat kampung, jiran-jiran akan datang tolong masak beramai-ramai. Tiada catering. Yang saya ingat ada nangka masak lemak cili api...lain tak ingat dah. Rasanya kos lebih, ayah tambah..hihi..


8) Khemah. RM150. Standard kampung kot? Tak ada kanopi2 macam2 color. Ada bumbung pun dah cukup, tak kena panas, tak kena hujan =D

Macam ni la rupanya..togel je. Majlis dah setel, abang ai baru nak makan. Kecian.

9) OP. Pun takde..harapkan camera abang-abang dan akak-akak je. Tambah lagi camera dari pihak lelaki yang canggih sikit. Lepas setel majlis saya kumpul semua gambar dari semua camera dan pilih sendiri yang terbaik, edit sendiri dan print la kau sendiri. Do It Yourself confirm jimat.


Ha, nak tips jimat lagi? Tak payah bertunang..nikah je terus.

Haha!

Ok2 jangan marah ar...pendek kata, ukur baju di badan sendiri...kalau kurang mampu, ce tengok balik tang mana yang boleh skip, tang mana yang boleh buat sendiri (DIY), tang mana yang lebih affordable untuk dibeli @ disewa..okeh..jangan rambang mata sangat sebab nanti untuk wedding laaaaagi banyak duit nak pakai . =)



29 comments:

biela bell said...

yup..simple and nice..dok kmpung seronok..sedara mara ramai tolong2..jimat kos..sorang hulur nie..sorang lagi hulur tu..:)

Tihara said...

bagus buat seniri jer sebnarnya..ada adik beradik leh tolong2 kan..
baju tu lawa..semua lawa2 n grand jugak kan..tak sia2..n yg tudung grey je tak seiras..yg 3 orang tu semua muka nk sama.. :)

Aretikz said...

Lum pernah bertunang, lum pernah bernikah..

lum pernah terniat nak set budjet.. ahakz..

kakcik said...

Along bertunang lagi ringkas. Kononnya nak datang merisik, sekali terus bertunang tanpa majlis pun...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus ni sbg panduan~

Dinas Aldi said...

Memang bagus, sederhana & jimat cara Munna ni. I like.

Barang hantaran tu memang akan jadi camtu kan sebab akak pun bila pi majlis orang bertunang atau nikah, sure akan bawak satu barang untuk hadiah, dema sure akan bawak sekali barang tu & bagi pada pihak lelaki/perempuan :)

Suka la tengok hand bouquet tu.

Cik Eka said...

munna..tips yg bagus..hehehe

eka pun hantaran buat sndiri dengan makcik eka...

pelamin tak tau lagi..tgh fikir....

kenduri kendara emak dan ayah nak siapkan..

hantaran yang asas eka beli,yg lain macam makanan sedara mara bagi...

Cik TeN10 said...

Wahh meriahnya hantaran !! Seronok2.. =p

Rafflesia™ said...

biar betul modal akak tuk pelamin tu??? macam xpercaya... @_@

syieda tag akak http://lovestory313.blogspot.com/2012/02/contest-blog-paling-ceria-cute.html

Daddylicious said...

boleh cuba ni...hehe

Akulah Pak Lan said...

Biar ringkas janji lepas..

Hanis MY said...

bagusnyaaaa... i likeee... ha ah betul tu, buat bajet terbaik tapi meriah dn istimewa buat kta kan... tak sbr nk tgk wedding nanti!

mama ju, said...

Salam

Tahniah dr mama. Boleh fikir2 tang bugjet bila anak nak tunang nanti.

Deru Ombak said...

Ada baiknya bersederhana begitu... Kehidupan selepas kawen tu yang mesti di fikirkan..

Eera Shera said...

mintak tlg akk buat kan bleh? FOC la hehe..kalo sy nnt tang make up ngan OP bleh jimat sbb rmi dlm family yg dah ada dslr hehe..ceh berangan padahal lmbt lg ;)

CIK MAY said...

kan..haha..tibe2 name aku kene display tanpe kebenaran..eceh..wey..aku tak boleh update blog arr..camane haaa?hadui...

Aishah Jahirah said...

nmpk grand tp kos dpt dikurangkan....itulah yg kita nak...dpt buat sendiri,buat.nak org buatkan semua makin mengalir la RM...:p

anisalya said...

tu la... apa pun kena ukur baju di badan snd kan? kalau tak mampu buat la seadanya je.

Prettywrite said...

33 dulang?banyaknyaaaa...murah rezeki..hehe..lg simple lg bagus kan..itu pun dah cukup lawa dah tu..

Totie@Tomy said...

serius lawa sampai adik bongsu saya suka tengok pelamin..

Puan Kutu said...

bagus tips nie.hrap berguna uat adik2 yg baru nak kahwin..akk dulu tunang kawan kepada kawan mekapkan.pastu baju kurung sulam je pakai baju nikah jiran.masak2 pun jiran2 tolong masakkan.pelamin takde, pastu hantaran byk gak macam muna sbb semua jiran n sedara bagi..

kawen pun selekeh je sbb cpt sgt org dtg minang..akk baru abes belajar, keje pun belum..mmg takde budget nak buat grand2..:)

Rafflesia™ said...

kak.. murahnye sewa pelamin tu. syieda tengah pikir ape patot syieda buat. sebab syieda adalah ahli keluarga perempuan pertama selepas 17tahun yang lepas kali terakhir kluarga kami buat majlis pertunangan. aduhhhh :(

Munnafendy said...

@Rafflesia
don worry... :)
ada pape bleh tolong? :)

Gumiho Princess said...

mag jimat gle budget muna nie....saya ske la....

Gumiho Princess said...

mag jimat gle budget muna nie....saya ske la....

Gumiho Princess said...

mag jimat gle budget muna nie....saya ske la....

Gumiho Princess said...

mag jimat gle budget muna nie....saya ske la....

aizamia3 said...

setuju.. buat simple tapi bermakna..
nak lagi jimat, pagi bertunang, petang nikah.. tak pun nikah terus.. ;)

emma sulaimam said...

salam akk..
pelamin tu amek kat butik mna ea..
bole bg alamat butik tu x?
murah n cntek la..

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat