Tuesday, February 28, 2012

Tak mau hilang lagi......janji!

Assalamualaikum =)


Semalam dah selamat membazirkan AL sehari untuk setelkan surat beranak dan sijil kursus kahwin yang hilang hari tu. Sampai hati korang menyorok taknak kuar dah :(


Kalau hilang surat beranak....macam ni ye..

1) Pergi ke JPN kat Presint 2, Putrajaya (mana2 PJN pun boleh). Cari eskalator dan naik sampai ke aras 3, ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat.



2) Pergi ke kaunter dan dia akan bagi borang permohonan carian/cabutan daftar kelahiran. Isi borang tu dan ai kepilkan sekali dengan salinan i/c..tapi masa tu dia tak mintak pun...

sila ingat tarikh lahir tu ye...hihi


3) Amik nombor dan tunggu la kat kaunter..sila bawak bahan bacaan supaya tak bosan sebab lama jugak ai tunggu orang ramai gilerrr...  

*Surat beranak baru tak boleh dapat on the spot, mungkin sebab negeri kelahiran ai Perak, kalau anak jati Selangor @ KL mungkin boleh dapat hari tu jugak. Yang ni tak pasti.

*JPN Putrajaya buka setiap hari, Sabtu dan Ahad buka sampai jam 2 petang. Senang tak payah apply AL...huwaaa....membazir sungguh cuti den...



Kalau hilang sijil kursus kahwin macam ni pulak ye...(JAWI)

1) Dapatkan surat pengesahan dari tempat kursus korang amik dulu. Ingat bila hari dan tarikh. Nak lagi yakin mintak sekali senarai nama kehadiran masa tu.

2) Buat surat sumpah kat Suruhanjaya Sumpah. Kalau kat KL, pergi kat bangunan KWSP kat Jalan Raja Laut, naik eskalator ke Tingkat 1. Kat sini dijaga oleh pasangan suami isteri yang saaaangat baik dan tak banyak songeh. Kelakar pulak tu :) Bayaran RM15 untuk hilang sijil kursus kahwin.

3) Pergi JAWI kat Jalan Perdana, Kompleks Pusat Islam berdekatan dengan Masjid Negara. Naik kat pintu masuk yang ada TV Al Hijrah besar2 tu,



4) Naik tangga sampai atas, tengok kat direktori, tempatnya yang color merah tu



5) Menapak la ko lagi sampai ke atas ye, dah jumpa pintu masuk naik lagi ke Tingkat 3 dan amik nombor. Dah kat kaunter diorang kasi borang pengesahan hilang sijil, isi dan attach sekali dengan surat pengesahan dari tempat kursus dengan surat sumpah.

6) Bayar RM5. Sijil dapat hari tu jugak.


*'Terima kasih' banyak-banyak kat orang JAWI yang jawab call ai hari tu, dia kata tak payah buat surat sumpah, ai pun tak buat lah. Dah sampai sana, isi borang, dah tercangak tunggu dekat 40minit, keluar sorang encik ni kasitau yang diorang nak surat sumpah. 


*40minit ko, masa yang diorang amik untuk kasitau ai nak surat sumpah. Dah satu hal terpaksa berkejar pulak ke bangunan KWSP sebab masa tu dah pukul 3.


*dah siap surat sumpah, berkejar ke JAWI semula then  terpaksa berlari2 naik tangga kat JAWI sebab masa tu hujan dah mula turun. Tak ada laluan pejalan kaki berbumbung. Heh. Akibatnya kaki sengal gila....

*sumpah tak mau hilang lagi sijil kursus kahwin. Azab nau nak dapat yang baru :(


makcik ni tak berani dah simpan sijil, sekarang tunang dia yang pegang.....har3


43 comments:

cheqna said...

ingat tu
hehehehe
ouh..adik pada cheqna 4 tahun erk...

kakcik said...

Kena bagitahun Along ni. Simpan baik2 sijil kursus kahwin dia tu. :)

Along lahir 22/09/1987.

CaDLyNN said...

err..cmne leh ilang ni munna..haha..satu hal nk kene wat baru ye..

mas saari said...

camne boleh hilang ni?? ish, cuai betul dia...

semalam akak pun pi sini, ambil IC baru yang dah siap...heheheee

Daddy Ziyyad said...

Terima kasih berkongsi info yang amat amat berguna ni, siap ada gambar lagi!! hehehe...

rasp said...

bling bling mataku tgk tarikh lahirmu....
kita kembar tapi tahun jer berbeza.....

nur anis said...

lecehnya nak buat baru tu kan..saya pun selalu lupa letak mana..tapi selalu mak saya la yang tolong simpankan..hehe

syiela said...

leceh kalau hilang kan.. saya hubby yg tlg simpankan :)

Pen Biru said...

jgn mengamuk kalau seminggu dua nanti tetiba jer muncul benda alah yg "hilng" tu..heheheh

lieynanilaz said...

takpe munna bila dah jadi begini..tau cara2 nak urus...pengalaman tuh!!..haha.

LYAfrina said...

huhu.. mcm2 kan..
nsb baik dh settle walaupun letih berkejar nk settle kan semua ni.. lya letak dlm fail kt laci..laci khas utk doc pnting saje.

LYAfrina said...

huhu.. mcm2 kan..
nsb baik dh settle walaupun letih berkejar nk settle kan semua ni.. lya letak dlm fail kt laci..laci khas utk doc pnting saje.

Aishah Jahirah said...

banyaknye benda setelkan...penatkan terkejar2 tp apakan daya kena gak setelkan...kena cek balik ni sijil2 kot ada yg terhilang....

Kakzakie said...

Hmmm... dah simpan elok-elok dalam satu fail khas sama-sama dgn semua sijil yg ada... kalau tak kena memanjat lari-sana-lari-sini lagi...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

renyah giler ekkkk
sijil kawen ai simpan sekali sijil2 penting dlm 1 file...if hilang semua hilang la

|| NaFiRaa || said...

fuh..banyak jugak prosedur untuk dapatkan balik sijil2 tuh yer.. lepas nih kena simpan baik2 k~ :)

Bui Junaidi said...

ADIK KEMBAR BUI LAHIR TAHUN 1987..MUDA LAGI..JELESSS..HAHAHA

Ujie said...

good info, JPN putrajaya bukak 7hari seminggu!

munna letak le sume sekali dlm clear holder, sekali dgn sijil akademik. atau siapkan satu beg dokumen. apa hal, angkut beg tu je.

Deru Ombak said...

Salam Mun..
Cemana laaa boleh x jumpa tuuu..xpe xpe!
Lepas ni simpan leklok k.. Hehe!

Berpeluh ketiak haru biru semalam ye.. :)

sisdee said...

tetiba tpkr mana g surat beranak ai :O huhuhu

mizzkechique said...

leceh giler..

Dinas Aldi said...

Bagus jugak tau ni. Surat beranak akak dah buruk benor nak terkoyak2, kalau pi buat baru boleh kot kan. Akak ni mcm la udah umoq 90 tahun surat beranak pun dah nak terkoyak rabak, haisy, sabor jalah..

wahida said...

pesan kat encik tunang, jgn hilangkan pulak...kang tak pasal kena menapak lagi...adoi la hai...

syaz@rozelt said...

Thanks munna share dekat sini..member sebilik pon hilang sijil kursus kawen..bole la die p amek copy dekat jawi..hihi

sudipVSsenduk said...

alahai... rumitnya proses

Anonymous said...

rs mcm kte duk wat tressure hunt kan...haha dari kedai mamak pepagi,pg jpn,pastu grk p cari jawi plak,pastu p cari plak kwsp,masuk dlm cari pesuruh jaya sumpah,pastu p jawi balik...hehe...syok gak kan...lain kali b bleh teman syg lg...huhu

Rafflesia™ said...

hahaha..cian akak terpaksa ulang alik..xpe ni pengajaran.. jgn buat lg. babap kang.. hahah =.=

http://syiedalikes.blogspot.com/2012/02/contest-give-and-take-by-nana-tyna.html

Citarasa Rinduan said...

alamak munna.....
k.ayu minta maaf... masa kak komen, kak sibuk dengan majlis pawin sepupu selama 3 hari..
wahhhhhhhhhhhhhhhh..
sorry ya dik...

alhamdullilah, dh dapat surat sijil kawin semula, tunggu surat beranak pula,.. moga cepat urusannya

Mama Adam said...

Hehehe... Ingat juga 14 julai ye... Besday adam

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Cabaran tu...

Eera Shera said...

dlm mase yg same akk dah buat senaman spnjg hari haha ;)

Fatin Mraz said...

saya pernah kehilangan IC...
huhu.serik gak

anisalya said...

alahai... siannya dia. akak amik sijil kawin secara jemaah tahun '98 time study. tp kawin 2007. lama sijil tu terperam dalam simpanan. muahaha...

Cik Ina Do Do Cheng said...

munna fendy salah letak tu.tengok lepas ni mesti jumpa.

suziesanji said...

leceh tull. so moral of the study, simpan betul-betul. kalau dah terhilang, bersedia la... hee

H Y D E said...

untunglah dah ada cik tunang yang pegangkan sijil ^_^

ejaa said...

nak tanye, kalau surat beranak hilng tu, nak kena bwak ape eh dokumen2 yang diperlukan??

Munnafendy said...

@ejaa
bawak salinan ic je..semua maklumat surat beranak kita yg lama ada dlm simpanan JPN..

Atul Zakariya said...

awak yg surat pengesahan tu macam mana format dia ea

Munnafendy said...

@Atul Zakariya
surat pengesahan ape? hilang sijil kahwin ke? kalau yg itu, surat rasmi biasa je..tmpt kursus tu yg akan buat surat tu. b4 pergi kat diorang call dulu 2,3 hari sebelum, bg masa kat diorang nk prepare surat tu..dia just bgtau mengesahkan yg kita ada ikut kursus kahwin ngn diorang.diorang akn letak nama, ic ngan tarikh ikut kursus.

Anonymous said...

hai,

nak tanya. berapa lama ya ambil masa nak dapat surat beranak baru?

Munnafendy said...

@Anonymous
Dah lupa la...seminggu kot?
sorry...cant help :(

Unknown said...

Terima kasih bab dapatkan sijil kursus kahwin tu. saya dah buat ikut step yang saudari kongsikan, dan prosesnya masih sama!

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat