Assalamualaikum...
Malam tadi ai tidur dengan anak buah kat kampung (ingat lagi tak, yang rajin basuh kereta tu). Ibu dia kat bilik tengah sibuk buat assignment. Kejap-kejap budak ni terjaga, tanya ibu. Lepas tu ai dengar hidung dia dah srot srot (tersumbat). Demam ke? Tadi elok je mengacau ai buat bunga telur. Popok dia sampai terlena. Lepas tu terjaga lagi merengek-rengek.
Pegang tangan dia, panas. Isy, nak demam budak ni. Ibu dia keluar, nak pujuk anak ni tido, so ai pun 'handover' la si kecik ni kat ibu dia dan ai pun tarik la selimut....tetiba dengar si kecik ni muntah-muntah. Sah demam. Berjaga lah kakak ai entah sampai jam berapa baru dua-dua tertidur.
* * * * * * *
Pagi ni otw ke ofis, dengar kat radio tentang kematian kanak-kanak kat daerah Batang Padang dan Hilir Perak akibat rotavirus. Fuh, berderau darah! Memang kampung ai dalam kawasan Batang Padang. Dan setakat hari ni jangkitan kanak-kanak akibat virus ni dan lebih 900 orang di daerah Batang Padang dan keseluruhannya mencecah 2686 kes! (Mstar)
Bukan angka yang kecil bagi dua daerah sahaja. Cepat-cepat SMS mak suruh bawak si kecik tu pergi klinik. Harap-harap demam biasa je tak ada kena mengena dengan rotavirus tu. Risau ni. Si kecik ni je lah satu-satunya anak akak ai lepas kematian hubby dia 2 tahun lepas.
Ya Allah jauhkanlah Nur Qisthina Waheeda binti Zamiruddin dari sebarang penyakit. Aminnn.....


29 comments:
smoga dijauhkanNya dari sebarang penyakit...amin....
akak pun ada dengar pasal virus tu dah menular di Batang Padang, bahaya jugak ye!
harap anak buah munna takde apa2..
Insya Allah,xde apa2 tu.
amin..
g klinik utk pemeriksaan lanjut
moga dijauhkan dari penyakit tu.. insyaallah
semoga qisthina elok2 aje ye..
Assalamualaikum Mun..
Sekarang virus merebak terlalu cepat. Cuaca pun tidak menentu. Anak kecil mahupun org dewasa, bila rasa tak sehat, terus lah pegi klinik. Jangan dibiarkan !
Sementara ini kalau buat susu dia dan air minum guna mineral water dululah Munna. Kakak ngerilah bila terjadi benda-benda gini. Moga tak jadi apa buat Qistina..
ada simptom cirit birit tak? yang penting, hydration status dia..jgn dehydrate..semoga dia sihat
Assalamualaikum Munna,
Semoga Qistina sentiasa sihat dan berada dalam pemeliharaan Allah.
skrg musim demam..becarefull..rmi anak2 budak opis dmm panas lately ni...
p/s:aku pelik jugak ni..sbb tibe2 ade BE..hehe..nak suh aku update entry laju2 la tu kot..;p
semoga nur qistina xda apa2..
Jauhi segala penyakit insya allah harap2 tak ada apa2 yg berlaku...semoga qistina sihat yee..
moga dilindungi Ilahi....
semoga cepat sembuh hendakNYA....amin
semoga qistina di jauhkan dari penyakit..dan sihat yer...amin...
perlu dapatkan rawatan awal walau apapun penyakit..:)
Semoga Allah SWT melinsungi sikecil itu dari segala marabahaya. Amin.
harap2 takde apa2...insya allah
kalo budak2 demam or tak sihat
bawak terus gi klinik...
jangan tunggu lama2 ye...
moga2 Nur Qisthina Waheeda binti Zamiruddin cepat sembuh ye...
[sedap nama anak sedara uols ni...]
semoga qistina cepat sembuh dan dijauhkan dr sebarang penyakit..
get well soon qistina cayang..
Insya Allah, semuga dia cepat sembuh..comel anak buah munna :)
harap2 x de papelah.. risau jugak bila tengok berita pasal Rotavirus tuh.. kena bawa gi hospital cepat2..
Moga dia dijauhkan dari sebarang jenis penyakit..amin!!!
Regards,
-Strider-
mmg risau cam gitu kan..
moga demam biasa je dia.
ya Allah!! aku lak yg takut ni...aku dgr berita ni kat tv...takut sgt...
semoga anak buah ko sihat...teruskan berdoa yer...
moga Qistina dijauhkan dr sebarang penyakit yg merbahaya.
Begitu juga dgn kanak-kanak lain, agar cepat sembuh, sihat & ceria seperti biasa.. Amin.
Ya Allah....semoga kau sembuhkan anak kecil tu dan jauhilah dari sebarang musibah...amin
Insyaallah xde pape :)
tgok gak berita tentang virus nie ms balik kmpg hari tu..semoga anak sedaranya tak apa2..
Post a Comment