Assalamualaikum =)
Hari Sabtu lepas, abang ai yang sulung share satu video ceramah dari Ustaz Don Daniyal berkenaan pemakaian tudung yang sempurna bagi muslimah. Mungkin ini satu teguran 'halus' untuk adik-adik perempuan dan isteri dia kot. Hehe...kita amik yang baik, ai share video tu kat sini.
Mesti tengok video ni tau, kelakar ustaz buat demo macam mana nak pakai tudung guna kain serban beliau, semata-mata nak ceramahnya 'sampai' bagi kita betul-betul faham. Tapi takde la pakai betul-betul. =D
Kawan-kawan yang mana tak boleh tengok video tu, ai ringkaskan kat sini.
Ustaz Don kata nak pakai tudung sembilang ka, nak pakai tudung tajima kelepiaq muka ka, nak lilit 10kali ka terpulang. Tapi,
Pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada hingga ke paras pinggang @ sekurang-kurangnya atas pinggang, berselindung, tidak jarang @ transparent, longgar tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi (menutupi bahu).
Ini yang ai faham, kalau ada tersalah minta betulkan ai eh.
Dan ai paling tertarik, bila ustaz sentuh mengenai pemakaian tudung pengantin. Pasang telinga dan taip laju-laju, mesti baca wahai bakal pengantin dan mak ayah pengantin!
"Pengantin kahwin masukkan tudung ke dalam, tak pakai tudung hari kahwin Tuhan laknat! Macam mana nak dapat zuriat yang bagus. Tolong mak bapak amik perhatian eh...baju kahwin anak...ehh..maaf naa..saya pesan...tu la saya kata tadi, saya bukan nak tunjuk pandai, saya kena kongsi benda ni. Sebab,
Rugi, kahwin panggil ustaz baca doa untuk nak meraikan dia, tapi pengantin tak tutup aurat stokin tak pakai, hari kahwin Allah laknat, kerana kufur kepada Allah dan ingkar dengan perintah Allah. Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik. Maaf naa...saya cakap lagu tu maaf naa...."
*Peringatan untuk diri sendiri dan semua.....insyaAllah, terima kasih.. =)

32 comments:
Munna... walau kakak gelak tengok cara uztas melilit tudung bagai tu tapi betul-betul punyalah dia nak bagi tunguk pada hadirin pemahaman cara memakai tudung mengikut syariat Islam.. mana yg tersindir pasti terasa....
Bagus... suka kakak:)
thanks sharing
dapat 1 ilmu hari ni
kene labuhkan tudung sket
malu jugak kalau org tengok tang terjojol2 tu kan. huhu
sekarang ni kebanyakan pengantin pakai tudung masuk dalam...
aler pengantin hok baru2 kawin ari tu kawin kat otel dok pakai tudung pun ... kan kan kan...
:) hehehe...tudung moden memang tak menepati ciri² ni langsung
amboi sentapnya! nasib baik ai tak kawin lagi.
take note!
tQ munna..;)
lpas tgok vdeo bru perasan cth sme mse kat tv :p
nice n3...
teringin nak tgk bakal isteri ustaz don nnt...ituew la matlamat tidak menghalalkan cara
cheqna pun duk fikir2 dan mencari tudung yang sesuai ni utk kahwin...
=)
tq utk perkongsian ini munna :)
sape yang bole tegur gol yang x ikut standard yang betul ni? ibu bapa? abang? suami?
setujuu..dah kena start survey tudung kawen yg sopan2 nie..hihi
Sangat bagus pesanan UD tu. :)
akak kawin dulu pakai tudung bawal je...heheheee
dh tgk video ni.. tu lah kan.. skrg ni sy tgk pengantin pesen masuk tdung dlm baju.. mmg nampak sah2 la bentuk bukut dua ketul tu.. huhu
nice sharing...
hari tu ada ustaz Don dtg ofis, tapi tak berkesempatan dgr ceramah dia...huhu...
assalamualaikum munna...moga jadi peringatan pd semuanya...:)
peringatan yg baik.. tq..:)
tq munna share..suka dengar pelat utagha ustaz ni pekat kemain..hehe lari topik..
tudung mcm2 pesen skrg..betul kata ustaz kalau ada yg tak pakai tudung tu mcm pelik pulak..hehe
tang tudung kawin tu mmg..
hari biasa elok je tudung tutup dada, time kawin terus masuk dlm baju..nampak la bentuk yg aurat tu.
sia2 perjuangan tutup aurat selama ni..
biar tak cantik di mata manusia, asal cantik pd pandangan Allah- penilai sebenar!
yang ini pun kena check balik bukan sekadar untuk mengikut trend dan fesyen semata...
bagus ni. peringatan utk bakal2 pengantins. akak dah lepas. huhuhu... tapi tak ada la pakai tudung singkat sebab akak pun tak suka singkat2.
ramai yg kawen skrg buka tudung. nak pakai stokin lagi la.. xtau nak cakap. macam nak buat yg wajib je kawen nti. hukhuk..takot pulak syieda..
tag akak..
http://syiedalikes.blogspot.com/2012/02/hsue-craft-4th-giveaway.html
nnt sy tgk video tu..tenet slow pulak..tgk ulasan akk pn dah best..ustaz ni mmg bes kn..klakar tp smpi kt kte yg mendengarnye ;)
Ustaz Daniel kalau tunjuk apa2..mesti sungguh2 kan..suka tgk kesungguhan dia..
Akak tak sabar nak tgk mcmn pilihan pakaian atau busana pengantin Mun nanti..:)
ADUHH,TERASA BERDOSA SBB DULU MS KAWEN KAK BUI TAK PAKAI TUDUNG..HUHU
Salam Mun..
Mama tunggu dgn sabar nak tengok tudung pengantin Mun.
Jgn x post ok.. Pasti comel Dan manis...
ske tgk ustaz don....semangt!!!
nice sharing muna..
plan nak pakai tudung masuk ke dalam. terus terbatal niat macam ni~
sedih tgk kawan2.. bila nak kawen.. nak wat yg de boomm.. sanggup tanggal tudung.. huhu~
bila di tegur.. muncung di tarik ke depan..
sis i've been looking for the quote for what he said psl kahwin!! thank u sooooooooooo much!!!
Post a Comment