Tuesday, February 14, 2012

Mimpi Rasulullah SAW


  • Dapat dari Page Share share share (banyak sangat share), ape pun terima kasih kerana berkongsi =)


    9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


    Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

    "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

    1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

    2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

    3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

    4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

    5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

    6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

    7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

    8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

    9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



    *Nampak kan...sekecil-kecil amalan pun insyaAllah dapat membantu kita kat sana nanti..betapa besarnya kasih Allah kepada kita  =)

21 comments:

Suhami Ahmad said...

perkongsian menarik =)

CIK MAY said...

info yg bagus utk semua..;)

maszull said...

assalamualaikum munna...best n3 ni...:)

syaz@rozelt said...

cik munna..thanks for sharing~hihi

mas saari said...

terima kasih kerana share, share dan share...heheheee

cheqna said...

alhamdulillah
thanks 4 sharing this =)

Daddy Ziyyad said...

terima kasih atas ilmu ini

Tihara said...

Insya Allah, mohon lah rahmatnya..Insya Allah..thanks share kat sini..boleh jadikan pedoman..Insya Allah

Tea said...

tak jumpa link post comment... tumpang kat komen kak Mas..
Sharing is caring..

biela bell said...

wah...terima kasih...betul2..perbanyakkan amalan untk bekalan di akhirat.. :)

Munnafendy said...

kat kotak bawah ni la tea... menyorok kot =P

CaDLyNN said...

tq muna...mari kite bykkan amal :)

Totie@Tomy said...

suka yang pertama tu..anak2 janganlh sesekali menderhaka pada ibudan bapa...

Dinas Aldi said...

Terima kasih atas perkongsian ini, dik :)

Ujie said...

ingatan buat kita..thanks!

Hans said...

nice entry
bertambah ilmu saya
thanks kerana kongsikan


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Deru Ombak said...

Salam Mun...

Tenkiu for sharing dear..

Citarasa Rinduan said...

yang pasti apa jua pekerjaan y kita lakukan,semuanya kena ikhlas....thanks syaring dik

Rafflesia™ said...

info yang baek tuk di kongsi.. terima kasih akak.. =.=

Puan Kutu said...

Betapa hebat kuasaNYA

Cik TeN10 said...

ade jugak baca kat FB.. =)

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat