Tuesday, February 7, 2012

Berakit-rakit ke hulu...berenang-renang ke Pusat Maritim =)

Assalamualaikum =)

Hari Ahad lepas, tunang ai bawak pergi Pusat Maritim kat Putrajaya sebab dia tahu yang ai memang suka sangat berenang. Yup, ai kalau dapat berenang memang boleh lupa dunia sekejap...hiii...ke sana ke mari tak peduli dah orang sekeliling. Terapung-apung rileks kan badan sampai boleh terlena tau. 

Lokasi Pusat Maritim Putrajaya bersebelahan dengan Pullman Putrajaya Lakeside. Alamat Pusat Maritim, Presint 6, 62200 Federal Territory of Putrajaya. Bayaran masuk untuk kolam renang RM5 seorang (untuk yang mandi je). Kat sini ada jugak gym dan pusat snooker bayaran tak sure pulak sebab kitorang tak masuk situ. Kolam renang kat Tingkat 1, boleh mandi puas-puas sampai jam 6.45pm.

Kolamnya memang besar, sesuai untuk family bawak anak-anak datang sini. Kelas berenang pun ada, cer taip kat google ada contact number orang yang ajar berenang ni. Air sejuk gila dan nampak bersih sangat. Diulang, 'nampak' bersih. Bak kata orang tu, kualiti air memang diorang jaga so tak sebarangan pakaian boleh masuk dalam tu.

Ai dah excited gila nak masuk dalam air...tapi.....tak boleh masuk....sebab....

Pemakaian tak dibenarkan...ciss...sedih betul! Hanya swimming suit sahaja yang dibenarkan..ai pakai t-shirt lengan panjang dengan track & tudung.....aduhaiiii sedihnya rasa. So ai makan hati je la menengok si tunang berenang-renang. Geramnya! Dia pun terpaksa buka baju...bak kata tunang ai 'undang-undang duniawi'

Tengok tu! Saje je mengacah ai!! Hampeh!

video


Aksi-aksi memujuk ai yang tengah duka lara



Arrrgghhhh mencik mencik!! Sebab geram sangat, balik terus cari swimming suit muslimah untuk ai...kihkihkih... so petang Selasa nak repeat balik datang sini. Si dia ni dah cian sangat....sebab konon dia nak temankan je kat tepi...alih-alih dah terbalik. Mana boleh jadi kan... =P

Lepas keluar kitorang jalan-jalan sekitar tasik, orang tak ramai sangat. Kawasan cantik, ada la nampak 2,3 pasangan pengantin amik gambar kat sini. Nak berbasikal pun boleh.

view dari kolam renang kat tingkat 1

Okeh, kalau takda idea cuti hujung minggu, boleh bawak anak-anak datang sini  =)

Nak enterprem sikit....hihi

kat depan Pusat Maritim Putrajaya


Kat tepi tasik....muka sedih tak dapat mandi T.T

23 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

pandai berenang ekkk
owh ai jelezzz sebab part ni mmg fail....x reti ngeee

cheqna said...

selamat berenang la =)

Tihara said...

ooo.cantik tempat dia..muahahah akak tk reti berenang..takutt :)

Ujie said...

teringin gak..tapi nk cari pool utk prmpn je. yg dekat2..masih blm jumpa.

Hanis MY said...

Bestnyaa pandai berenang... Takpe nnti g swim2 tempt lain eh...

Dinas Aldi said...

Haa baru ja nak cakap pi cepat cari suming suwit untuk muslimah tu, dah pun pi cari. Cepat pi repeat, hehe

mas saari said...

biasalah tempat swimming camni, memang kena pakai swimming suit! tu sebab akak tak suka pergi..

lieynanilaz said...

balas dendam berenang puas2 yerr..

Cik TeN10 said...

waaa kl sy terjun2 mmg tak timbul2 la.. xpndai berenang ! huhu

Prettywrite said...

hehe sekarang kan dah ada swimming suit muslimah senang..nt bolehla swimming puas2..yna tak pandai pun berenang..heee..

Aini Azman said...

ala kesiannya,.
dah smgant,.tak leh mandi plak,.
sabar je la,.

Rumah Kuning said...

hehehe ingatkan budak2 bawah umur je minat berendam.psttt... saya pun suka.

QueeN TerataI said...

kesian.. kan dah ada swimming suit muslimah tu awat x beli dan pakai? hihihi

Puan Kutu said...

baru berenang sekejap dah penat macam mana nak mewakili negara nie?haha..

Rtp Farra Arisha said...

swimming is my hobby too. it's fun when get to swimming. emm, next time you can be here once again and prepared all the things...:)

Aretikz said...

erk? undang2 duniawi? hehe..

anisalya said...

hahaha... kesiannya dia. tapi akak ni langsung tak reti berenang. mcm mana tu?

Akulah Pak Lan said...

serius aku tak tau wujudnya tempat ni...

mizzkechique said...

ajarkn sy berenang!!!

Penjual Reflesia™ said...

akak ajarkan syieda berenang.. hukhuk xreti berenang pulak.. =.=

Rai said...

jeles..kami tak pandai berenang.. haha..

Anonymous said...

dear kat sana ramai org tak? I nak gi la petang ni

Munnafendy said...

@anonymous

x, kat sini orang tak rmai sgt..sy pg masa tgh cuti public pun tak rmai..kalau hari bkerja lengang kot.. =)

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat