Friday, February 17, 2012

Apa yang dirunsing sangat tentang majlis pertunangan?

Assalamualaikum =)

Berkira-kira jugak ai nak buat entri ni. Takut ada yang terasa, takut ada yang kata ai ni pandai cakap je. Bukan apa, sebenarnya mata ni kekadang naik 'sakit' dengan status dengan seorang kawan ni dekat FB. Jangan cakap kenapa tak tegur directly, kenapa sampai nak buat entry? Susah nak jawab.

Statusnya sejak dua menjak ni banyak berkaitan pertunangan dan perkahwinan.  Yang bikin semak mata ni sebab banyak sangat rungutan, perlian dan keluar la segala hujah dan hukum manusia, hukum akhirat.


"Takutnya aku nak bertunang zaman sekarang ni, meriah macam nak kahwin"


"Pertunangan sepatutnya dirahsiakan...am I right?"


"Bertunang sekarang pun kena pakai pelamin..."


"Tudung tunang je 2rat?????? Lain2???? Mekap 3 rat????? Isy3....."


"Tunang je...tak payah beria sangat"



Eh, wa semak la! Tu belum lagi letak dalil-dalil semua.

Ai pernah komen sekali, sekali je. Lepas tu sendiri mau ingat, kalau tak paham jugak, terjun la sama labu-labu kau. Nak bertunang atas awan ka, atas pokok ka, dalam batu ka pergi la buat.

Pokok pangkalnya sekarang ni, diri kau sendiri. Yang dok nak rungsing sangat pasal majlis orang tu pasai apa?

Kalau rasa nak bertunang meriah, buat lah meriah, asalkan jangan menyusahkan orang lain especially mak bapak dan bakal tunang. Kalau nak buat simple, buat lah simple, poket sendiri yang selamat, bukan poket orang lain kan?

Kenapa nak runsing orang bertunang pakai pelamin? Mekap 3rat? Tudung 2rat? Ada hand bouquet? Lelaki pakai baju melayu? Pakai inai? Hantaran LV? (uisy LV) Hatta nak kasi rumah sekalipun. Lantak pi depa la.

Kalau payah sangat nikah ja terus, tak payah bertunang. Sesekali bagi peringatan tu bagus, ai suka. Tapi kalau dah sampai tahap 'sesekala' lama-lama pun orang meluat.

Nak kena hadapi sendiri baru tau camana rasanya. Jadi sila lah bertunang dan kahwin cepat-cepat.

20 comments:

suri solehah said...

hehe..munkin kawan tu mmg tengah risau sesangat kot,,tu yg status mcm2

ciksusu said...

haha..lawak la
sbnrnye dlm ati mesti dier jeles kan :p

mzhany said...

a'ah betol, depend pd individu la. mmg la trend skrg tunang ada pelamin bagai,tp tak la wajib utk diikuti kan.

yang pasti mana yg kita slesa la kan, tgk bajet, tgk keselesaan...

Deru Ombak said...

Salam Mun..

Dia kecoh tu .. Dia ke nak tunang?.. Kalau dia suruh jek nikah kenduri 3 dulang. Sedulang geng2 imam, sedulang Mak bapak dia, sedulang lagi Mak bapak lelaki... Haaaa jimat...
Tapi kalau dia kecoh psl org lain yang nak tunang.. Jawab jek sepatah " sadap" ( haha.. Nasihat yang kejam)

Past. Mama dah tukar komen box tu.. Takde dah kot WV.
Hugs!

CIK MAY said...

betul..tak pyh la nak berkire sgt..klu rase situasi org bertunang skrg voge de vance sgt,die tak nak voge2, tak pyh la buat voge2 majlis tu..senang..ikut suke ati org tu la nak buat macamane..hm..aku jugak senang..bertunang terkujat..amik kau!haha..plan nak merisik je sarung cincin tibe2 dah terbertunang n kenduri kecik..mekap sendirik..tak nyusahkan sape2..hehe..

KuNanGKuNanG said...

ikut budget masing2 la..kalau mampu buat la ada pelamin bagai..kalau x buat biasa2 pun ok...:)

La dOLcE mEa_nAtt said...

setujuuuuuuuuuuuuuu...yang nak keluar duit tu bukan ko pun wat semak je layan org cmni...sy dah kene mencik seumo hidup org camnih!!!

Rtp Farra Arisha said...

segalanya ditentukan oleh ketentuan dan kemampuan. if you've effort to do that, you can do so :) so the best way is you just ignore the bad thinking from others. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...:)

biela bell said...

mulut org mana boleh stop.dah habis fikir psl diri sendiri tu yg amik part time job cter2 pasal org lain.

sabor jela..

dah2..cepat2 tunang.dan cepat2 kawen.

ijA said...

nikah je terus..setuju..

Tihara said...

haah, betunang mmg kena simple je tp masa kawen buatlah yg gempak sket..kenangan seumur hidup tu...tp sederhana lg baik ..Insya Allah buatlah yg terbaik semuanya :)

Dinas Aldi said...

Bukan dik Munna ja, akak pun serabut dengan orang yg macam tu. Tak suka sikit semua nak ditulih dikomen, endless plak tu, berjejeh2, macam la dia betoi sangat. Suka hati orang la nak buat camana, majlis orang maa, haiyaa!

cinnamon.com said...

setuju dgn cik muna..

nak buat besar2 boleh,jemput org miskin,anak2 yatim,fakir..sbb majlis yg hnya utk orng berduit,haram hukumnya kalau tak jemput orang miskin,atau anak2 yatim.hukumnya haram.

tak kira la siapa/

maszull said...

assalamualaikum munna...ikut kemampuan yer jgn ikut apa org nak kata...:)

sisdee said...

betul!! saya senang..ko ada duit buat!! jgn smpai susahkan orang..klu tak de duit tak yah tunang :p

mas saari said...

ikut kemampuan sendiri, lagi elok!

Cik Ina Do Do Cheng said...

lantak pilah, kalau dah kaya, sapa tak nak kahwin mewah -mewah ye dak. munna fendy tak moh peduli orang cakap ye.

Mama Adam said...

heee.... rasanya dia tgh risau tu. cuma silapnya, dia share kerisauan kt fb.

sebenarnya, kita ukur la di badan sendiri. kalau mampu, apa salahnya. kalau tak mampu, haaaaa...

anisalya said...

frankly speaking... kalau saya tgk org kawin dgn pelamin bagai tu ada jgk ckp... mak aiii... mcm dah blh buat majlis kawin. tp dlm hati je la. tak adanya nak ckp dpn org sbb duit dia org. kita nak susah2 apa hal?! hahaha...

Puan Kutu said...

mmg menyemak page je status macam tu.akk mmg malas amik port

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat