Sunday, January 15, 2012

Cara buat bunga tisu macam seni qanasuri?

Assalamualaikum =)

Selamat bersantai di hari Ahad ya. Hari ni ai rajin sikit membelek stats kat Nuffnang Alhamdulillah makin hari makin ramai yang datang melawat kat blog ni. Terima kasih kat korang semua tau. Ye, korang yang tengah baca ni. =)

Sebelum tu, semalam ai ada mention nak pergi Nilai kan. Betul cakap kak Queen, pergi Nilai 3 sekarang dah tak berbaloi rasanya. Harga sama je mahal dengan kedai-kedai kat sini (PJ), pilihan pun tak ada la banyak sangat. Frust sebab apa yang dicari tak ada. Keseronokan bershopping kat Nilai dah tak sama macam shopping untuk wedding abang ai dulu. (lama dah, dia pun dah anak 3). Kesimpulannya, rugi duit minyak & tol je. =D 

Ok berbalik kat pasal stats Nuffnang tadi, ai bulat masa kejap tengok keyword yang masuk,



Ai perasan sekarang memang ramai yang berminat dengan bunga telur pakai bunga tisu @ crepe paper macam kat entry bunga telur tisu. Mungkin sebab comel dan cantik, mungkin jugak sebab tengah 'in' kan. Ai ada try buat juga hari tu, tapi hasilnya takda la secantik dan segebu bunga hasil tangan Seni Qanasuri. Apalah sangat nak dibandingkan dengan Seni Qanasuri kan...Tapi rupa tu ada la sikit...hihihi

Jom cuci mata kejap tengok cara buat bunga tisu crepe paper ni ya. Bunga je tau, cara buat bunga telur complete dengan lidi dan riben lain kali k.


1) Ambil kertas crepe paper, bentangkan dan lipat ikut step dalam gambar kat atas. Senang je tu. Main lipat dua lipat dua je dan gunting. Last sekali lapiskan 4 helai yang dah siap gunting.


2) Lipat agak-agak dalam 1/2 inci @ 1 inci, lipat kat depan dan pusing, lipat pulak ke belakang. Lipat sampai habis buat macam bentuk kipas. 
3) Ikat dawai lembut kat tengah-tengah
4) Gunting hujung kertas jadi bentuk separuh bulat..dan kembangkan,
5) Tarik slow-slow sehelai demi sehelai macam gambar kat bawah ni
dah jadi separuh, tarik pulak lagi separuh.


Siap!

Kalau ikut ukuran yang macam ai buat kat atas ni, sehelai crepe paper dapat 4 kuntum bunga. 

Kiraan sehelai harga crepe paper RM0.50 / 4 = RM0.125 sen sekuntum.

Berbaloi-baloi kalau buat sendiri. Tapi kalau nak tempah tu tak dapek la harga macam ni...'kesabaran' dan 'ketekunan' pun ada harganya kan. =)

Sikit tips:
1) Lagi banyak lapisan lagi cantik bunga (kat atas ni ai guna 4 lapisan)
2) Sebelum melipat, make sure kertas crepe paper berbentuk segi empat tepat, bukan segi empat sama. Kalau segi empat sama bunga tak jadi @ tak cantik.


Ni ai buat size kecik sikit, pakai 5 lapisan.


Ok, selamat mencuba!

*Alahai comotnya tutorial hari ni... =.=*

44 comments:

Mama Adam said...

Hmmm... Keratas ni ada banyak. Agak2 sesuai ke nk wat hiasan ruang tamu
-- heee. Kalo rajijn

cheqna said...

cheqna memang tak leh buat r mende2 cam gini
sebab cheqna tak dikurniakan kesabaran yang tinggi
hehehehe

CaDLyNN said...

wow..kreatif..ade bakatla munna ni! nnti boleh lin cube :)

aimie amalina said...

alolololo
comeiiii!

tmpah kat akak la cenggini :p

klcitizen cikgunormah said...

minat menengok je.. nak buat, memang tak teringin :)

cerita best said...

lawa nya leh le klo pakjoe kahwin nnt leh le bt kt pakjoe 1 tpi lambat g le hahahahah

Rtp Farra Arisha said...

seems fabulous. emm, pada mulanya, terlihat agak susah untuk membuatnya, but once you do, mesti jadi senang slalu! hehe, kinda interesting doing all this!

Dinas Aldi said...

Cantik! Kalau rajin, memang berbaloi buat sendiri dari pi beli :)

Aishah Jahirah said...

cantik.....ni kalau wat sikit2,lama2 siap gak...dpt berjimat....puas ati...

Deru Ombak said...

Wah Mun,,
Dah jadi kuntum, cantik nih..

mummysyafie said...

rajin nya buat tutorial..cantik bunga tisu tu..kalau ada masa bleh la nor cuba..kaler biru mmg nice..

Cik Ina Do Do Cheng said...

oo dulukan bunga telur kebanyakannya buat dari kertas majung ni. cantiklah munna, kretip.

fazrulnoor said...

wahhh..hebat

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik gak ni..

Aretikz said...

Boleh tak saya nak tempah kat sini untuk perkahwinan bini yang ke-4.. eh?

Wow, memang mantop.. memula tgk tajuk, ingatkan kasawari.. rupanya yg ni.. tp memang cntik tu seni bunga tisu ^_^

mizzkechique said...

cantek!!!

Rai said...

hadoii..kreatif betul...

MaryaYusof said...

Mmg canti & comel bunga tissue ni... mmg jd trend ke skrg? klau warna pink mesti cantik ;)

Cik TeN10 said...

hebat !! i pn ske gak kelebek bnda2 cmni.. thanks for sharing !! nt kl ade lg benda2 comel share la lg ea.. nk try buat jugak.. :)

Cik Sara said...

Wawawaaa...owsem!

QueeN TerataI said...

heheheh kan dah kata.. mmg x berbaloi sbb harga brg sama aje.. bertambah rugi sbb jauh perjalanan.. duit minyak dan tol..

cantiknya bunga ni.. sanggupke nak buat sendiri ni munna? Brape byk nak buat? hehehe

Penjual Reflesia™ said...

kreatifnya akak Munna ni..nti kawen boleh buat sendiri..jimat kan? =.=

Rumah Kuning said...

cantik.... tapi ..tangan ni macam keras je.

Just^me said...

cantik ... kalau combine ngan warna lagi cantik kan? hehe thanks for sharing

anisalya said...

cantik je. blh cuba ni.

ctzainal said...

lawa sgt! sy dh try buat dan menjadi dengan kembangnya. haha. thanks 4 sharing this tutorial :)

Saya Disini said...

cntiknye..cam sush je nk buatnye

kisahkitaberdua said...

selain dr crepe paper..kertas lain ley x guna wt bunga diy nie..

kisahkitaberdua said...

selain dr crepe paper..ada x kertas lain yg ley wt bunga diy nie..

Munnafendy said...

@kisahkitaberdua

boleh pakai kertas tisu biasa @ kertas origami

Anonymous said...

kak nape sy buat jadi tak cantik guna kertas crepe tuler..sy buat 4 keping sush betul nak lipat ke kene lipat besar baru cantik?

Munnafendy said...

@Anonymous
lipat lebih kurang 1/2 inci @ bsr sikit pun boleh...

xpe, cuba byk2 kali nnti boleh la =)

Anonymous said...

ramai yg kata buat bunga tisu ni dari Qanasuri tapi yang sebenarnya bunga tisu ni hasil kraf dari martha steward carft...harap maklum

Munnafendy said...

@anonymous

ye, saya tahu bunga ni asalnya mmg dr martha steward craft, tajuk entri ni tuju kpd keyword yg masuk,bukan sy kata qanasuri yg cipta bunga ni...

harap baca teliti ya.. =)

Anonymous said...

sape yg terbitkan idea tissue paper flower nie x jd hal lorr...lgpun bukan Martha Stewart pun yg mula2 buat tissue flower nie pun..dia pun amik idea orang lain agaknya :p ada org dah buat lg awal dr dia daaa :)

btw...Munna...cantik bunga tisu awak :)

Anonymous said...

tuto yg sgt berguna
saya sudah menyiapkan 150 kuntum bunga tisu nie tuk my wedding nanti...mekasih sgt2

Anonymous said...

kertas crepe paper yg sy bli kat nilai 3 ni jenis yg keras la....pastu satu gulung hrganya dlam 15 ringgit...btul ke ye? atau crepe paper ada byk jenis...huhuhuh...

Munnafendy said...

yg kat nilai 3 gulung2 tu kan?
bukan yg itu.
salah..
sy pun pernah tgk kat nilai, diorang tnjuk crepe paper yg jnis keras gulung2 tu..

yg sbnrnya nipis je,berlipat sekeping2 sbsr manilakad..harga sekeping dlm 50sen @ 60 sen je..

ada yg panggil kertas siam
=)

elza said...

nak cuba buat la....

haiza haron said...

comelnyala bunga ni..... bole buat bunga hiasan jugak ni...

apple polkadot said...

wah..canteq2..nk apply bole?..t nk uplod kt bolg sirik lak klo jdik..jgn lupe follow blog sy http://applepolkadot.blogspot.com/

Rohayu said...

kalau buat 6 lapis ...bunganye kembang sgt x?

Munnafendy said...

@rohayu

try la.. :)

wanie laroja said...

mne dapat tisu wane biru tu yek ..

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat