Saturday, December 31, 2011

Gedek cilik?

Assalamualaikum =)


Atok Gedek! You inspired me~

"PakLang ngan atok tengah khusyuk tengok Maharajalawak Mega! Yeay! OSBON juara!"



Uncle, jangan mara ar...gurau-gurau je..hehe...ni anak buah tunang ai umur 4 tahun, kecik-kecik dah pandai camwhore. Die baca blog uncle kot? :p Blog uncle tetap terbaekkkkkkk!

Friday, December 30, 2011

3 Golongan Allah berbangga dengan mereka

 Assalamualaikum =)



KLIK gambar untuk besar sikit ye.

Semoga kita termasuk dalam salah satu golongan yang dibanggakan....aminnnn

Thursday, December 29, 2011

Spontan Khamis - GARAM

Assalamualaikum =)


"Dulu makan garam tak bermakna tahu semua"


Sekali sekala biarlah kami yang muda ni buat keputusan....hurmmmm....

Wednesday, December 28, 2011

WW: Jawapan teka gambar tadi =)



Majoritinye betul! Tahniah tahniah =P

Kagum gila dengan ketelitian diorang buat burung helang ni. Cantik!

WW: Teka gambar


Eh, macam senang sangat je? Hihi...teka teka!

WW: Dah mati, dah terlambat!


Sumber : FB. Jemput LIKE fanpage Munnafendy ya =)

Tuesday, December 27, 2011

Jom Tingkatkan Ranking Alexa

Assalamualaikum =)


Ai nak ajak korang join aktiviti kak Diana Rashid.. Klik banner untuk join =)

Tapi sebelum tu, tugasnya bukan setakat buat entry ni saja ya...tunggu 1 Januari 2012 untuk buat entry review blog http://www.dianarashid.com/. Jom tengok keupayaan blog masing-masing! Yieehaaa!

Langkawi Trip Part 3

Assalamualaikum =)

Sambungan dari entri

Nak marah lagi pun tak guna kalau bercakap dengan orang yang 'spesies' macam tu kan.  Sudahnya kita yang tension. Kitorang pun terus gerak ke Malibest Resort untuk check in sebab badan memang dah penat sangat. So far, komen ai untuk Malibest Resort punya servis ok, takda ape nak complaint. Bilik pun selesa dan ada room service, siap tukar towel sekali. Ai perasan ada bilik yang kat atas pokok, tapi kitorang tak dapat yang tu. Nampak best tapi seksa kot nak naik tangga, tinggi. Bahaya kalau bawak anak kecik, mau terjun ke bawah  tak ke naya.

Yang kureng sikit  masa kitorang pergi diorang tengah buat renovation, jadi berlecah sikit. Ada lori dan kala jengking (kapal korek) keluar masuk. Tapi tu tak mengganggu sangat pun. Overall, Malibest memang best!

Gambar bilik ada kat entry Langkawi Part 1. Tu je pun ada tak snap banyak gambar bilik...lupe..huhu

Petang kitorang pergi ke Underwater World, tak jauh dari Malibest Resort, dalam 5 minit drive je. Tiket RM28.00 untuk dewasa. Kanak-kanak kalau tak silap RM20 kot. Teruja tengok ikan besar-besar! Tu kalau dia ngap kepala memang tak tinggal ape dah kot..huhu



Masa nak balik dari Underwater World, baru perasan,


Geleng kepala je la. Kalau botak pun dah risau, inikan sampai nampak benang? Memang rare diorang ni.


Bersambung lagi dan lagi....

Ada rumah dibiarkan merempat

Assalamualaikum =)

Tajuk entry ada feeling2 tajuk paper Metro tak? Cukup dengan hiperbola menggunung..hehe...pagi tadi ai nak buang sampah, dah elok-elok ada rumah sampah kat tepi jalan, tak dibagi guna. Terpaksa menapak pusing ke belakang, buang kat tempat bukan sepatutnya. 

Ntah, ai pun tak paham pengurusan sampah kat flat ni. Yang ai nampak sistem diorang ni memang failed sebab bertimbun sampah kat tangga dan depan lift. Semua dah jadi malas nak buang sampah sebab kena jalan jauh. Nak naik lift bau busuk, nak naik tangga geli dengan air sampah yang mengalir dan bertakung. Nasib baik la ai dah tak lama nak duduk sini.Terseksa jiwa raga  =.=*



tengok la, tempat sampah ni dah ambil 5 kotak parking!

sampai terpaksa parking berlapis

Ai sengsara betul kalau 'kereta besar' block maroon ai, pagi-pagi dah terpaksa memerah kudrat! Hari tu ai ternampak dari atas sorang kakak yang mengandung terpaksa tolak van yang blocking kereta dia. Kesian. Nak parking kat luar kena saman pulak! Macam-macam, hanya sebab pengurusan sampah yang gagal.


*ada sesiapa yang duduk kat kawasan ni? Kita berjiran =)

Monday, December 26, 2011

Kerana dirimu begitu berharga!

Assalamualaikum =)

Memandangkan hari ni cuti, sambil-sambil lepak kat rumah terasa nak manjakan diri..buat sendiri je, mudah dan puas hati dengan hasilnya..kalau korang free jom la buat sekali =)

Masker muka

Ambil putih telur, rendamkan kapas muka dalam putih telur dan tempekkan pada muka, terutamanya di bahagian muka yang banyak blackhead dan whitehead (hidung, dagu, dahi). Biar sampai betul-betul kering baru tarik tisu (dari bawah ke atas). Cuci muka dengan pencuci muka seperti biasa. Hasilnya? Kulit muka jadi gebu, lembut dan licin. Best!

Mandi lulur

Tumbuk @ kisar beras, masukkan dalam semangkuk perahan air asam jawa (pekat,jangan terlalu banyak air). Lulurkan pada seluruh badan n gosok-gosok sikit bagi semua daki-daki yang degil tu keluar. Biar lama sikit kat badan dan mandi seperti biasa. Hasilnya kulit jadi lembut, halus dan badan berbau harum. 

Senang je kan? Cubalah =)


*esok baru sambung cite pasal Langkawi ye...uhuk!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

Yeahhh !! Dah ada blogger-droid!!

Assalamualaikum =)


Dah puas godek2 henpon ni baru ai jumpa application blogger-droid kat market...cepat-cepat ai download dan install!


Taraaaaa~


Puas la ai mengapdate ni karang! Haha!


Caranya


*masuk market application --> social --> swype sekali ke kanan ada lambang facebook --> scroll pula ke bawah cari blogger-droid --> download --> install


Published with Blogger-droid v2.0.2

Langkawi Trip Part 2

Assalamualaikum =)

Sambungan dari Langkawi Trip Part 1. (sorry entry ni memang penuh dengan makian!)

*semua nama yang diguna dalam entry ni nama betul. Kalau korang pi Langkawi dan berurusan dengan nama yang sama, hati-hati la ye.


Abang ai pun ape lagi..angin la dia. Abang ai yang sulung ni dari tadi dia cool je, tapi sekarang memang dah hilang sabar. Dah la dapat kereta nak tercabut body, gegar sana sini. Dengan bau busuk, kepam. Tali seatbelt tak boleh pasang! Dah tu semput-semput! Road tax pulak takda. Memang kereta ni layak jadi tukun je!

Abang ai terus direct call kat K.Syirah tu, untuk complaint pasal roadtax dan condition kereta. Dia suruh kita pulak yang call orang yang sediakan kereta sebab dia kata dia uruskan je. 

Abang ai call pulak kat mamat nama Azam, mulanya Azam ni jawab tak tahu pape, dia tak sediakan Alza dan Wira. Dia suruh call orang nama Rusdi. Call pulak si Rusdi. 

Dia ni boleh cakap "takda roadtax takpe, takda hal"
Sengal betul. Abang ai dah naik suara, mana boleh! Kita pulak yang kena tanggung risiko. Kalau jadi ape-ape macam mana? Si Rusdi ni suruh kitorang setel sendiri dengan Azam! Dah pulak?? Tadi Azam kata tak tahu menahu. Bangang tak bangang diorang ni???

Abang ai call balik kat Syirah sebab ni semua patutnya Syirah tu yang uruskan, bukan kitorang! Tak lama, si Azam tu call abang ai balik tanya mana lokasi sebab nak hantar road tax. Macam bodoh kan?? Tadi tak mengaku. Kitorang pun tunggu la kat tepi jalan dekat dengan Petronas Tok Senik, tunggu mamat bongok ni datang. 

Dia sampai, minta maaf sikit pun tidak. Buat muka selamba turun kereta dan pasang roadtax. Kitorang tengok je dengan hati panas. Dah setel. Terus blah gitu je.

Tak sampai 100meter kitorang gerak, abang ai perasan nombor plate kat roadtax tu salah! Mamat bongok tu pasang roadtax kereta lain! Perrrrhhhhh memang menyirap! 

Abang ai cakap, "Harap badan besar, jalan macam gengster nak cari gaduh, tapi bodoh macam lembu!" 



bersambung lagi....

Friday, December 23, 2011

Langkawi Trip Part 1

Assalamualaikum =)

Ambil masa betul nak buat entri percutian ke Langkawi ni. Ingatkan nak ceritakan semalam tapi semalam tak berapa sihat, kepala 'tingtong' dan perut sebu kesan minum teh kurus! 

Hari ni ai ceritakan sikit dulu ya.

Ai dan famili naik feri di Jeti Kuala Perlis. Cuti sekolah kan, punya la ramai umat manusia. Nasib baik akak ai dah booking awal-awal, jadi tak ada masalah pasal feri. Perjalanan hampir 1 jam tapi tak terasa sangat masa berlalu sebab dok melayan anak-anak buah yang over excited tengok laut!



Sampainya kami di Pulau Langkawi disambut dengan 1001 masalah yang ditimbulkan oleh agensi yang menguruskan percutian kami. 1stly, masalah kenderaan. Akak ai dah reserve awal-awal shuttle van yang panjang tu untuk kegunaan kitorang nak pusing-pusing pulau nanti. Duit pun semua bayar dah.

Nak tau diorang kasi ape? Sebuah Perodua Alza. Kitorang ni yang seramai 10 orang dewasa nak sumbat dalam Alza? Belum campur lagi 4 orang anak-anak buah ai yang buas tu. Beg-beg semua pulak nak campak mana? Dengan stroller baby lagi?

Akak ai dah buat muka bengang, hubby dia call balik kat orang yang handle ni (K.Syirah) tanya kenapa dapat Alza, sedangkan dah reserve van dari bulan 8 lagi. Dia bagi alasan van tak ada, sebab ada pelancong lain yang belum pulangkan van sebab nak sambung cuti (eh, helo! dats your problem! Not us!!) Dah bincang-bincang (campur berbakul2 komplen) diorang setuju nak kasi sebijik lagi kereta, tapi kena tunggu lagi sejam!  Memang mintak maki kan diorang ni? Ape lagi, bersila la kitorang kat situ menuggu kereta lagi satu.

Ce teka kereta apa diorang kasi? Sebijik wira yang ada penyakit parkinson macam nak tercabut semua body! Bau nya dah la busuk! Bau kepam tau tak. Orang yang hantar kereta tu awal-awal dah blah, takut kena sembur agaknya.

Berhimpit-himpit la kitorang naik wira dan alza dengan beg-beg yang besar gabak. Otw nak ke Malibest Resort, abang ai perasan satu benda. Kereta tak ada road tax!


Bersambung...

Wednesday, December 21, 2011

WW: Telaga Mahsuri & Lobster =)

Assalamualaikum =)

Puas dapat tengok telaga mahsuri dengan mata kepala sendiri....

Puassss gila dapat makan lobster berkeju! Nak membayor nye pun 'puas' jugak le :p

Kaitan antara kedua-dua gambar adalah KEPUASAN semata-mata =)


*short update je,lepas ni nak terjah balik kat korang semua yang datang sini masa 'ketiadaan' ai. Dah setel jengah semua baru ai up entry pasal Langkawi okeh. Banyaaaaaak sangat nak cerita, yang hepi ada yang bengang pun ada. Ai nak reveal satu-satu supaya korang-korang yang plan nak pi Langkawi tahun depan tak 'terkena' macam family ai. Stay tuned!

*eh, macam bukan entry WW jek? Ah belasah lah! Haha!!

Sunday, December 18, 2011

Malibest Resort....disaat ini

Assalamualaikum =)

Selamat hari Ahad semua!  Apa aktiviti korang harini? 

Disaat ini ai dan famili semua berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. Dah lama planning, baru hari ni tercapai hasrat kami semua. Sebenarnya, kitorang dah ada kat sini dari semalam (Sabtu), cuma buat autopublish hari ni. Yolah, mana nak berjalan lagi, nak update entry lagi. Yer dak...ai ni dah la tak reti lagi nak update entry pakai phone walaupun pakai smart phone....haru kan...isy isy isyyyyy...

Pernah dengar ke Malibest Resort? Ai pun baru pertama kali dengar bila kakak ai buat reservation ari tu. Total cost ai tak ingat, tapi murah saja. Untuk satu family ai 10 orang dewasa dan 4 kanak-kanak tak sampai 2k termasuk dengan kos sewa van. Nanti lah,kalau ai dapat details harga semua ai update. Mana la tahu kot korang berminat kan. =)

Ni gambar-gambar sekitar Malibest, ai amik dari website diorang. Nampak cantik dan tenang. Hopefully, bukanlah indah gambar semata-mata....kan....layannnn







Tak sabar nak berenang-renang dan snap gambar banyak-banyak! Nak bagi tunang ai jeles! Muahahahaha (gelak jahat! =P) - dia belum sign, so takleh ikut...ngeee

Saturday, December 17, 2011

Jom tukar setting mobile template kat blog!

Assalamualaikum =)

Korang pernah masuk ke blog sendiri guna smartphone?

Ai try masuk blog ai, wow! Suke sangat dengan view blog versi mobile! Loading pun laju dan tak ada gambar yang error. Nampak muat-muat aje. Tapi sorry la, ai tak dapat nak snap gambarnya.

Blog korang macam mana? Mesra mobile tak? Ha, kita dah belajar seo mesra enjin Rabu lepas, harini kita belajar blog mesra mobile pulak eh =)

Macam mana nak pasang setting mobile template untuk blog?

Kita refer kat entry Akulah Pak Lan di entry Tips of knowing your blog audience ni.

1. Settings -> Email & Mobile -> Mobile Template 
2. Yes. Show mobile template on mobile device 
3. Choose you template. 
4. Save. 



Jangan lupa tukar tau! 

Friday, December 16, 2011

Henfon canggih pun tak reti guna.....hurmmmm...

Assalamualaikum =)

Dulu ai pernah merungut kat entry hadiah yang menduga kesabaran, dan semua masalah tu dah setel dengan bantuan my frens Sherry dan abang ai. Alhamdulillah. Nak harapkan maxis, mencekik!

Cumanya sampai sekarang ai belum reti-reti lagi nak guna function henfon ni sepenuhnya. Nak SMS pun terasa lembab gila. Henfon idak le canggih mana tapi touch screen, tersalah touch sikit,keluar ntah hape-hape. Dan dah nak dekat sebulan ai pakai henfon ni, baru hari ni ai tahu nak taip SMS boleh pakai swype je. Tarik-tarik jari gitu. isyyyy....ai ni memang jenis 'rabun teknologi' sikit.

recycle gambar lama jelah :p

Henfon lama yang pinky tu kasi mak ai pakai. Ayat pertama mak,

 "camana nak ambik gambaq?"

Tu dia. Penuh la gambar 'camwhore' mak lepas ni.

Sekarang ai tengah pulun menggodek-godek macam mana nak post entry pakai henfon ni. Masuk blogger boleh, masuk ke new post boleh, tapi bila nak menaip tak keluar pulak keypad untuk menaip. Macam mana eh??

BR1M sekali seumur hidup tapi cukai pendapatan bayar seumur hidup??

Assalamualaikum =)

Ai baca ni dekat FB...ntah..harap sangat benda ni tak betul. Tak habis 'lemas' lagi dengan lembu, jangan lah timbul yang lain pulak.....

Thursday, December 15, 2011

Belajar buat entri asas SEO cara mudah

Assalamualaikum =)

Wuiyoo tajuk entri macam dah terer sangat bab-bab SEO ni eh? Tak tak, ai tak terer langsung, tapi tahu sikit-sikit tu ada lah. Ai tahu ada antara kakak-kakak adik-adik yang tak pernah nak ambil tahu dan tak ingin pun nak ambil tahu ape menatang SEO ni. 

Bagi ai, sambil selam kita minum air. Sambil nak cerita ape kita masak harini sambil kita 'pancing' google dengan keyword masakan kita tadi. 2 in 1. Jadi,kurang-kurangnya sumber trafik kita takda la bergantung sepenuhnya pada follower tegar, blogwalking @ ping entry saja kan?

Ai kasi yang ringkas saja, supaya mudah faham. Merujuk pada gambar kat bawah ni,kononnya ini isi entry kita.


Okeh, nampak kan keyword utama yang ai guna kat entry atas ni adalah buah ceri.

1) Tajuk entry - Buah Ceri warna merah adalah lebih baik dari Merahnya buah ceri tu. Maksud kat sini, letakkan keyword buah ceri di depan tajuk entri.

2) Penyusunan keyword buah ceri - ai letak di permulaan entri, tengah, dan dihujung sekali.

3) Gambar - sebelum insert image, make sure rename dulu gambar yang nak dimasukkan dalam entry dengan keyword buah ceri ni tadi. Asalnya mungkin DSC013499.jpg jadi rename kepada gambar buah ceri @ buah ceri. Contoh, try save image kat atas ni korang tengok ai letak nama apa? =P

4) Anchor Text Link atau bahasa yang kita mudah faham, link yang kita nak tunjuk biasanya kita tulis ---->KLIK SINI jadi tukar, letak tajuk entry @ keyword dan baru link kan. Contoh ai nak link ke entry DIY Bunga tisu <------macam ni.


Ni saja yang selalu ai amalkan bila buat entry, sampai dah terbiasa. Jadi, tak terasa leceh pun. Paling malas pun ai mesti akan rename dulu gambar sebelum letak dalam entry.

Hasilnya? Boleh tengok di entry kesan BERSIH dan Muhasabah diri dengan trafik 11,000 PV semalam.

Ni komen dari Rebellion yang 1st time masuk kat blog ni di entry Blog aku dan Follower. Thanks Rebellion! Tapi tadi ai cek dah jatuh nombor 3..hehe...

Hokey2...selamat berSEO ya =)


*ni semua ai belajar dari blog AriffShah. Tq so much!

*UPDATE : Maksud SEO adalah Search Engine Optimization. Kiranya macam kita buat entri yang mesra enjin Google, Yahoo dan lain-lain. Contoh, orang taip 'buah ceri' (keyword) dan blog ini duduk paling atas sekali (contoh je! jangan la korang pi taip betul2 pulak,memang tak jumpa le). 


Jadi kebarangkalian nak dapat klik ke blog korang tu lebih tinggi. =)

Inspirasi Bunga Carnation

Assalamualaikum =)

Hey, ya! Ada sihat? Harini ai nak kongsi sikit inspirasi ai untuk buat bunga telur (lagi-lagi bunga telur!). Barang-barang ai beli sikit-sikit kat kedai kraft kat area rumah, beli untuk try buat je, jadi ke tidak tak tahulah. InsyaAllah, ai nak try buat bunga telur crepe paper yang berinspirasikan bunga carnation yang cuunnnn gile ni. Cara buat ai follow cara yang Martha Stewart tunjuk kat website dia.

Putih

Pink



Minta pendapat sikit......... ok tak? My frens kata kalau putih lagi cantik. Tapi ai nak tunjuk kat mak dulu...ape pun kena mintak pendapat mem besar...hehe..yang ini ai buat macam dalam entry sebelum ni, tapi macam 'bosan' je. Nak try buat style lain lah lepas ni.



Tunang ai kata simple sangat... =.=*

Wednesday, December 14, 2011

5 Blog Wanita pilihan Munnafendy 2011

Assalamualaikum =)

Buat masa ni ai tengah buat sketch sikit untuk template blog baru, jadi memang tak dapat nak cerita panjang kat entry. Jadi, ai join kejap segmen Ben Ashaari, hopefully blog ai hari ni tak 'sunyi' sangat...hehe..ok dak alasan? Keh3...dah jangan banyak cita, moh kite tengok blog mana yang menjadi pilihan ai hari ni =)


JengJengJeng!



Suka baca entry TiTi..ala2 Bujal tapi versi pompuan =)




Ni tak paham, akak miloais tapi header ikan dalam balang? Hurmmm...suspicious kata tunang ai. Haha! Kalau suka baca novel boleh terjah blog akak milo ni eh, dari a-z akak milo boleh cite sinopsis dengan senang hati =)




Blog kak Rai ni pun best! Selalu cerita pasal anak2, pasal hal-hal kat ofis..kekadang terkena kat batang idung ai jugak..hurm same situation la kite kak.


Kak Queen paling rajin datang komen kat blog ai. Paling ai suke setiap komen yang ditinggalkan semua bernas2 dan paling berkait dengan entry...bukan sekadar komen utk tinggal jejak. Lov u lah! Tapi sekarang lama dah kak Queen tak update..nape eh? =.=*



Kak Bui ni Sarawakian! Jauh kan? Kak Bui ni salah sorang blogger yang 'ramah' kat blog. Ai suke sangat!


Ok, next time korang pulak eh... (insyaAllah)

WW: Dua makna Part 3

Assalamualaikum =)




Hari ni punya senang sikit, ada clue. So, sila teka! =)

Tuesday, December 13, 2011

5 Cool Blog Pilihan Munnafendy 2011

Assalamualaikum =)


Rasanya sempat lagi kot ai nak join segmen Ben Ashaari, tamat kul 5 petang. Lamaaaa sangat tak join segmen Ben ni. Hari ni agak rajin sikit nak bw, so join segmen dulu.. Korang cool? Korang rajin?? Jom la join sekali =)


Ni kutu bukan sebarang kutu k, kalau baca blog Puan Kutu confirm tak mati kutu! Haha!

Ye, itu adalah header blog kak Ina. Kui kui kui (ayat kak ina :p)



Blog Bujal! Kelakar Bujal ni, mesti baca entry dia =)


Ni blog takde header, so ai cilok dia punya gambar profile! Huahuahua!


Blog PakLan yang penuh dengan Gadis! Woha!


Satu lagi tak boleh nak curi header! Nak tahu sape? Klik bawah ni





Banyaaaak sangat blog yang nak disenaraikan sebenarnya, tapi 5 ni kire memang dah shortlist sangat dah. Yang lain-lain pun cool-cool hot gitu..hehe

Please lah SOCSO!

Assalamualaikum,

Bulan Ogos lepas, ai dah pernah buat entri pasal SOCSO , mengenai nama ai dan nombor kad pengenalan tak tally. Mati-mati ai ingat semua tu dah setel. Tapi rupanya tak! Hari Sabtu lepas, ai punya account manager tunjuk dokumen dari SOCSO dan kesilapan yang lama tetap tak berubah. Nombor kad pengenalan ai tapi keluar nama orang lain.

Automatik ai rasa darah dah naik sampai ke telinga. Ai bukan nak marah buta tuli gitu je, ai tahu kesilapan macam ni memang biasa berlaku. Tapi ini dah kali ketiga ai report, kenapa still lagi diorang tak buat pape? Pelik tak diorang ni? Dah la nak call payah kemain. Korang tahu tak camana hazab nak call SOCSO?? 

Pagi ni ai call dah lebih 10 kali. Sekali, transfer line punya la lama kat person in charge tapi tak berangkat. Tup-tup letak macam tu je. Lepas tu ai call langsung tak angkat dan talian sedang di gunakan. 

Yang ai lagi geram, masa nak di betulkan dulu, orang yang bercakap dengan ai tu dah la kerek, bercakap pun nak marah-marah. Macam bagus sangat buat kerja tapi habuk pun tarak. Isy, memang terasa hangin satu badan ni.

Nasib baik la ada Shila Amzah, sejuk sikit hati ai pagi-pagi ni. Merdu ohh suara dia nyanyi lagu Empat Dara~




Saturday, December 10, 2011

Rumah kena masuk pencuri pulak dah!

Assalamualaikum,

Ai ingat hari ni nak pergi jalan-jalan nak survey barang-barang nak buat bunga telur. Survey saja la, tengok kedai mana yang ada banyak pilihan warna dengan harga murah. Kalau murah seposen pun ai amik kira tau. Bajet!

Tup-tup tadi tunang ai mesej, katanya rumah kena masuk pencuri. Ikut istilah betulnya 'kena masuk' tak sesuai nak kata kena pecah sebab ada orang lain dalam rumah, tapi tak sedar ada 'toyol' yang menyelinap masuk! Yang ada kat rumah masa tu mak tunang ai, tengah mengaji kat dapur (ada ruang untuk solat), tunang ai tengah tido kat tingkat atas (baru balik kerja shift malam) dan adik lelaki jugak kat tingkat atas.

Kata mak die, masa tengah mengaji memang dengar bunyi pintu pagar dibuka, tapi ingatkan orang sebelah..so maknye biarkan je lah..sedar-sedar adik tunang ai cari-cari wallet tak ada, handphone tak ada, laptop pun lesap! Ai tak tahu nak kata apa, tapi tunang ai memang tengah ralat gila sekarang ni...yelah, benda boleh di elak....tapi dah nak jadi kan. Rezeki adiknya setakat itu saja...mungkin.

Setiap masa, pagi ke malam ke kita kena beringat, kat rumah sendiri belum tentu selamat dalam segala hal. Leka sikit, habis. 


Wahai pencuri,

Friday, December 9, 2011

Doodle Pengantin untuk Si Gadis

Assalamualaikum =)

Petang ni ai extra rajin nak buatkan doodle pengantin khas untuk bakal pengantin iaitu Gadis, tuan punya blog Gadis At Home. Gadis request doodle color oren dan hitam. Erm, maybe tema majlis gadis nanti kot? Cun! Apa kata Gadis tolong ai pulak pilih color untuk wedding ai nanti?? Hehe =)

Nah, sooooo sorry kalau tak menepati citarasa Gadis. But I really hope u like it! Kalau ada yang nak di alter bagitau eh.




Ramai yang tanya ai lukis pakai tools ape..ni nak habaq mai...ai lukis pakai Autocad 2010. Dan ai lukis sambil layan video kat bawah ni. Enjoy!


Aku sudah mati....ini kisah hidup aku.

Assalamualaikum =)

Salam Hari Jumaat semua. Ai nak share satu video yang sangat menyentuh hati ai. Seriously, air mata bergenang, mengenangkan dosa-dosa lampau ai selama ini.

Kita adalah apa yang kita pilih. Dan bagaimana kesudahan hidup kita, menerusi jalan yang kita pilih? Mati tak kira masa dan tempat, tapi kita masih lagi berlengah-lengah. 

Yaa Allah...ampunkan aku atas semua dosa-dosaku , dosa kedua ibubapaku dan muslimin muslimat yang lainnya. Berikanlah kami petunjuk, berikanlah kami kekuatan, tetapkan lah iman kami Ya Allah. Amin amin amin.


Nasihat Ustaz Azhar Idrus =)

Assalamualaikum =)


Dah tak aktif kat FB. Kenapa ntah??

Thursday, December 8, 2011

Doodle pengantin lagi dan lagi

Assalamualaikum =)

Short update saja petang ni ya. Hari ni kat office tak ada kerja langsung. Zero. So ai manfaatkan masa yang ada dengan mengupdate lagi doodle-doodle pengantin ai. Sempat buat 4 doodle, tapi dua je yang sempat ai colorkan. Yang lain togel lagi, so update yang ini dulu lah ye. Any comment? Tq ya =)

Senarai doodle pengantin yang lain ada kat kartun kahwin 1  dan kartun kahwin 2.





Jangan tanya kenapa doodle ai takda jari. Leceh!

Tema majlis perkahwinan 2012

Assalamualaikum =)

Buat masa ni, cuma perkara ni saja yang bermain-main kat fikiran ai. Nak kawin pakai color apa...color apa...color apa?? Tunang ai pelik orang perempuan ni takda benda lain yang nak diserabutkan kalau bukan pasal color la, baju la, pelamin la, make up la...ntah hape-hape lagi. Of course la kan? Ni bukan 'tugas' orang lelaki nak fikir benda alah ni semua..haha

My sister suggest pakai color biru turqoise, tak berapa minat sangat tapi masih lagi dipertimbangkan. Banyak color yang betul-betul memikat hati ai sampai tak tahu nak pilih yang mana. Akak-akak, adik-adik, abang-abang boleh tolong pilihkan?


Teal Blue




Tiffany Blue


Adoreeeee gila dengan veil Elyana ni!

Jom Tambah Follower =)


Macam biasa, segmen Cik Lulu. Nak join klik banner okeh.

Selamat Datang dan terima kasih sebab follow blog cikai ini ya =)

Wednesday, December 7, 2011

Dah potong =(

Ni gambar sebelum, tu la dok tanya sangat bila nak potong...bila nak potong....



Sekali dia potong betul-betul....hhuuuuuuuuu



Sapa dia? Tunang ai la =)

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat