Assalamualaikum =)
Lelaki ni sebenarnya dah putus dengan minah curut. Lepas minah curut ni dapat tahu lelaki ni dah ada awek baru, minah curut ni melekat balik dekat lelaki ni dengan alasan nak jadi kawan rapat. Minah curut ni tau yang lelaki ni dah ade awek dan dia kenal dengan awek tu. Lelaki ni pulak, jenis friendly dan berkawan dengan semua termasuklah dengan minah curut. Tapi minah curut ni tak peduli semua tu yang penting misi dia terlaksana. Iaitu misi merampas.
Ini situasi Awek dan minah curut.
Awek - “ Er, ko dengan bf aku ade apa-apa ke beb”.
Minah curut - “ Eh, kitorang kawan baik je, takde ape-ape lah.”
Awek – “ Oh, yeke, ok ok takde hal.”
Dalam hati minah curut berkata macam ni lebih kurang :
”Eleh..baru jadi girlfriend nak lebih-lebih, bukannya kau tu tunang dia ke, bini dia ke. Sedangkan bini orang pun boleh bercerai, inikan setakat girlfriend!”
Katakanlah lepas ni si awek dan si lelaki tu betul-betul break up sebab minah perampas tu. Persoalannya sekarang, bolehkan minah curut seperti ini diterima sebagai ahli masyarakat kita? Mengapakah harus kita menerima manusia seperti ini sedangkan dia boleh mendatangkan kemudaratan dalam hidup kita. Perlukah kita berdendam dengan manusia seperti minah curut? Adakah anda menyokong perbuatan minah curut?
Jawapan aku.
Manusia macam ni memang kesian. Umpama parasit kat pokok getah yang tak cukup kasih sayang. Hati dia mungkin dah mati @ tengah nazak, umpama Dark Witch dalam siri The Cave of The Golden Rose yang sakit hati bila tengok Fantaghiro dengan Ramueldo berkasih sayang dan saling mencintai.
Jadi pendapat aku, abaikan dia. Jangan layan, Anggap je dia macam kentut busuk yang akan berlalu dan hilang.ditiup angin. Biar la dia nak meroyan ke, nak bunuh diri ke, itu urusan dia dengan Allah SWT.
Yang selalu orang tak nampak adalah LELAKI tu.
Orang tak nampak pun salahnya LELAKI tu.
Semua orang, baik lelaki @ perempuan masing-masing dok hentam perempuan perampas tu, tapi yang lelaki dibiarkan tersengih-sengih macam kerang busuk, "Yeah im the man..hoho!"
Sayang...bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Pokok pangkalnya hati lelaki itu yang teguhnya setakat mana?
Dia kata hanya kawan, dia kata dia friendly.
Tapi dia lupa, dia tak mampu nak baca dan control hati perempuan perampas.
Dia kata tak nak bermusuh dan nak lupakan sejarah silam.
Tapi dia lupa dia dah buka ruang dan jalan untuk perempuan perampas.
Dia kata dia taknak sakitkan hati orang lain,
Tapi dia lupa dia dah sakitkan hati wanita yang dia sayang hanya demi perempuan perampas.
So thats why, bila jadi macam ni aku tak marahkan Memek, tapi aku rasa nak lempang Nomiang.
Lelaki, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Dan untuk perempuan perampas tu, jangan lupa dunia ini bulat. What goes around comes around.
 |
| sejak akhir-akhir ni terasa murah benar air mata T.T |
*eh, entry ni tak ada kena mengena dengan yang hidup @ mati kecuali kalau korang baru lepas makan cili =P