Panjang jugak fikir nak buat entry ni..Seingat aku, sejak buat blog ni ntah berapa kerat je la aku show off wajah buat hati. Dan tak pernah bercerita panjang tentang dia.....cuma kekadang ada juga terselit nama
Enche Fendy dalam entry....
Hubungan kitorang terjalin tak macam orang lain. Betul, memang lain. Kitorang berkenalan bukan kat restoren kFC, bukan kat karaoke, bukan di Dewan Kuliah, tapi di laman sosial. Terngiang-ngiang pulak lagu Najwa Latif - cinta mukabuku..(=.=*). Haaa...tapi bukan FB tau. Pernah dengar Imesh? Tak pun Bearshare? Tak pernah? Ha, p cari kat google ye.
First time kitorang berchatting (Disember 2010), topic yang diborakkan langsung tak romantik! Takde langsung perkataan "sudi tak saya nak berkenalan dengan awak?" so wat ever, tapi kitorang bincangkan tentang niqab @ purdah....tak masuk dek akal kan...tapi tu la bermulanya perkenalan kitorang...lagi menarik, dia tak pernah tahu macam mana rupa aku. No picca at all.
Sebulan lepas tu (8 Januari), baru kitorang bertukar no fon dan bermesej...rasa selesa berkawan dengan dia sebab ada saja topic untuk diborakkan. Tak bosan. Hari Jumaat 14 Januari 2011, ntah dari mana angin datang, aku ajak dia pergi tengok wayang. Yes, aku yang ajak ok.. First time jumpa 15 Januari...cerita apa? Khurafat. Hambik kau lebam bahu mamat tu kena cakar dengan aku....hahahahaa (serius cerita tu memang gila seram!)
Hari pertama jumpa, kitorang dah dapat rasa semacam ada keserasian..tiap kali bercakap ada je nak 'tersama' cakap..asyik nak bertembung je..pastu masing-masing terkelu dan berpandangan.. "saya tak tahulah apa maknanya tapi saya harap yang baik-baik"....itu ayat keramat yang aku ingat sampai sekarang.
Then esoknya jumpa lagi keluar makan bersama. Masuk hari ketiga, keluar lagi! Tapi kali ketiga ni lah yang merapatkan lagi hubungan kitorang. Malam tu, lepas dia hantar aku balik...baru je aku masuk rumah dan buka tudung dia call...dia kata eksiden....perhhh...memang berderau darah ni. Aku terus capai shawl dan kunci kereta terus pergi tengok dia. Aku rasa nak pengsan tengok kereta dia. Remuk teruk. Depan belakang kiri kanan barai! Mata ni melilau cari dia kot-kot tersepit ke hape...nampak dia dah kat tepi, berlari aku dapatkan dia. Oi, kalau lah tu laki aku memang rasa nak peluk dah! Lega gila.....nasib la masih waras....hehe
Nasib lah dia ok, cuma luka sikit kat leher sebab terentap dengan seat belt. Erm....dari situ dia kata (ni dia yang kata ok) dia dapat rasa something kat aku....ntah....tapi sejak kejadian tu kitorang makin rapat...tapi tak pernah declare apa-apa pun. Dan kitorang tak pernah act macam loving couple, jauh sekali nak ber 'i love u', 'u love me' cuma hati masing-masing faham..
Genap sebulan selepas tu, iaitu 14 Februari 2011.....dalam kereta (otw nak pergi makan) dia tanya..
"awak, kalau kita bertunang ok tak?"
Aku renung wajah dia dalam-dalam.
"ok kot..."
Esoknya 15 Februari 2011 (maulud nabi) kitorang pergi survey barang-barang untuk dibuat hantaran bertunang. Kitorang plan dulu segala persiapan dan awal Mac 2011 baru lah bagitahu family masing-masing. Awalnya plan nak tunang bulan Mei..pastu terasa macam rushing sangat so kitorang pilih Julai 2011...
23 Julai 2011...tersarung sudah cincin dijari...siapa sangka perkenalan di alam maya dalam masa yang singkat boleh jadi seperti sekarang. Doakan jodoh kami kuat hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat....amin...
 |
| inilah Munnafendy =) |