Tuesday, May 31, 2011

Blog Munnafendy Blog Berinformasi

Sebagai entry penutup untuk Mei 2011, aku nak kreditkan ucapan terima kasih banyak-banyak kat tuan blog Qiszana, sebab dah memilih Munnafendy sebagai pemenang untuk Blog Berinfomasi.

Bertambah-tambah semangat untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang. Tapi jangan salah sangka, blog ini adalah blog peribadi yang mengutarakan isu-isu semasa dan berkongsi maklumat, bukan blog copy-paste paper online....clear ye....

Thanks Qiszana dan selamat tinggal bulan Mei!

*psssstt....tak lama lagi Munnafendy nak anjurkan satu segmen...tunggu~

Pernikahan Salih Yaacob dan Perihal Payung Emas

Tahniah diucapkan kepada Salih Yaacob atas pernikahannya dengan Isteri ke-4, Samihah Sheikh Ali. Berseri-seri betul muka Salih Yaacob tak macam orang umur 50 tahun, patutlah isteri yang muda remaja boleh berkenan kan....apa rahsia? Tak kuasa nak amik tau...haha


Kalau nak tengok gambar lagi, pergi ke blog Hazrey sebab blog Munnafendy bukan blog gosip artis okeh...

So motif entry ni cuma nak cakap sikit pasal istilah Payung Emas yang selalu disebut, kononnya sebagai ganjaran kepada isteri kerana membenarkan suaminya berkahwin lain.

Monday, May 30, 2011

Seharian di Sunway Lagoon memang syiok!

Baru dapat nak update blog kejap, seharian mengadap drawing sampai sakit-sakit pinggang. Nak cerita pasal aktiviti hari Sabtu lepas, main air di Sunway Lagoon, tajaan Cik Ezza...Bak kata Cahaya Kehidupan, benda free memang best! Ahaks!

Sampai agak lewat, tu pun dah habis pecut dah lepas balik kerja. Terserempak dengan Dynas kat pintu masuk. Jenuh nak explain kat Enche Fendy siapa Dynas. Bila aku sebut cerita Susuk baru ingat. Agaknya Dynas dah tak femes lagi kot..?

Mandi nanti dulu, yang penting main puas-puas. First kitorang naik benda yang pusing-pusing tu aku pun tak tahu la nama dia, macam gambar kat bawah ni,

Saturday, May 28, 2011

Go Sunway Lagoon Go!!!

Hari ni takmau cakap banyak tapi nak bagi korang semua jeles! Muahahaaha...
Munna dapat tiket free ke Sunway Lagoon!! Yuhooooowww...!!!!
Sape yang baik hati sangat tu?
Tara..!!
Cik Ezza dari blog Me, Myself and not Irene
Thanks soo much, dapat sebab join GA Cik Ezza yang simple bangat. Tau-tau dapat tiket free...^^

Thanks jugak kat Enche Fendy sebab sanggup bangun pagi-pagi pergi amik tiket kat Cik Ezza, sebab aku kena kerja la pulak. Takpe2 jap g nak berendam puas-puas!

*Hope dapat jumpa tuan punya blog comel tu...Enche Fendy kata lawa...hamboi..

Friday, May 27, 2011

(Gambar) Disco La Meca Mosque - rekabentuk Masjidilharam dijadikan disko!

Semalam dah 'terbaca' blog makcik sengal alwuzara tu. Walaupun SKMM dah sekat blog laknat tu tapi nampaknya makcik tu dah try alternatif lain pulak nak menyesatkan umat Islam kat Malaysia ni. Apa yang dia nak buat lagi tak tahu lah.

Cuma apa yang aku boleh nasihatkan, kalau makcik tu buat lagi blog @ website yang menghina dan memperlekehkan Islam, JANGAN sesekali komen kat situ , makin ramai yang komen maka bergembira sakanlah makcik tu. Misi berjaya! Kan? Mana lah tahu akidah tak setebal mana kita pulak yang terpesong nanti. Dari pembacaan aku kat blog dia, makcik ni pandai putar belit ayat-ayat Al-Quran. Jadi hati-hati lah. Dah ramai menasihat kat komen tapi digelakkan je makcik tu.

Ok, pergi ke tajuk entry ni balik, lagi satu hal yang berlaku kat Aguilas, Murcia (Selatan Spain). Betapa kurang ajarnya mereka bila rekabentuk asal masjid ni diubahsuai menjadi disko yang lengkap dengan kolam renang, dewan tari menari dan cafe arak!

Tak tahu lah nak kata apa, agama Islam sekarang dibuat main pulak. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan, berikanlah mereka petunjuk...sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui..

Aku dapat tahu ni pun dari sahabat jauh nun di Jordan, dari blog beliau Tartus. Thanks Nazri. Perhatikan gambar-gambar ni, tengok dari luar memang nampak macam masjid. Boleh keliru kalau ada musafir yang lalu..

Thursday, May 26, 2011

Kelegaan

Legaaaa sebab,

1) Kerajaan dah umumkan tiada kenaikan harga minyak Ron95 buat masa ni. Alhamdulillah. Banyak duit nak pakai ni wey...

2) Barang-barang hantaran untuk bertunang semua dah siap beli, tak termasuk buah dan manisan...tinggal nak hias je lagi...

dari Enche Fendy utk i~

dari i untuk enche Fendy~
3) Enche Fendy dah datang jumpa my parents kat kampung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. So far ayah takde lah nak tanya soalan cepumas yang mengarut-ngarut...nampak macam boleh ngam je. Rancak betul berborak...sampai hal zaman muda mudi ayah pun dia tahu padahal kat aku pun ayah tak pernah cerita. Hampeh betul... (pandai jugak enche Fendy ni amik hati orang tua eh? huhu)

Wednesday, May 25, 2011

Lynas - tak rela bersubahat!


Rasanya ramai yang sudah peka dengan projek Lynas yang mendapat bantahan dari banyak pihak tapi masih lagi diteruskan. Sebelum tu jom ramai-ramai sokong bantahan projek Lynas di Malaysia ini.

Sedikit info tentang projek Lynas di Gebeng, Pahang.

1) Sebuah industri Rare Earth (tanah jarang) yang dibina oleh Lynas, sebuah fima dari Australia. Kilang akan memproses sejenis logam yang digunakan untuk membuat bom, iPhone, body kereta dan lain-lain dan pastinya mendapat permintaan yang TINGGI di negara-negara maju kerana tidak banyak negara yang berani mengambil risiko untuk memproses bahan ini. China adalah negara yang memonopoli permintaan dunia sehingga 95%.

2) Kilang ini akan memproses bijih yang dilombong dari Mount Weld Australia dan dibawa ke Malaysia untuk diproses. Sanggup bawak jauh-jauh, tu Australia yang sayangkan penduduknya...dan kita pula terima...alahai~

3) Kesan rare earth akan menghasilkan sisa radioaktif yang banyak dan merbahaya iaitu 20,000 tan setahun. Ia boleh mencemarkan air dan udara, menyebabkan kanser dan kematian tanpa diketahui jenis penyakit!

4) Kilang ini ditolak pembinaannya di Australia kerana mengancam keselamatan penduduk, sedangkan Australia lebih besar keluasannya berbanding Malaysia. Lihat ulasan rakyat Australia dalam video ini.

Tuesday, May 24, 2011

Wanita Lewat Kahwin - apa puncanya?

Baca kat Mstar semalam, tentang isu wanita kahwin lambat. Nampaknya LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pun dah risau tentang kahwin lambat yang seolah-seolah menjadi trend. Pagi tadi kat Hot Fm pun buat perbicangan pasal ni. Ramai yang hot nampaknya...

Bagi aku sendiri, banyak faktor yang boleh diterima akal kenapa ramai wanita kahwin lambat. Kenapa?

1) Pendidikan.
Berbeza gila dengan zaman mak-mak kita, belajar ada yang takat darjah 6 je. Tapi sekarang? Semua mesti ada sekurang-kurangnya SPM. Maknanya umur 17 tahun. Dan tak ramai yang berhenti setakat tu je, majoritinya akan sambung ke Diploma @ Ijazah. So kurang-kurang umur 24 baru habis belajar. Nak kerja cari duit paling-paling pun ambil masa 2 tahun then baru kahwin dalam umur 26 @ 27. Bagi aku itu normal dalam keadaan sekarang ni. Ni belum cerita bab nak buat Master @ PHD.

Monday, May 23, 2011

Cerita Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari

Dalam kesibukan menyiapkan projek Tokyo Street di ofis. Dateline dah dekat! Damn! Aku memerhati sekeliling ofis, suram dan sunyi.

Ida Firdausi awal-awal lagi dah hilang, ada blind date dengan Bro Wacana katanya. Berkenalan di internet, di laman blog Santai Ben Ashaari! Alynn pun dah lama balik, apatah lagi MTT dah lama lesap dengan motor kapcai dia...hurmm...

Jam dah pukul 9pm. Erggghhh gila kerja sampai malam, bila mau naik gaji?? Bak kata Fara berangan je lah...Balik menapak ke stesen Hang Tuah sorang-sorang lagi. Tiba-tiba satu tepukan lembut hinggap dibahu aku. Nasib aku tak bersilat kat situ!

Segmen Kreatif Ben Ashaari Kembali

Nampaknya bro Ben Ashaari nak buat satu segmen kreatif, tapi macam mana rupa segmen tu belum tahu lagi lah. Setakat ni bro Ben nak kumpul dulu blog-blog yang berminat untuk join segmen kreatif ni. So sesiapa nak join bolehh klik kat banner bawah ni,


Tutup jam 2 petang, okeh!

Risiko sebagai Penulis Blog

Dalam entry Plagiat. Tak Malu ke? yang lepas aku dah meluahkan betapa geram dan sakitnya hati ni bila entry kita di ciplak dan diplagiat oleh orang-orang tertentu. Rupa-rupanya perkara ni memang dah jadi satu penyakit dalam dunia blogging ni.

Bro Ben Ashaari ada share something menarik untuk aku dan pe'plagiat tu (betul ke ni? hehe)  sebagai panduan dalam berblogging ni. Sememangnya kita ada kebebasan bersuara tapi tetap tertakhluk kepada undang-undang.

gambar : google

Kenapa saya dengar Hot Fm Am Krew

Biasanya setiap pagi on the way pergi kerja memang aku layan Hot Fm je. Suka dengar celoteh Fara, FBI dengan Wak AG. Diorang pun suka mengambil topik-topik semasa sebagai tajuk perbincangan. Tapi sejak Fara panggil PM datang konti aku dah kureng dengar hotfm.....hehe..



Sekarang ni aku dengar hotfm antara lain sebab nak dengar Hotfm trafik sebab diorang punya laporan sentiasa di update dan tepat. Selalu jugak laporan diorang menyelamatkan aku dari jem teruk. Contoh paling tepat pagi ni.

Saturday, May 21, 2011

Plagiat. Tak malu ke?

Entry agak emosi. Kalau taknak sakit hati jangan baca.



Aku bukan la pro sangat dalam hal-hal blogging ni. Masih lagi bereksperimen dan mencuba sesuatu yang boleh memikat hati pembaca. Tapi setidak-tidaknya aku berdikari sendiri. Menghasilkan entry dari idea sendiri, dari kerisauan hati sendiri dan kehendak sendiri dan persoalan yang bermain dalam fikiran sekian lama.

Aku tak akan sesekali mencuri hak cipta orang lain. Menciplak idea orang. Then you tambah ayat sikit, letak koma tanda seru then tukar gambar then you publish as you punya idea sendiri. Tak malu ke weh? Hangin betul.

Nak tiru pegi la tiru blog-blog otai tu, ada berani? Lain la you bagi kredit letak link satu pun jadi la. As long orang tak kata aku yang tiru kau. Ini tak pasal-pasal si anon kata dah jadi trend buat satu entry tu padahal aku buat sebab aku sendiri nak buat. Bila aku tengok link si anon bagi memang haram, satu dua perkataan je tukar! Malu la weyy....

Sape makan cili dia rasa pedas. Aku tau dia baca entry ni. Kalau tak puas hati sila unfollow dan jangan datang lagi.

Friday, May 20, 2011

(Video) A Day Made of Glass

Petang ni aku nak share satu video yang sangat menarik untuk dikongsi. Sekarang ni dah bersepah orang pakai iPhone, dan ramai yang berlumba-lumba untuk memiliki iPad. Tapi pernah tak korang bayangkan kalau ada iTV @ iTable @ iBUSSTOP @ iWINDOW? Mesti tak faham kan? Video kat bawah ni ada jawapannya.

Jom layan video ni, lagi best dari video seks yang tak kesudahan.

Thursday, May 19, 2011

Sikap lelaki yang menyakitkan hati!

Lelaki selalu kata orang perempuan ni complicated. Susah difahami. Sikit-sikit nak merajuk. Tapi lelaki sedar tak ada antara perlakuan yang boleh mematikan mood perempuan? Tadi tengok tersengih sampai ke telinga, tup-tup tarik muka pula. Kenapa agaknya eh?



1) Bergurau kasar
Perempuan memang mudah cair dengan lelaki yang pandai buat kelakar, yang suka mengusik tapi biarlah kena dengan tempat. Bergurau dengan perempuan tak boleh sama caranya bergurau dengan kawan lelaki. Bila kita tarik muka pandai pula cakap; "eleh,gurau sikit pun tak boleh!"

2) Suka menyampuk
Perempuan kalau rancak bercerita memang syok, beria sakan sampai berpanjangan. Lelaki pulak bila dah bosan mula la menyampuk, paling 'best' bila tiba-tiba tukar topik. Kot ye pun tunggu lah dia habis cerita dulu...

Andai kekasihku dikebas orang - Ben Ashaari kata la..

Soalan hari ni memang bikin panas. Siapa yang suka melompat-lompat kalau kekasih hati dikebas orang kan? Isy mintak dijauhkanlah......sementara berehat kejap dari menghadap drawing yang tak siap-siap, nak join segmen bro Ben Ashaari ni..jom join sekali, sampai tengah malam ni je. Nak join klik banner kat bawah ni yea....


SOALAN segmen kali ini ialah :

" ANDAI KEKASIH KU DIKEBAS ORANG .. APA YANG AKAN AKU BUAT PADA MASA ITU JUGA ? "

"Surah Yassin wajib hafal"

Sejak akhir-akhir ni kuat menyakat Enche Fendy sampai lemaih perut dia! Lepas dah menyatakan hasrat hati kat mak, mak pun bincang lah dengan ayah...aku ni segan sikit nak cakap bab-bab macam ni dengan ayah. Dengan mak ape pun boleh bincang. Ayah aku ni serius orangnya. Garang pun ye.

Minggu lepas ayah tanya "bila dia nak datang? Mana gambarnya?"
Uhuuu...seram sejuk campur hati bunga-bunga.

Saje nak menyakat, aku cakap kat Enche Fendy,

"Ayah nak jumpa. Ayah suruh datang umah. Dari pengalaman dengan abang ipar dulu, siap sedia lah hafal semua rukun Iman, rukun Islam, rukun nikah, doa Qunut, surah 3 Kul dan ape yang patut. Paling penting surah Yassin kena hafal. Lagi satu ayah mesti nak awak jadi Imam solat Maghrib dan Isyak. Lepas tu baru boleh balik."

Wednesday, May 18, 2011

BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN

Kebizian melampau minggu ni buatkan aku tak sempat nak fikirkan topik yang best-best untuk share kat sini. Buat masa sekarang ni penggunaan otak 80% khas untuk projek yang menimbun...lagi 20% untuk makan tido dan bercinta! haha alasan melampau!

Tak mau bebel panjang-panjang, nak ajak korang semua join segmen bro Ben Ashaari. Cepat! Segmen ni expired jam 6 petang ni je. Nak join klik kat banner bawah ni.


Soalannya :

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Jawapan Munna:

TIDAK SETUJU kerana dalam keadaan ekonomi sekarang ni kalau nak harapkan lelaki je yang tanggung semua 100% maka semakin ramai gadis yang lambat kahwin dan semakin ramai lah yang terjebak dalam maksiat. Nak kahwin cepat, lelaki tak mampu tapi sama-sama menahan nafsu. Dari jadi yang tak elok, sama-sama lah berganding bahu....malah perkahwinan atas tanggungan bersama lebih bermakna dan masing-masing tahu hargai. Tapi bila wanita sedia nak ringankan beban, lelaki janganlah ambil kesempatan pula.

lain lah bakal suami tu Salih Yaakob, kaya harta dan kaya juga lah umurnya....hehehe

Tuesday, May 17, 2011

Tokyo Street Pavilion KL done!

Sangat bz sejak dari minggu lepas. Banyak gila design baru nak kena buat. Yang sedia ada pun ada yang siap separuh-separuh. Kepala naik pening tak tahu mana nak lukis dulu. Baru je siap as built drawing Tokyo Street kat Pavilion KL. Ha nanti bila projek Tokyo Street kat Pavilion Kuala Lumpur dah complete, pergi la jalan-jalan kat sana, nikmati panorama Jepun kat Tingkat 6. Aku tak sure bila akan dibuka,nanti dah siap aku inform k...^^



Lepas ni sambung pulak dengan projek untuk Sime Darby......penat.

*dah ada yang merungut aku bz sangat. Sori my dear,nanti dah siap semua kita g makan steak k. huhu

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu Ayu

16 Mei setiap tahun memang ditunggu oleh cikgu-cikgu (betul,cikgu jangan tipu...) dan anak-anak murid lagi la hepi. Best bila ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Ada pertandingan kad kreatif dan tukar-tukar hadiah. Kat sekolah aku (kat kampung) kad kreatif macam-macam bentuk ada. Yang dibuat dari mozek dan cantuman daun-daun kering pun ada. Pastinya aku tak pernah menang pun (tangan kayu!)

Entri kali ini aku nak sampaikan ucapan istimewa untuk kakak aku yang juga seorang cikgu. Cikgu Ayu. Selamat Hari Guru my lovely sister...

Pastinya Hari Guru kali ini buatkan aku sebak dan terharu mengenangkan kakak...aku sebagai adik pun dapat merasa bagaimana sayu dihati, ini kan pula akak yang menanggungnya. Eh, kenapa nak sedih pulak ni......alahai....nak tahu kena baca lanjut...(mode sedih)

Sunday, May 15, 2011

Guruku Aishwarya Rai

Baju putih berkain biru. Pakaian yang meninggalkan memoir manis dan nakal kat semua orang. Seronok bila ingat balik kenangan-kenangan masa mengenakan sorang cikgu addmath yang gatal kat bawah meja, berlatih kawad siang malam, kena denda berdiri ramai-ramai sebab ada pad berdarah kat toilet....alahai~

Cikgu yang paling aku tak boleh lupa adalah cikgu sejarah aku, Cikgu Tamilselvi. Sebab cikgu cantik gila. Serius cantik. Kulit tak gelap sangat, tak macam perempuan India yang lain, kulit halussss (sound macam iklan nescafe..^^), rambut hitam, lurus dan panjang. Paling suka tengok pakaian cikgu yang cantik-cantik dan bling-bling. Baju purple! Sekali tengok macam Aisywaria Rai tengah mengajar Sejarah kat depan kelas...haha

ni wife Abishek, bukan cikgu aku....haha

Saturday, May 14, 2011

Wacana aku nak kahwin bersama Bro Wacana

Lega rasanya bila blogger dah boleh buka...adooi risau jangan cakap lah, takut blog tak boleh akses lagi sekali. Dulu dah pernah jadi, jangan lah ulang lagi...lepas ni kena pertimbangkan nak pakai hosting sendiri lah nampaknya...



Okeh, pagi ni aku nak ajak korang semua join satu segmen wacana dari Pembawa Wacana yang memang rajin buat segmen-segmen macam nih. Join lah, memang tak rugi. Untuk tajuk kali ni, bro PW nak kita bincangkan pasal barang hantaran idaman yang kita nak masa perkahwinan kita nanti.

Ahai memang sesuai sangat lah mood aku sekarang ni...hehe

Kalau korang ingat lagi dalam entri Persiapan Bertunang aku dah senaraikan apa barang-barang hantaran dan keperluan-keperluan lain yang perlu disediakan untuk majlis pertunangan. Jadi untuk melengkapi segmen ni, aku update lagi sekali k.

Thursday, May 12, 2011

Cheryl Samad kahwin, ada yang hot!

Blog hiburan yang aku suka baca adalah OhBulan. Sama macam kat blog-blog hiburan atau politik, ada je si anon-anon yang suka cucuh api kat bontot orang. Siapa yang rajin jengah blog macam ni mesti faham maksud aku kan.

Kalau tak kutuk si artis tu, tukang komen lain pun jadik mangsa nak lepaskan marah. Ha same la macam situasi aku ni. Sampai sekarang aku tak faham ape kena ngan minah tu. (minah kot?)

Semalam aku tengok gambar Cheryl Samad kahwin, dengan hubby Ng Ping Ho kat OhBulan. Comel je dia. Hubby pun cute... Heeee^^


Aku punya komen simple je, "sepetnye hubby dia…nama Islam nye ape?"
Ada pulak yang melenting, (klik kalau tak pakai kanta ok)

Petua Ulser Mulut

Bekerja dalam ofis bertutup dengan air-cond dari 9 pagi sampai 6 petang, memang aku tak tahu macam mana keadaan suhu dekat luar. Enche Fendy ada merungut 2,3 hari ni panas membahang. Tapi bila dalam mulut ada ulser, ha baru aku mengaku panas betul sekarang kan..? Hehe..

Ulser mulut boleh terjadi bukan je disebabkan suhu luar dan suhu badan yang panas, tapi kalau sambil makan tergigit pun boleh jadi juga. Luka sikit pun cepat je bakteria dan kuman dalam mulut datang berkampung, maka jadilah ulser mulut.


ni bukan aku, amik dari en.google

 Antara petua yang boleh dicuba;

Wednesday, May 11, 2011

Jom lepak di bangku kosong

Hari ini aku nak ajak korang semua lepak-lepak kat Bangku Kosong. Alang-alang berjalan menziarah blog-blog baru, jom kita rehat kejap di Bangku Kosong. Bangku bukan sebarang bangku, nama je kosong tapi penuh berisi dengan info.

Segmen ini Enche Hasrul Hassan buat khas untuk blogger yang baru bertatih dalam dunia blogging ni, yang mana followernya kurang 500, sesiapa yang lebih tu, bagi lah peluang kat blogger newbie macam Munnafendy ni kan...hehe bodek jangan tak bodek!



Tapi apa pun, niat nak berblog biarlah betul ye, bukan sekadar kumpul follower semata-mata. Yang penting apa yang kita sampaikan pada pembaca bermanfaat dan menghiburkan untuk semua.

Orait, jangan tunggu lagi, jom lepak di Bangku Kosong!

Ben Ashaari dicemburui siapa?

Ben Ashaari dicemburui siapa? Rasanya ramai kot yang cemburu kat bro Ben. Cemburu atas kejayaan blog Santai Bersama Ben Ashaari yang meletup dan kemungkinan akan merangkul gelaran Blogger of The Year. Sebelum tu dah undi belum? Siapa yang belum undi jom klik kat sini.

Berbalik pada cerita cemburu ni tadi. Siapa yang cemburu tu? Haih bukan orang jauh, tu ha Enche Fendy. Mau tak, semalam aku asyik sebut Ben Ashaari je. Sikit-sikit Ben! Sikit-sikit Ben! Tak Bernanah telinga orang tu.



VS

Tuesday, May 10, 2011

Gula naik harga, gula-gula turun harga!

Pada yang belum tahu lagi, mulai jam 12 tengah malam tadi, harga gula telah dinaikkan 20 sen, dari RM2.10 kepada harga baru RM2.30. Sumber dari Utusan, klik gambar kalau tak pakai kanta..


Komen aku -
  • Setahu aku harga gula di pasaran antarabangsa sedang mengalami penurunan. Betulkan kalau salah.
  • Malaysia juga ada kilang gula sendiri, yang aku tahu ada di Prai dan di Shah Alam. Kita sendiri buat, kita sendiri makan. Pun boleh mahal juga.
  • Rasa-rasanya penjimatan gula sebanyak RM116.6 juta tu pergi mana?

Pencarian Tartus berakhir disini.... : )

Jauh dimata dekat di hati...wah terjiwang pulak. Sorry ini bukan madah berhelah untuk buah hati, tak terjawab pulak aku kat Enche Fendy nanti. Satu memoir untuk seorang sahabat yang sangaaaat jauh nun di Jordan.

Tuan empunya blog Tartus, seorang ustaz muda (sebaya kot...) yang sempoi dan gila-gila, still lagi bertungkus lumus mencari ilmu di bumi Jordan. Bila la agaknya kaki aku ni nak melangkah ke sana ye...tunggu Enche Nazri jemput kot.,hehe

Aku mula kenal dengan Enche Nazri masa tengah berperang dengan emosi sendiri, masih mencari ruang untuk mengenali siapa aku di bumi yang bertuah ni. Dan alhamdulillah persahabatan yang dibina antara aku dan Enche Nazri telah membuka ruang lembaran baru dalam hidup aku. Dan entry ini aku buat untuk menyampaikan rasa terima kasih berguni-guni untuk Tartus..

Monday, May 9, 2011

Update: Haram sambut Hari Ibu?


Dari entry Haram sambut Hari Ibu? aku dah share sesuatu dari Fb berkenaan ada pihak yang merungkaikan asal usul sambutan Hari Ibu dan bagaimana sambutan tersebut dikatakan haram. Dan untuk update,

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak, iaitu;
 

Nuffnang kekasih awal dan masih kini..

Aku mula kenal apa itu blog dan blogging dalam tahun 2009, sangat terlambat! Ketika itu aku cuma jadi pembaca tegar dan senyap sunyi. Nak komen pun tak reti. Please, jangan gelak. Sekarang ni aku tengok budak-budak sekolah punya blog pun gila awesome! Anak Kak Jie yang umur 12 tahun tu pun sudah mempunyai follower yang ramai. OH *blushing*

Nak tahu apa yang aku suka bila tengok blog? Yes, iklan. Berkelip-kelip, bertukar-tukar gambar. Sumpah haram pun aku tak tahu meletak iklan macam tu boleh mendatangkan duit walaupun hanya beberapa sen. Aku ingat tujuannya hanya untuk buat blog nampak cantik.

Nuffnang, pengiklan pertama yang aku kenal. Mula mengikat janji di awal berblogging sejak Oktober 2010. Bangga jangan cakap lah bila tengok iklan Nuffnang berwarna warni menari-nari kat blog sendiri. Haha...choi~

Sunday, May 8, 2011

Izyan Masri 1st Random Giveaway

Semalam dah di tag oleh bro Pembawa Macana untuk sama-sama join GA pertama dari blog comel Izyan Masri, belum sempat buat entry dah terlentok depan lappy...alahai~
Harap sempat lagi nak join...^^
Syarat nya mudah je, boleh tengok kat blog penganjur, yang best nya hadiah pun lumayan juga...hehe

Nak join klik banner..

Orait tak dapat nak ngomel panjang-panjang, dah nak gerak balik PJ...(syok weh lepak kampung! Haha)
Sebelum terlupa, Mastura dan Nani dah join belum?

Saturday, May 7, 2011

Lukisan Pasir - Apabila seni meluahkan emosi...

Seni itu terlalu indah untuk digambarkan. Sesuatu yang subjektif untuk dihuraikan. Aku bukanlah seorang yang pandai bermain dengan ayat-ayat puitis, tapi lepas tengok video ni yang penuh simbolik, hati rasa tersentuh sangat.

Aku tak pasti orang lain, tapi aku sama seperti penonton dalam video ini, yang nampak mudah mengalirkan air mata. Orang kata yang fahami seni adalah orang yang sensitif, ye ke?

Ha ok ok lah, termelalut pulak..jom tengok video ni, lukisan pasir yang sangat menakjubkan hasil kreatif dari pemenang Ukraine's Got Talent 2009 iaitu Kseniya Simonova yang baru berumur 24 tahun...hehe sebaya kot....^^

Skim Rumah Pertamaku

Semalam di Hotfm PM Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengumumkan Skim Rumah Pertamaku akan dilancarkan kemungkinan pada bulan Jun atau Julai ini. Aku bukanlah pandai sangat bab-bab hartanah ni tapi memang aku excited sangat dengan program ni.

Pastinya aku kena beli masa tengah bujang, nanti dah kahwin syarat nya dah lain pulak. Bagi aku sekarang ni lah masanya untuk fikir ke depan, enjoy-enjoy juga pelaburan untuk masa depan jangan lupa. Orait, jom ketahui sedikit sebanyak pasal skim ni, sekurang-kurangnya kalau sesiapa tanya tak lah nganga je kan.

Ciri utama
  • Pembiayaan 100% oleh bank yang terlibat. Senarai bank di sini.
  • Untuk kediaman sahaja (rumah untuk dihuni pembeli bukan untuk disewa)

Syarat Pemohon

Friday, May 6, 2011

Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinformasi by Qiszana

Hah! Dah macam maraton join segmen pulak hari ni. Berkat Jumaat kot...hahaha..so untuk kali yang ke 3, aku nak join segmen Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinformasi by Qiszana atas jemputan Qiszana sendiri...so amatlah berbesar hati untuk aku join sekali. Bab-bab meriahkan blog orang ni memang suka sangat!

Syaratnya mudah je, boleh rujuk di blog Qiszana.



Ada 3 kategori, Cantik - Kemas - Berinformasi. Tak lain, aku pilih kategori Berinformasi, sesuai dengan tagline "Munnafendy - isu semasa kena tahu juga...."

Tapi kalau tuan penganjur nak pertimbangkan lagi dua kategori untuk Munnafendy aku on je...hahaha

Haram sambut hari ibu?

Salah sorang friends dekat Facebook post something yang agak mengejutkan, sebab aku tak tahu langsung pasal ni. Tapi kesahihannya aku belum pasti lagi, just nak share kat sini untuk renungan kita semua.

Sumber: Ruzita Anang

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Ben Ashaari : Gegar Blog May 2011

Wa wa wahhh....kau Munna dah tak ada idea, dok terjah blog orang je kan? Haha..bukan takat terjah, kali ni nak join lagi satu segmen dari blogger Ben Ashaari.



Katanya minggu depan 14 Mei 2011 nak buat satu gathering untuk blogger dan semua orang boleh join sama ada blogger baru atau lama. Syaratnya boleh tengok kat blog tuan penganjur. Sudah pasti aku nak join sesangat..mintak-mintak lah venue nya kat area KL @ Shah Alam...tanpa segan silu aku datang.

(tapi tarikh tu dah janji ngan enche Fendy nak pergi beli barang hantaran...camano?? uhuk!)

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana - Munnafendy

Selamat hari Jumaat...

Pagi ni aku nak join segmen bersama Bro Wacana sekali lagi. Seronok juga join segmen ni, terasa ada relation yang terjalin antara reader Pembawa Wacana semua..best! Segmen hari ni adalah sesi pengenalan blog masing-masing terutamanya kepada blogger baru yang namanya belum lagi dikenali. Tak payah pergi jauh-jauh, contoh tepat adalah blog Munnafendy sendiri.

Klik banner untuk join

Ok, mari kenali Munnafendy.

Thursday, May 5, 2011

Gout dan Arthiritis - nota ringkas untuk ayah

Dalam entry kerunsingan di awal bulan, aku ada meluahkan kerisauan tentang kesihatan ayah yang makin merosot sejak akhir-akhir ni. Ada sorang doktor tu pernah cakap ayah kena gout tapi bukan tahap yang kritikal. Kesian tengok ayah, nak tidur pun tak boleh, nak berjalan pun dah tak larat. Badan dah makin susut.

Bila berubat cara tradisional, ada yang kata dah terkena buatan orang. Aku pun tak faham. Macam-macam peel manusia. Kalau tak mendengki memang tak senang hidup agaknya. Tapi aku takda la nak percaya bulat-bulat. Duit pun dah beribu habis, tapi tak baik-baik jugak.

Baru-baru ni aku tengok kat Penawar Syifa, ada sorang pakcik tu kena gout dan arthiritis. Bila tengok pada simptom dan keadaan kaki dan tangan pakcik tu, macam sama dengan keadaan ayah. So, aku buat research dan banyakkan pembacaan tentang arthiritis dan gout, dan aku buat satu nota untuk ayah aku baca, mungkin boleh diamalkan. Tak mustahil boleh beransur-ansur elok kan.

Wednesday, May 4, 2011

Follower Munnafendy sila baca.....penting ni!

Antara perkara wajib yang seorang blogger akan buat selain dari update blog adalah blog walking. Semua orang pun tahu. Sama juga macam aku. Keutamaan untuk aku menziarah adalah kepada semua follower Munnafendy yang sangat-sangat aku hargai. Disebabkan rasa sayang tu ni aku nak tegur sikit, tapi jangan marah aku pulak ye, ni untuk trafik blog korang juga.

Baru je nak melangkah ke blog sengatjb (sebagai contoh sahaja) tapi terbantut sebab tak jumpa link. (akhirnya dapat juga lepas aku godek-godek kat shoutbox. Nasib baik ada lagi, tapi tak kan semua orang aku nak check satu-satu kan) Kenapa tak jumpa link? Sebab,

Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana


Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana - rasa-rasa terlambat tak untuk aku join eh? Mintak-mintak la PW murah hati nak masukkan entri aku ni dalam segmen dia....selain nak meriahkan suasana antara rakan blogger, boleh juga naikkan trafik blog kan...insyaAllah...

Untuk topic yang pertama ni, aku pilih "Aku nak jadi kaya". Aku tak nak jadi popular.

Sebab?

Tuesday, May 3, 2011

Isteri Osama Bin Laden

Terasa macam ralat pula kalau tak komen lansung pasal berita kematian Osama Bin Laden. Sehingga ke jam ini perkara ni still lagi diperkatakan dan macam-macam spekulasi yang timbul.

Dari mula berita kematian, kemenangan, kebumikan dilaut, propaganda USA, gambar photoshop dan lepas ni ntah apa pulak yang keluar. Semalam aku dengar kat berita saham di Jepun melonjak naik lepas kematian Osama Bin Laden! Haih memang seronok sakan la...Tengok pula kat Yahoo, 1st trending adalah Bin Laden Wives. Rasanya selama ni tak ramai pun nak ambil tahu pasal isteri dia kan? Tup-tup jadi perhatian.


Kerunsingan di awal bulan


Kerunsingan di awal bulan - aku rasa ramai kot yang sama situasi macam aku. Hari ni dah 3hb Mei 2011. Tapi gaji tak masuk-masuk lagi. Haaaaaiiiihhhhhh.....runsing...oh runsing! Kereta dah lewat bayar, rumah pun dah lewat juga. Dalam purse pun tinggal berapa helai je lagi. Tadi pun dengar-dengar suara merungut masing-masing dah kering. Bukan tu je..banyak sungguh yang buat aku runsing! Serabut oh serabut!

- gaji lambat - semua payment pun delay. Perkara paling menyampah.

- dah buat kira-kira, walaupun gaji masuk aku rasa hari kedua yang tinggal tak sampai separuh gaji. Oh tidak!

- Mak cakap ikan talapia yang aku modalkan dah besar, makin kuat makan. Bertambah-tambah la ongkos. Sekarang ni kurang-kurang pun kena sediakan RM600 sebulan untuk satu kolam. Hurmm....

Monday, May 2, 2011

Rahsia Langsing Mayfair terbongkar

Kualiti gambar kureng, nak lebih jelas cari sendiri di

Harian Metro 25 April 2011


dan
Harian Metro 28 April 2011


Kalau yang terbuka boleh ditutup, tak mustahil lemak berlapis boleh di slim kan...^^

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat