Saturday, April 30, 2011

Suatu Ketika di alam perkahwinan

Hepi betul mamat nih....tak sabar la tu..hehe
Sejak dah bersedia nak jadi hak orang ni, dalam kepala dah tak ada fikir benda lain dah. Pantang jumpa perkataan kahwin, baju pengantin cantik, barang hantaran meletop , cincin murah, make up tip-top, mesti aku klik (tips nak dapatkan trafik dari aku! Haha!). Bukan la gatal sangat pun, tapi selagi semua benda tak selesai memang tak senang hati. Banyak lagi yang belum prepare. Aduh!

Ada sikit nasihat yang aku nak kongsi kepada sesiapa yang dalam mode macam aku ni. Jom baca.

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu kepada anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah kepada anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan meminta kepada ayah @ wali, tetapi meminta kepada Allah melalui ayah @ wali gadis tersebut.

Volvo S60 - bagaimana sistem gear automatik berfungsi


Volvo S60, memang sangat-sangat aku syorkan kepada pemandu-pemandu lelaki kat Malaysia ni. Haha..jangan marah aku, baca dulu entry tu kalau tak faham. Rekabentuk yang moden dan hensem, memang sure tertoleh-toleh kalau lalu kat sebelah.

Dibuat sebagai visi sedan 2010, Volvo mengambil masa 5 tahun untuk membangunkan teknologi yang seiring dengan kemajuan bidang automotif Eropah. Lama juga kajian dibuat, untuk menghasilkan ciri unik yang menjadi keistimewaan model S60 ini iaitu sistem gear automatik.

Macam mana sistem gear ni berfungsi? Apa kelebihannya?

Friday, April 29, 2011

Siaran Lansung Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton


Perkahwinan antara Putera kesayangan Britain, Putera William dan Kate Middleton akan disiarkan secara lansung hari ini (29hb April 2011) jam 3 petang sampai 8.30 malam di ntv7. Boleh juga lawat laman rasmi The Royal Wedding untuk melihat bagaimana persiapan dilakukan. Seronok nya jadi krew ntv7 kan dapat tengok depan mata sendiri di Buckingham Palace...kita-kita ni hadap depan TV je la...^^

Pihak ntv7 yang sudah berada di British Academy dah membuat persiapan terbaik untuk memastikan kita semua dapat menyaksikan upacara yang dinanti-nantikan. Harapnya tidak ada sebarang gangguan siaran nanti. Yang menariknya, ntv7 mendapat kerjasama dari penyampai berita BBC News iaitu Huw Edwards yang akan memberi ulasan dan temuramah eksklusif dengan teman rapat pasangan Diraja ini.

Tazkirah Jumaat : 7 Petanda Kebahagiaan di Dunia


Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia?
Jawab Ibnu Abbas, ada 7 kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia, iaitu;

Thursday, April 28, 2011

Lesen boleh diperbaharui - JPJ


Lesen memandu dan lesen kenderaan boleh diperbaharui, dah tak ada sekatan dari JPJ. Ini yang disampai kan oleh Jelaing Mersat (Timbalan Menteri Pengangkutan). Hanya  kes yang dibawa ke mahkamah dan jenayah yang masih dalam siasatan PDRM sahaja yang akan disenarai hitamkan.

“Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urus niaga pembaharuan lesen memandu dan le-sen kenderaan yang dilakukan JPJ adalah selaras dengan kuasa mengikut Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.

Ini jawapan yang diberikan selepas Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah bertanya tentang status kenderaan yang disenarai hitamkan berikutan saman ekor yang masih belum disabitkan kesalahan oleh mahkamah.


Apesal.com - satu langkah tingkatkan trafik blog


Entry ini dibuat untuk mengajak semua rakan-rakan blogger sama-sama memeriahkan komuniti Apesal.com yang sudah mula beroperasi sejak Januari 2011. Dah ramai blogger yang join termasuk lah brother SEO, blogAriff.

Kenapa Apesal.com?

Wednesday, April 27, 2011

Persiapan Bertunang

InsyaAllah, kalau diizinkanNya bulan Julai nanti aku akan di ikat oleh Enche Fendy...whhoooaaa bunyi di ikat tu macam menakutkan je..haha takda la perubahan sangat pun kan, tetap tak boleh tacing-tacing...hehe

Sekadar nak berkongsi senarai persiapan yang perlu dibuat. Boleh jugak jadi panduan kat pembaca lain yang mana dah sampai seru nak bertunang tu. Yang serunya tak sampai-sampai lagi tu banyak-banyak berdoa..insyaAllah ada jodoh masing-masing kan.

Setakat ni yang dah prepare, barangan hantaran untuk Enche Fendy. Antaranya;

Panduan Asas Membeli Kereta dari Munnafendy

Masuk tahun 2011 ni hampir 4 tahun aku pakai maroon. Bila tengok kawan-kawan lain pakai kereta yang hebat-hebat terasa kerdil jugak diri ni. Tapi kadang-kadang bangga jugak dengan diri sendiri at least aku tak ikat perut macam sesetengah orang semata-mata nak bayar kereta mahal. Belum kos minyak dan road tax lagi. Kena pulak time kereta meragam mau tak meraung.

Sekarang ni kereta memang satu keperluan. Bukan semua tempat kat Malaysia ni ada pengangkutan awam yang mudah dan selamat. Ada yang menganggap kereta sebagai simbol kemewahan. Kereta hebat, loaded la orang tu. Berlumba-lumba beli kereta best-best sampai tak ukur kemampuan poket sendiri. Tapi ramai tak sedar kereta merupakan satu liabiliti bukan aset. Kenapa liabiliti?

Tuesday, April 26, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 versi Munnafendy


5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 adalah satu projek yang berbeza dari kebiasaan anjuran saudara DenaiHati. Tak susah pun. Simple tapi mampu memberi kesan viral trafik yang mencanak sekaligus dapat membantu blogger baru.

Seperti yang dinyatakan Denaihati,

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti Bantu Blogger jadi No 1.

Memandangkan projek ni berjalan sampai penghujung 2011, masih sempat lagi untuk aku dan korang yang belum join untuk sama-sama memeriahkan projek ni. Tak susah pun, senang banget! Just senaraikan 5 blog yang selalu kita baca hari-hari. Tapi enche DH, hari-hari saya baca lebih dari 5 blog setiap hari...susahnye nak pilih!

Pikir punya pikir, aku buat dua section (eh,pandai-pandai kau je Munna!)

Sunday, April 24, 2011

Rawatan Gigi Percuma sepanjang April 2011

Rawatan gigi percuma? Sepanjang April?? Ya ya ya! Betul! Mesti ramai yang tak tahu kan? Ni nak bagitau, sempat lagi kalau nak pergi pun. Sepanjang bulan April ni, rawatan gigi percuma boleh didapati di klinik-klinik pergigian yang turut serta dengan kempen Bulan Kesihatan Mulut 2011 anjuran bersama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan Colgate.

Senarai klinik dan no fon korang boleh tengok kat laman rasmi Colgate. Boleh dikatakan hampir semua klinik di seluruh negara mengambil bahagian. Contact dulu untuk buat temujanji, jangan main redah je ye....

Saturday, April 23, 2011

Poco-poco tak haram pula..

Bulan Mac lalu jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengeluarkan arahan pengharaman poco-poco dan telah menimbulkan banyak spekulasi dan keraguan. Ramai yang tampil memberikan pendapat masing-masing atas sebab pengharaman yang dikatakan berunsur spiritual agama tertentu. Aku sendiri pun dah membantutkan hasrat nak join aktiviti poco-poco ni tiap petang. Takut melanggar fatwa pula.

Akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaaan sudah memutuskan kita boleh meneruskan aktiviti poco-poco selagi tak bertentangan dengan Islam dan panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Melayu 2007.

Antara panduan termasuk;

Friday, April 22, 2011

Ariana's Story 1st GA - Pertama kalinya

Pertama kali Ariana's Story anjurkan Give Away.
Pertama kali Munnafendy join Give Away.

Hahaha...macam janji pulak kan? Sebenarnya sebelum ni pun banyak kali jugak aku terserempak dengan GA, minat nak join tu ada tapi bila dah baca banyak kali terus tak jadi. Tak tahu la kenapa. Tapi buat pertama kalinya, teruja gila nak join Ariana's Story 1st Give Away! Sebab?

Hadiah yang disediakan adalah aksesori rumah yang berkonsepkan English Style...(aduhai tuan blog, tahukah kamu itu adalah kegilaanku? Ahakss sempat lagi bodek tu!) Kalau nak tahu akak kita ni memang peminat barangan berkonsepkan English Style mempunyai koleksi kesayangan yang comel-comel! Lagi satu, tengok layout template Ariana's Story pun ala-ala English Style juga.

One happy family - Ariana's Story


Kancilbiru, Intan & EH - sudahkah anda join? Hehehe....^^

Bila Bung Mokhtar kata pemandu wanita merbahaya, aku tak melenting..tapi..

Pernah panas sekejap lepas Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin mengeluarkan kenyataan pemandu wanita menjadi punca dan penyebab kemalangan jalanraya. Berkompang sana sini pakat tak puas hati. Aku nak komen jugak tapi macam ketinggalan KTM pulak...haha

Anyway, secara peribadinya aku pun agak rimas jugak bila drive kat belakang pemandu wanita, nak-nak kalau still 'P'. Minta maaf la ye, agak terus terang sikit. Yela, faham sopan di jalanraya, tertib, berhati-hati. Tapi takda lah sampai nak jadi punca kemalangan pulak kan. Sensitif la sikit sepatutnya tak perlu disebut dalam Dewan Rakyat, dah diskriminasi namanya.

Aku pun wanita sudah tentu, drive jugak walaupun kereta tak sebesar mana, still kereta kan. Still bayar road tax. Eh, jangan melalut...ok2...straight to the point - 'ingat driver lelaki tu hebat sangat ke?'

Kenapa aku cakap macam tu?

Wednesday, April 20, 2011

Email 1Malaysia - dimana relevannya?

Email 1Malaysia. Sana sini orang bercakap tentang email 1Malaysia. Sampai sekarang aku masih belum dapat faham tang mana relevannya nya email 1Malaysia ni sedangkan bersepah email percuma yang boleh dipakai dan lebih secure. Tambahan pula dengan kos RM50 juta, bukan lah jumlah yang sikit. (sikit la bagi diorang).

Masih terdengar-dengar lagi seruan kerajaan meminta rakyat berjimat cermat selepas isu harga barang naik yang tak tahu dimana penghujungnya. Aku rasa RM50 juta tu gila banyak yang boleh dibuat yang mampu meringankan sikit beban rakyat, bukan je kat bandar kat ceruk-ceruk kampung lagi banyak yang boleh dibuat. Yang jelas hanyalah satu pembaziran. Masih ramai lagi kanak-kanak yang tak dapat pergi sekolah, percayalah..masih ramai yang ketinggalan.

Tuesday, April 19, 2011

Cara hilangkan bosan untuk orang kreatif

Sesiapa yang agak-agak tengah bosan tu, meh sini aku nak tunjuk sesuatu. Tapi ini tips untuk sesiapa yang menghargai seni kreatif dan suka kan sesuatu yang lain dari yang lain. Setiap hari wajib jengok ke sana. Saje buat ubat bosan. Kenapa ye? Jom kita terjah!

Sesuai sangat pada sesiapa yang suka kan;

1) Teknik fotografi yang hebat seperti disini, disitu dan disana.

2) Hasil lukisan yang superb! Seperti ini dan ini!

3) Hiasan dalaman rumah yang menarik seperti yang ini dan yang itu.

4) Potret yang mengagumkan seperti disini dan disana.

Err...dah la sikit-sikit ye..pergi la tengok sendiri, mesti tak bosan...papai!

Tips Asas Untuk Newbie

Masih lagi baru dalam dunia blogging, seperti aku sendiri banyak sangat petua-petua dan tips-tips yang belum tahu. Nak buat blog memang la senang, tak sampai 10 minit pun dah siap kan? Yang menjadi cabarannya adalah memikat pembaca,  meningkatkan trafik dan mengekalkan trafik tersebut. Nak tingkatkan trafik, bila kita buat entry yang kena dengan selera pembaca.

Pembaca semestinya mahu kan entry yang berkualiti dan terpikat pada tajuk entry yang panas atau bahasa blogging disebut sebagai 'keywords'.  Dah selesai kerja memikat, yang terpikat semestinya mengharapkan sesuatu yang berbaloi untuk dibaca, betul tak?

Monday, April 18, 2011

Helah Pengemis

Sila jawab 'pernah' sebab aku tahu korang mesti 'pernah'. Apa yang pernah ni?

-pernah tak tengah asyik menjamu selera kat kedai, datang orang minta sedekah?
-pernah tak korang keluar dari bank, ada budak beri salam dan minta derma?
-pernah tak korang jalan kat laluan KTM @ Monorel ada pengemis duduk kat tepi jalan sambil pangku anak?
-pernah tak korang pergi pasar ada pengemis yang mengengsot sambil pegang cawan?

Pernah dulu (tak ingat dah bila) aku beri sedekah kat seorang pakcik yang buta, nampak macam agak kesian tapi bila aku patah balik, aku tengok dia menyalakan rokok. Oh damn, agaknya duit yang aku bagi tadi dia buat beli rokok jugak! Oh pakcik, sedangkan saya sendiri tak pernah beli kan rokok untuk Enche Fendy, ini kan pulak orang lain.

Ekspo Hartanah untuk Bumiputera - jom serbu!

Ini satu berita baik kepada siapa yang sedang dalam perancangan untuk membeli rumah. Kalau berminat tu jom kita ramai-ramai pergi ke Pameran rumah dan gaya hidup Bumi Expo Property & Lifestyle 2011 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 29hb April hingga 1hb Mei jam 10pagi sampai 8 malam. Aku pun tengah menghitung hari ni, memang nak pergi sesangat.

Ekspo ni dianjurkan oleh Avenue Media Communications Sdn Bhd dan Dewan Muda DPMM. Yang menariknya, pameran ni dibuat untuk memberi peluang kepada pemaju untuk menghabiskan kuota kepada Bumiputera seperti yang telah ditetapkan kerajaaan. Harap-harap time aku pergi nanti banyak lagi yang belum terjual....hahahaha gila jahat.

Wednesday, April 13, 2011

Awang hitam cuba menjerat

Dulu pernah terbaca pasal pasangan bercerai-berai sebab isteri dah kemaruk cinta dengan awang hitam. Student pun ada yang terperangkap sampai sanggup jadi keldai dadah. Terfikir jugak, ape lah ilmu yang awang-awang ni pakai?

Aku agak aktif kat Bearshare (BS), laman sosial yang lebih kurang macam Fb jugak, tapi kelebihannya boleh download lagu-lagu terbaru percuma. Dalam BS tu yang annoying nya kalau orang add je kuar bubble msg, selagi tak respon dia tak kan hilang. So aku main approve je, malas nak tengok sape yang add. Berbalik pada cerita awang hitam ni tadi. Dalam BS aku selalu dapat mesej bunga-bunga dari awang hitam ni. Memang boo layan la. Tapi ayat-ayat diorang boleh tahan jugak la. Boleh cair woo.

Tak caya?

Ni lah yang memenuhkan inbox aku.

Kelas Make up - CT de'Beauty

Dulu tak pernah ambil kisah pun dengan benda alah make up ni semua. Kira cukup syarat je asalkan tak nampak macam mayat hidup berjalan. Pakai krim muka, sapu compact powder sikit-sikit, letak blusher bagi nampak seri sikit, sapu lip gloss. Tu je lah.

Cuba-cuba make up sendiri (ikut tutorial yang bersepah kat blog @ youtube). Rasa macam ok kot (syok sendiri je lah..hehe), tapi mata aku yang bulat ni bertambah-tambah bulat pulak. Tak jumpa lagi tips nak sepetkan mata, yang banyak tips buatkan mata galak dan bulat.

Awal April lepas aku join akak aku pergi kelas asas make up dengan kawan lama dia Kak Ct yang berpengalaman make up untuk wedding dan photoshoot. Artis pun pernah rasa sentuhan tangan kak Ct ni. Pakej harga pun boleh tahan, tak lah mahal bebenau kan. Nak tahu lebih lanjut boleh la ramai-ramai singgah kat blog CT de'Beauty.

Dan hasilnya,

Monday, April 11, 2011

Hiba seorang ibu

Ada seorang kawan mengadu, dia rasa bersalah sangat sebab dah terlepas cakap sesuatu yang tak patut diucapkan pada ibunya sendiri. Nak menangis jugak dengar cerita dia yang  tersedu-sedu tak berhenti.  Apa nak dibuat, dah terlepas cakap, memang tak dapat diundur lagi melainkan mohon keampunan.
Disebabkan tekanan dan emosi yang tak dapat dikawal, menyesal tak sudah walaupun dah beberapa hari berlalu.
Kisahnya, si kawan ni tadi (sebagai S) dah tak tahan melihat derita yang ibu dia tanggung sepanjang perkahwinan dengan ayah dia sendiri.  Ayah yang bengis dan panas baran, dan lansung tidak pernah bergaul dengan anak, apatah lagi nak bermesra-mesra dengan anak. Anak-anak dibesarkan dengan herdik dan makian, di didik dengan tangan, bukan dengan kasih sayang. Sehingga kan bagi anak-anak, cuma ada ibu.

Wednesday, April 6, 2011

Miss Malaysia Pahang - Cantik yang dilaknat

Cantik. Sangat cantik. Sekali tengok macam Ayu Raudhah pun ada...ada yang macam Rozita Che Wan. Bentuk badan anggun menawan, kulit mulus dan gebu mengalahkan perempuan sejati. Sekali bukak mulut, OMG. Halkum tetap tak dapat sorok ye.

Sebelum aku melalut dengan lebih pedas, tengok lah apa yang buat aku rasa jijik pagi-pagi buta ni. Bukan nak sebarkan untuk kebanggaan diorang, tetapi berpesan-pesan supaya kita tahu sejauh mana menyimpangnya saudara seagama sebangsa dan senegara kita ni.

Tuesday, April 5, 2011

Segmen Zoo: Arnab Kelainan Upaya (A.K.U)

Ape lah agaknya segmen zoo ni ye?
Sebenarnya aku sangat sayangkan binatang. Yelah, aku asal kampung, dari kecik dikelilingi kucing, ayam, ikan, burung dan macam-macam lagi yang ayah aku bela. (tapi kucing tu kerja aku la..hehe).

Segmen zoo ni aku create untuk kongsikan minat aku dengan korang, sama ada yang aku bela sendiri @ ayah aku bela @ mana-mana yang berkenan dihati.

Untuk segmen kali pertama ni, aku nak share video yang aku amik sendiri dengan hp aku yang tak berapa canggih ni, arnab ayah aku. Tapi bukan biasa-biasa tau. Arnab kelainan upaya. Die cacat sejak lahir, kesian dan sayu je hati ni tengok. Ayah aku cakap ibu die pun bijak, masa kecik selalu datang sua kan nenen kat anak die sebab anak die tak boleh bergerak. Sekarang dah besar sihat walafiat dah. Ayah cakap dah ada buyer tapi sayang nak jual.

Siapa kata blogger popular tak pandang newbie?

Ha, siapa kata, siapa kata???

Terbaca entry baru Denaihati.com , katanya ada perdebatan dalam Gengblogger berkenaan tajuk forum “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” Nak tahu lanjut boleh lah lawat blog beliau.

Aku seorang blogger baru, yang baru kenal dunia blogging. Terlalu banyak yang aku tak tahu dan perlu belajar. Pernah aku komen kat blog-blog otai, dan pernah jugak aku email pada blogger-blogger yang ada nama. Biasanya takda respon pun. Kadang-kadang sistem yang balas secara aotumatik.Bila tak ada respon, tidak lah aku terus nak cop mereka-mereka tu sombong ke ape. Walaupun pernah terdetik 'siapa la aku ni dia nak reply.....ok..." huhuhu bunyi agak sedih kan.

Friday, April 1, 2011

Tazkirah Jumaat : Hukum dan Fatwa sambutan April Fool

Sekarang ni rasanya suma dah tahu kan yang kita sbg Muslim dilarang menyambut April Fool sama lah macam Valentine Day. Dan pada sape-sape yang degil jugak nak sambut, suka sangat aku nak katakan, yang korang bukan saja telah memperbodohkan orang lain tapi jelas dan terang memperbodohkan diri sendri.
Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit info berkaitan hukum dan fatwa juga sebab musabab kenapa dilarang sambut April Fool ni. Thanks banyak-banyak kat Enche Rejam sebab info ni dicedok dari blog beliau yang memang best!

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat