Assalamualaikum =)
Entry DIY kembali lagi...kali ni nak tunjuk kat korang macam mana nak buat pomander ball yang cun melecun dan comel lote ni. Tau kan pomander ball? Refer balik kat entry Pomander Ball - Penyeri yang berseri , kegunaanya sebagai hiasan yang cantik. Contohnya pun boleh tengok kat entry tu ok.
Barang yang diperlukan untuk DIY pomander ball,
dan paling penting, bunga yang nak dicucuk nanti. Aku guna bunga tisu
Macam mana nak buat bunga tisu ni boleh refer pulak kat entry DIY bunga tisu ni ye dear.
Caranya;
1) Potong tali riben, kepanjangannya ikut suka korang. Aku buat dalam 30cm. Riben ni sebagai penyangkut pomander ball ni nanti. Lekat pakai double tape kat polistrin bulat tu macam ni,
Asalnya aku letak riben besar sikit kat bawah, tapi last-last aku cabut balik ! So tak payah gambar la eh =P
2) Amik bunga tisu, cucukkan dengan jarum peniti dan cucuk pada riben tadi supaya kuat sikit riben tu. So nanti takda la tercabut pulak kan. Amik lagi bunga yang lain dan susun ikut kretiviti masing-masing..nak selang seli ke, nak satu color je ke...ikut suka la ek. Susun sampai penuh bola tu.
Jadi macam ni,
Eh, dah siap? Laaaa...senang je.... =)
Hehe...sape kata susah? Yang ni pulak color oren, aku buat untuk letak dalam kete Enche Fendy
Hehe..nasib la dapat tunang macam i ni ye darling...nanti dah kawen penuh bunga la dalam kete u... =P
Sekian DIY pomander ball...selamat mencuba! =)







20 comments:
cantik bunga tuh...kreatif...rsanya hari tu dah buat entry pasal ni kan??
@azam
hari tu diy bunga tisu, ni diy pomander ball, pkai bunga tisu yg buat hari tu =)
alaaaahaaai
kretip dn comei betol la =]
cantiknya... nak tempah satulah! heheheeeee
selalunya org letak kat mana ball ni?
comel..simple je..cam bnga carnation kelopak sdia... cma..y ni bulat
Ni salah satu sebab aku tak maw kawen lagi
uiii,, cantik la.. kte ni tangan x kretif,.mst xjadik huhuhu
CANTIK pandai muna buat boleh la bukak kedai tu nanti
mahu bwat! tapi i takde daya kreatif la babe. kalo bwat confirm hancur punye.
kreatip!!
tabik spring dekat org yg kreatiff mcm ni...*_*
cantik gak eh? huwaaa..
wa...kreatif2...boleh dipraktikkan nanti...
untonng la
..kreatif la ko beb!
pandainya...lawa laaa
kreatifnya...cantik :)
tq i tgh mencr nak buat ball flower nih..:)
http://miszatie.blogspot.com/
mane nk dpt ball ni eh? blh beli kt kdi ape?
@hazirah joha
kat kedai bunga @ kedai ribbon utk brg2 kahwin tu
Post a Comment