Tuesday, October 11, 2011

Tips beli rumah second hand

Assalamualaikum =)

Bukannya pakar hartanah ataupun broker rumah, cuma nak kongsi sikit pengalaman dalam hal-hal pembelian rumah yang tengah aku lalui sekarang. Sebab aku tau, ramai antara korang ni pun baya-baya aku jugak yang memang tak tahu menahu hal jual beli rumah ni.

Beli rumah second hand atau dipanggil jugak 'subsale' agak leceh dari beli rumah baru yang direct dengan pemaju. InsyaAllah satu hari nanti aku pun teringin nak beli rumah baru. Setakat rezeki yang ada ni beli rumah subsale dulu. Bunyi memang leceh, tapi tetap kena beri perhatian takut termakan diri kemudian hari.

Kalau beli rumah dari iklan-iklan contoh macam mudah.my @ lelong etc biasanya harga yang diorang letak lebih tinggi dari Market Value sebenar rumah tu, sebab biasanya yang letak iklan kat situ adalah ejen rumah. Lucky la kalau dapat owner rumah sendiri yang jual, boleh la jugak nak kowtim serba sikit. Kalau beli rumah melalui ejen, diorang mesti akan mintak dulu 3% sebagai booking fees, tapi sebenarnya duit tu bukannya untuk tuan rumah, tapi ejen tu yang dapat. Yang mudahnya pakai ejen sebab segala urusan ejen yang uruskan. Tapi untuk kami yang beli rumah direct owner ni, pihak bank yang uruskan soal lawyer, valuation & insurance (CIMB Bank). Yang penting kita kena ambik tahu segala urusan, jangan serah bulat-bulat kat pihak bank.

Sebelum submit loan, kita kena cek value rumah betul-betul. Sebab pihak bank akan beri loan ikut value terendah. Misalnya, tuan rumah nak jual dengan harga RM140k, tapi bila buat valuation, market value rumah tu cuma RM120k. Jadi pihak bank akan beri loan 90% dari RM120k. 10% boleh pakai akaun kedua KWSP. Selebihnya kena topup duit kita sendiri untuk bayar pada tuan rumah. Lebih kurang RM20k jugak la nak kena topup. Kalau korang memang ada cash ok la kan. Macam aku ni ha memang idak le..hehe

Untuk sesiapa yang nak mark up loan pun boleh jugak, tapi agak berisiko. Mark up loan kat sini maksudnya harga rumah RM120k tapi korang nak buat loan RM140k, kononnya nak pakai duit la kan. So better cek sendiri dengan valuer rumah, jangan harap 100% pada pihak bank. Sebab diorang pun kekadang fikir nak capai sales target kan, diorang boleh kowtim dengan valuer kalau diorang nak. Tapi tak semua macam ni lah ye. Kang ada orang bank marah kat aku pulak.  =P

Cara aku, call setiap bank kat area rumah yang nak dibeli tu, dan mintak nombor telefon panel valuer diorang. Kekadang bank tak nak bagi, dorang kata valuer cuma layan call dari pihak bank sahaja. Jangan tertipu ye, sebab kita sebagai pembeli ada hak untuk tahu.

Dah dapat contact number, call la valuer tu. Make sure korang ada perkara penting ni;
1) Alamat lengkap rumah yang nak dibeli
2) Luas rumah
3) Ada tak sebarang renovation yang dah dibuat (kalau tak pasti jangan cakap, takut effect kat harga rumah). Contoh owner rumah ada pasang tile, kabinet dapur, pecah bilik dan sebagainya.

Call seberapa banyak valuer yang boleh dan bandingkan harga. Terus terang kat valuer rumah tu, tuan rumah nak jual harga sekian-sekian dan kita nak beli harga sekian-sekian, boleh dapat tak? Kalau dia kata tak boleh sebab harga yang tuan rumah letak tu dah maksimum, jangan gatal-gatal nak submit loan lebih. Kalau nak pakai duit jugak, bincang dengan tuan rumah dan kowtim harga kat S&P.

Kalau valuer kata harga boleh pergi lagi tinggi, ok baru bincang balik dengan pihak bank. Tapi setahu aku setakat yang aku survey, cuma CIMB je yang boleh main mark up loan ni, bank lain tak boleh, diorang kira value terendah...kalau tersilap minta maaf la eh.

Dah confirm harga rumah dan jumlah loan, baru la p submit. Rasanya diorang akan cek lepas @ tak dalam masa seminggu je kot. Submit je lah 2,3 bank, kalau semua lepas, baru pilih yang terbaik dan sesuai untuk korang, refer balik interest dan installment rumah tu nanti. Loan boleh reject selagi kita tak sign apa-ap dokumen bank (selain dari borang apply loan, memang wajib la sign kan hehe).

Next step, nanti lah aku cite lagi. Ni pun dah panjang, thank korang yang sudi baca sampai habis. =)



kondo kat singapore....saje tempek kat sini dari sini


13 comments:

Bui Junaidi said...

walaupun panjang,tp bui baca dgn penuh minat..sbb kalau pasal rumah mmg bui eksaited..hehehe

CT NoArIzAh ArIs said...

Ngeri lak tgk kondo tu ada ke org nak duk dlm tu???

azam said...

camtulah nmak beli rumah dari ejen. diaorang ketuk skit

mizzkechique said...

duit lum ckp nk beli umah.. sob..sob..

QueeN TerataI said...

beli rumah subsales mmg susah... that y buat decision beli rumah baru ajer.. walau kecil yg penting baru,, hihihi :)

mama irfan said...

wah.. info yang bagus.... tq...tq

Akulah Pak Lan said...

bila la aku nak beli rumah, kawen dak lagi tapi duit dok habis mcm tuh ja

Bro ahmad said...

macam kereta pulak second hand..thank share

Bro ahmad said...

macam kereta pulak second hand..thank share

SoLy SoLicious said...

nnti nak beli, hello2 munna la..heee

p/s : lambat lg..heee

Muhammad Haziq Rusli said...

minta khidmat valuer tu kene bayar fee tak?

Muhammad Haziq Rusli said...

Salam..nak tya.. kidmat valuer tu kene bayar tak? =)

Munnafendy said...

@Muhammad Haziq Rusli

tak...free je.

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat