Assalamulaikum =)
Hari ni nak preview sikit mengenai pusat kursus kahwin yang aku dan tunang attend minggu lepas iaitu Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin. Mana lah tahu ada yang tengah survey tempat kursus kahwin yang best, so aku cadang kan kat sini, memang best!
Lokasi betul-betul kat sebelah Wangsa Walk Mall, kat Jalan Wangsa Delima 12. Honestly, aku dan tunang memang tak biasa dengan area Wangsa Maju, so kitorang datang pun dengan GPS. Memang sampai depan pintu die tunjuk...hehe...cuma masa nak pergi amik sijil hari tu taknak pakai GPS la konon...sudahnya sesat! Tapi kalau korang dah biasa kat situ senang la kan.
Datang bawak salinan IC je dan bayaran standard seorang RM80 dan akan dapat barang-barang kat bawah ni,
![]() |
| kecuali map aku print sendiri |
Boleh dikatakan semua penceramahnya bagus dan cara penyampaian yang menarik. Memang tak kering gusi jugak lah...tambah menarik sebab penceramah tak syok sendiri nak mengomel kat depan sorang-sorang..ada yang muka serius, sekali kuar suara alahai..menawan hati sungguh...hehe...dan penceramahnya bukan calang-calang okeh...
Antara penceramahnya adalah;
1) Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh (Ketua Penolong Pengarah JAWI)
2) Ustaz Baharuddin bin Idris (JAWI-bahagian dakwah)
3) Ustazah Wan Ngah bt Wan Yahya (JAWI-bahagian dakwah)
4) Ustaz Alias Mutalib (Pesara JAWI)
5) Puan Nurul Huda (Pakar Motivasi/Penceramah Bebas)
6) Tuan Haji Sani bin Abu Bakar - yang ni la...muka serius...tapi bermadah pujangga...haha
Minum pagi, minum petang dan makan tengahari disediakan. Hari tu kitorang makan nasi beriani. Owner tempat ni Encik Azmal, dia kata biasanya lunch diorang sediakan secara buffet tapi memandangkan kitorang berkursus dalam mood open house raya, so tukang masak nye pun bz dengan open house..so bedal je lah..nasi beriani hari tu pun sedap, licin gak pinggan~
So far, bagi aku memang best dan terasa cepat betul masa berlalu. Cuma aku nak nasihatkan kakak-kakak dan adik-adik yang datang berkursus ni, please wear properly....ada insan comel kat depan aku pakai baju kurung kain opel tanpa lining langsung..jelas trang tang tang bra pink dia tuh...sepedih mata aku melihat, aku lagi kesian kat ustaz-ustaz yang berceramah. Camana la diorang nak redupkan pandangan kalau tengah mengajar? Dah la duduk depan sekali....haihhh.....
![]() |
| ni la rupa sijilnye...sori la blur semacam =.=* |
![]() |
| kami pun nak enteprem...ahaks~ |





9 comments:
tak lambat dah ni
nanti lepas kawen bleh kau bawak laki kau turun join aktiviti blogger
owh kat wangsa maju eh.rara g kat cheras.ok gak.
agak2 lar berpakaian masa pergi kursus kahwin tu kan.. wah dah selesai kursus kahwin, bau nasi minyak semakin harum :D
wah ,. da na kawen ,. nanti jangan lupe jempot ,. heee
http://syazanasani.com
selamat berkursus..yeaa
i kursus kat masjid negeri jer.. :)
hee..kalau ada GPS senang sikit..kalau tak biasa boleh sesat kan..hee..
selamat berkursus :)
nk kawin jugak...
tetibe mode gatal... hahaha
eh,tmpt kursus kita sama la :)
sy bru pergi semalam :))
Post a Comment