Friday, August 26, 2011

Jom Raya ikut Sunnah Nabi =)

Assalamualaikum =)


Dikesempatan yang ada ni, nak share sikit dengan apa yang aku baca kat website Masjid Negara pagi tadi, berkaitan cara kita menyambut lebaran aka Hari Raya. Lebih kepada ikutan adat, budaya @ sunnah Nabi? Jom baca =)


Takbir Raya

Amalan bertakbir bermula sebaik terlihat Hilal  (pada maghrib 1 Syawal) dan berakhir selepas imam selesai berkhutbah ketika pagi Syawal. Biasanya kat TV akan ada ustaz-ustaz @ artis-artis yang bertakbir beramai-ramai. Masa ni memang syahdu je rasa kan...?

Menjadi anjuran Rasulullah SAW untuk bertakbir beramai-ramai dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk Solat sunat Aidilfitri. Tujuannya untuk menyerlahkan syiar Islam dan menjadi contoh kesepakatan umat Islam.

Sayangnya, kat tempat aku tak praktikkan perkara ni. Mungkin masing-masing lebih senang naik motor dan kereta. Bertakbir je di masjid...Tempat korang ada buat?


Lafaz Hari Raya

Ucapan paling biasa "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin". Siap ada yang berseloroh, maaf zahir je batin takde...korang pun mesti pernah sebut kan kan kan...

Mengikut sunnah Nabi, apabila para sahabat bertemu, mereka akan mengucapkan "Taqabbalullah Minna Waminka" yang bermaksud, "semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu". Adalah lebih baik kan?

Selamat Hari Raya, semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu...nice =)


Etika Pemakaian

Kalau ini tak payah cerita, semua mesti nak berbaju baru kan..

Imam Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya iatu Hari Jumaat, dua Hari Raya (aidilfitri & aidiladha) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Cuma diingatkan pada kita, kaum wanita supaya mengikut had-had berpakaian. Jangan jarang sampai nampak bentuk badan, pakai lah pakaian yang sopan dan tak menarik perhatian lelaki. Dan pesanan ikhlas dari aku, sesiapa yang bertudung tu labuhkan lah sikit tudung tu...cover your chest....lebih manis dan sejuk mata mak memandang... =)

Untuk penjelasan yang lebih padat, boleh baca kat sini.

9 comments:

SoLy SoLicious said...

kt kg kite slalu takbir, mlm raya, pagi raya...terasa sgt harmoni...sampaikan mase kecik2 dulu bila masuk hari raya ke 2, lekas tanye mak "nape har ni xde takbir".....huhu...terasa takbir tu adalah lagu paling sedap..heeee

ArulchelseA said...

tq kongsi info ni..

Tholeha Mustapa said...

kampung kite masih lagi takbir dari surau kemudian kerumah-kerumah meriah! :D

selamat hari raya munna^_^ semoga Allah menerima amalan saya dan amalanmu jua :)

dress code pagi raya - busana muslimah hehe 1st time nak pakai jubah! :D

mindaKhayaLan said...

thanx share info..=)..

selamat hari raya

sergeant keroro said...

nice sharing :)

p/s : dah berubah wajah nampaknya, hee~

aizamia3 said...

selamat hari raya aidilfitri..
raikan dengan sederhana tapi meriah dan gembira..

Mrs. Farhan said...

Kampung eppy kat perak masih jugak takbir beramai-ramai menuju ke masjid. Semua jalan kaki je. Mana ada naek motor ke keta ke.


Tapi kat kelantan, xde pon. =.=

h A n Y S said...

nice entry, TQ for sharing,
btw, SALAM AIDILFITRI..=)

アヌム ちゃん said...

selamat hari raya :)

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat