Monday, April 7, 2014

Update terkini. Tetttt!!!

.
Assalamualaikum!!

Eh. Eh. Ehhhh!!! Terrrupdate pulaks! Wahhaaa!!

Ok, rilex brader. Baru 5 bulan tak update dah poyo bajet blogger retis khennnnnnn. Macam la hade orang nanti2 ko hapdet...heh heh heh (ada hockey!!) Ntah bahasa pun dah bertukar jadi budak tak cukup humur ni dah kenapa?? Tukar tukar!


Heee. Malu. Macam dah hilang rentak pulak nak menaip. Bismillah. 

Teringat blog munnafendy.com di kala 3 pagi. Baru je lepas edit edit gambar untuk page-mencari-sesuap-nasi-semoga-jadi-gudang-insyaAllah edit gitu2 je sebab aku dah lupa guna photoshop...huwaaaa...ni pun autocad pulak dah mula nak naik sarang labah2, matik la kalau lupa terus. Sejak dah jadi fulltime mak ni, masa untuk diri sendiri memang dah takde. Dulu kat opis bila kerja semua dah setel ada jugak la masa yang nak dibuang kat dunia internet ni. Sekarang? Nan hado. Baru tunggu page loading, si kenit dah mula merangkak carik umi... -.-*

Eh. 

Belum bagitahu kan?


Aku dah berenti keje. Hee.
Aku dah tak payah pening-pening fikir pasal susu aisy tak sempat pam.
Aku tak payah sakit hati pasal nursery aisy @ fikir turn sape amik EL jaga aisy bila demam...
Aku tak payah tension-tension mengadap jem setiap hari dekat 3jam pergi balik. Whoaaaa!!

Paling penting, aku dah tak payah hitung masa, berapa jam je yang aku ada setiap hari nak main dengan aisy....huhuhuuu.....sebelum ni tolak waktu tidur ada 3-4jam sehari je dengan dia...

Yang indah je la boleh cerita. Yang tak berapa nak indah tak nampak lagi.
Yang pasti, banyak la yang kena 'sukat' pasni..
Takpelah. Ni jalan yang aku pilih. Lama jugak amik masa nak ready mental nak hadap semua ni kan. InsyaAllah, rezeki Aisy ada Allah sediakan.

Tapi bukan la duduk goyang kaki sesaje..kena la buat something. Meh la support kedai online ummi aisy..keheee..sempat lagi :p


CEO MJAY Mommy Baby Store tengah cek barang dagangan ummi. 
Banyak nak kena re-stock ni ummi!!

Pelan-pelan kayuh nak. :)


.




Friday, November 22, 2013

Aku syak...

.
 
Assalamualaikum =)
 
 
Seperti dijanjikan..(walaupun takde sapa tuntut pun janji tu huhu)
 
 
Aku sekarang tengah ligat carik nursery baru untuk aisy. Thanks kat kawan2 yang mana bagi cadangan tu, still lagi dalam pertimbangan. Ada yang bagus, jauh ya rabbi pulak. Yang dekat, tak semenggah pulak gayanya...
 
Nursery yang aisy duduk sekarang bukan lah nursery yang 1st sekali aisy masuk dulu. Yang dulu tu dekat opis aku. Yang tu memang excellent! Pastu berenti sebab amik maid. Lepas maid berenti, ha ni masuk nursery balik..tapi nursery dekat area umah MIL...suggested by mil jugak lah...kenal dengan owner tu katanyer...sebelum decide nak letak kat sini, aku memang serah bulat2 kat fendi untuk dia buat keputusan..sebab aku dah 'letih'...letih memikirkan nasib anak aku. Tettt!
 
 
Kejadian 1 (macam novel bersiri pulak...)
Minggu pertama hantar, ntah hari keberapa aku tak pasti...macam biasa fendi yang akan amik aisy dari nursery..duduk dulu kat rumah mil sementara tunggu aku balik, n dinner terus...balik rumah macam biasa aku selongkar diaper bag aisy, keluarkan baju2 yang dah pakai. Memang wajib aku cek. Mana lah tau kot ada terkincit ke apa, kena basuh tangan. Pastu...Ehh..apa merah-merah ni? Dua pasang baju aisy, kat tempat yang sama...bahagian leher & dada..ada color merah2 dan pink2 bertompok-tompok. Eh apa ni? Aku tunjuk kat fendy..dia pun blur..aku lagi lah blur. Tak kan lah baju pengasuh luntur color sampai melekat kat baju anak aku? Memang bermain2 kat kepala apa benda ni. Tapi ntah kenapa aku tak terfikir nak tanya kat diorang pagi esoknya. Aku ada cakap kat mil, baju aisy merah2...mil kata aku basuh baju tak bersih kot..dia suh aku letak clorox..lorhh...tak kan lah pulak aku nak bekalkan baju kotor untuk aisy pakai? Memang confuse gila. Tapi...positif..positif...
 
Nak dijadikan cerita. Dak aisy demam kan minggu lepas. Aku dah cerita sebelum ni, aisy liat makan ubat, sama macam aku....masa nak bagi ubat, fendy pegang dak aisy..aku suap dengan syringe..dia punya meronta-ronta, geleng2 kepala tak nak makan ubat, aku suap jugak...mungkin Allah SWT nak tunjuk kat kitorang agaknya...ubat tu tumpah kat leher baju aisy...melekat color pink kat baju aisy. Habis comot.
 
Eh, wait!! Color pink? Merah?
 
Ya Allah B! Berdesupp kepala otak aku ingat kat hari baju dia kotor hari tu. Oh my...
 
What are you thinking? Aku syak anak aku di bagi ubat tanpa pengetahuan aku...mungkin ubat tido? Atau kalau paracetamol sekalipun. who knows? %^&**$$!!! Aisy masa tu sihat walafiat takde sebab kenapa nak bagi ubat kecuali NAK TIDURkan dia.

Masa aku sedar benda ni aisy still demam..aku peluk dia erat2...memang tumpah air mata bonda..rasa bersalah gila...sebab tinggalkan aisy kat tangan2 orang biol....
 
 
Kejadian 2
Sama jugak, aku balik kerja terus berdesup ke rumah MIL dan belek-belek aisy dulu. Diaper dah kembung, dah penuh. Aku terus tukar. Dia tak uuk..just kencing je. So aku lap pakai wet tissu je lah..kalau uuk baru aku basuh kat sinki. Lap2, wet tissu jadi kuning! Aku tengok betul-betul, kurang ajar betul diorang nih...basuh uuk tak bersih....siap ada sikit2 belen uuk yang kering...mulut aku mengomel2 slow2 je lah..aku sabar je la time tu, sebab kat rumah MIL..kalau kat rumah sendiri memang aku bertukar jadi naga. Aku malas nak komplen terang2 dah kang aku pulak kena balik macam kes baju aisy tu...


Kejadian 3
Ha yang ini bukan aisy, tapi sepupu aisy..anak abang ipar aku. Cerita dari  A to Z tak payah la aku cerita, point nye, diorang bagi SUSU BASI yang pagi punya kat baby...masa mak baby tu amik dalam pukul 3pm lebih...bila tanya, diorang tak mengaku...yelah sapa pulak nak mengaku?


 
So nye memang sangat tak perlu lah aku tunggu lagi kejadian2 berikut yang bakal berlaku....ligat2 carik nursery baru untuk aisy...buat sementara ni, tawakal kepada Allah SWT semoga aisy dipelihara kat nursery biol tuh...eh sori lah ayat kurang kesopanan..bila mak budak naik hantu jangan diduga tahap kesabarannya....



.
 

..Cik May..

Akulah Pak Lan

 

Copyright © 2012 Reserved to munnafendy.com Design with love by CikBulat